web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Apa Yang Terjadi Pada Anwar Ibrahim Pernah Terjadi Kepada Saya, Farid Kamil Dedah Wataknya Sebagai Tokoh Politik Itu

Demi merealisasikan watak sebagai tokoh politik, Farid meminta supaya diberikan peluang bertemu dengan Anwar Ibrahim sendiri.

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Nov 2022 8:00PM

Gambar ihsan Bianglala Entertainment

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Aktor Farid Kamil telah meminta ibunya untuk membaca naskhah skrip Anwar sebelum menyatakan persetujuan untuk membawakan watak tokoh politik Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam filem terbitan syarikat produksi Indonesia, Bianglala Entertainment.

Farid berkata demikian ketika diminta mengulas lanjut tentang penglibatannya dalam filem arahan Viva Westi yang mengangkat perjuangan tentang perjuangan tokoh politik Malaysia itu menentang rasuah dari tahun 1993 hingga 1998. 

“Apabila saya mendapat respons yang sangat menakjubkan daripada ibu saya, terus terdetik di hati saya untuk mengkaji dan menelaah bahan-bahan yang diperlukan sebagai persiapan seorang aktor. 

“Saya ambil masa lebih kurang tiga bulan untuk menelaah secara terperinci tentang siapa dan apa sebenarnya Anwar Ibrahim ini.

Farid Kamil mengambil masa lebih kurang tiga bulan untuk menelaah secara terperinci tentang siapa dan apa sebenarnya Anwar Ibrahim ini
Farid Kamil mengambil masa lebih kurang tiga bulan untuk menelaah secara terperinci tentang siapa dan apa sebenarnya Anwar Ibrahim ini

“Jadi bila kaji dan kaji, terdetik pula di hati saya bahawa  apa yang terjadi pada Anwar Ibrahim suatu ketika  dahulu juga telah terjadi pada saya. 

“Unsur kedekatan itu yang saya rasakan dengan beliau itu sedikit sebanyak mampu membantu untuk saya menerjemahkannya dalam bentuk filem,” katanya kepada Getaran. 

Namun pada masa yang, kata Farid, dia berasa dirinya mempunyai kekurangan untuk membawakan watak dan kisah tokoh politik hebat Malaysia itu.  

“Rasa kekurangan itu adalah kerana tokoh yang ingin saya mainkan itu masih berada di pentas arena politik dunia. Jadi, ia membuatkan saya berasa gusar dan kaget. 

“Saya juga berasakan saya hanya akan mampu bersedia untuk menjayakan filem ini sehingga saya bertemu dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri. 

“Bagi mencorakkan dan mencantikkan lagi watak Datuk Seri Anwar, saya perlu berjumpa dengan beliau. 

“Permintaan itu saya direalisasikan dan pertemuan dengan beliau berlangsung dalam tempoh dua jam. Tapi dua jam itu, juga tidak mencukupi bagi saya sebagai seorang pelakon,” katanya. 

Jelasya Farid lagi, pertemuan kedua bersama Anwar Ibrahim telah diadakan. 

Farid Kamil dan Acha Septriasa ketika bertemu dengan Anwar Ibrahim dan Dr. Wan Azizah Wan Ismail - Gambar Fail
Farid Kamil dan Acha Septriasa ketika bertemu dengan Anwar Ibrahim dan Dr. Wan Azizah Wan Ismail - Gambar Fail

“Kali ini, saya ingin melihat sendiri wajah beliau secara terperinci dan meminta beliau menanggalkan cermin matanya. 

“Saya ingin lihat bekas tumbukan sebanyak tujuh kali yang beliau terima. Sebelum itu, melalui laporan perubatan beliau pada 1998, ia menunjukkan beliau telah ditumbuk di bahagian muka, leher dan rusuknya. 

“Persamaan kami, beliau pernah kena tangkap, saya juga kena tangkap. Bezanya, beliau kena tumbuk tujuh kali, saya pula kena tumbuk sekali,” ucap Farid. 

Menurut Farid lagi, filem Anwar ini akan ditayangkan di seluruh Indonesia dan di mana-mana negara yang memerlukan filem yang seumpama ini. 

Anwar adalah sebuah filem pertama yang memaparkan kisah perjalanan tokoh anti rasuah dunia. 

“Saya sendiri pun pernah disogokkan sebanyak RM5 juta pada zaman Najib (Datuk Seri Najib Razak). Kesan daripada menolak rasuah di Malaysia, orang akan gunakan kita untuk menjatuhkan kita. Itulah yang terjadi kepada saya. Itulah persamaan Anwar Ibrahim dengan Farid Kamil,” dakwanya. 

Menurut Farid lagi, filem 'Anwar' ini akan ditayangkan di seluruh Indonesia dan di mana-mana negara yang memerlukan filem yang seumpama ini
Menurut Farid lagi, filem 'Anwar' ini akan ditayangkan di seluruh Indonesia dan di mana-mana negara yang memerlukan filem yang seumpama ini

Filem yang dibintangi Farid Kamil, Acha Septriasa, Hasnul Rahmat, Firdaus Mat Joni, Piet Pagau serta Dewi Irawan ini menggunakan bahasa Melayu Nusantara beserta penggunaan bahasa Inggeris yang sedikit. 

“Saya harus katakan, persediaan yang dilakukan syarikat produksi ini untuk menghasilkan filem Anwar ini cukup hebat dan mantap sekali. 

“Mereka sangat menjaga kualiti. Kalau kualitinya tidak mencapai standard dan kalau tidak betul, tidak betullah,” katanya lagi. 

Filem ini telah diusahakan sejak Ogos 2011 dan kini sedang di peringkat akhir penggambaran dan dijangka menemui penonton awal tahun depan.

Berlatarbelakangkan tahun 1993 sehingga 1998, filem ini diolah daripada kisah benar dan alur ceritanya adalah mengenai perjuangan Anwar Ibrahim melawan sebuah sistem yang korup.

Bahkan, filem ini juga turut memaparkan ketegasan Anwar Ibrahim menolak berbagai jenis imbuhan dan wang tunai dari 'cukong-cukong' besar. 

Juga bagaimana dia enggan menggunakan wang rakyat untuk bail out (langkah penyelamatan) syarikat anak pemimpin tertentu yang kerugian berbilion ringgit.

Lantaran itu, beliau telah difitnah dengan sebuah konspirasi besar, dipecat, dipukul secara brutal dalam lokap dan dibiarkan tanpa rawatan perubatan hingga beberapa hari.

Dari seorang Menteri Kewangan terbaik yang berjaya membebaskan Malaysia dari belenggu hutang, akhirnya merengkok di penjara. – Getaran, 10 November 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 jam yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

2

Semasa 2 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

3

Politik 3 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

4

Politik 6 hari yang lalu

‘Keutamaan Kami Mentadbir Negara, Bukan Layan Spekulasi Tarikh PRU’ - Anwar

Sorotan

1

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

2

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

3

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

4

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

5

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

6

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 3 jam yang lalu

RM12 Juta Dalam 11 Hari! ‘Polong’ Terus Hantui Pawagam Seluruh Negara

oleh Rahayu MN