Berita Terkini

6 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Pelakon Shah Radhi Bangga Bapa Dicalonkan Sebagai ADUN, Bakal Bantu Berkempen Sempena PRU-15

Pelakon drama 'Monalisa' itu turut berbangga dengan dua selebriti terkenal tanah air iaitu Datuk Eizlan Yusof dan Ahmad Idham yang mewakili industri hiburan di arena politik. 

Selebriti Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Nov 2022 12:00PM

Shah Radhi dan bapanya Hazvee Hafiz di majlis Penamaan Calon PRU-15 GTA - Parti Pejuang Tanah Air di Pusat Konvensyen Bangi pada 2 November lalu. - Gambar Instagaram Shah Radhi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pelakon Shah Radhi Hazvee, 26, meluahkan rasa bangga apabila bapanya iaitu Hazvee Hafiz, 51, dipilih menjadi calon Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bagi cawangan Behrang, Perak mewakili parti Pejuang.  

Kata Shah lagi, ini kali pertama bapanya dipilih untuk menjadi calon ADUN selepas melibatkan dengan dunia politik sejak tahun 1990 lagi. 

"Pada mulanya saya terkejut apabila dikhabarkan oleh ibu bahawa bapa saya terpilih sebagai calon ADUN. 

“Sebagai anak saya berasa sangat bangga dengan pencapaiannya kerana saya tahu bagaimana dia telah berjuang selama ini. Selepas berbelas tahun terlibat dengan dunia politik, inilah kali pertama namanya dicalonkan untuk menjadi ADUN. 

“Namun semuanya bergantung kepada keputusan pada PRU-15 yang akan berlangsung pada 19 November ini,” katanya kepada Getaran. 

Katanya lagi, dia akan membantu bapanya untuk berkempen dan akan pulang ke Behrang pada 5 November ini sempena hari penamaan calon.

“Saya akan turun berkempen bersama bapa untuk bantu apa yang patut. Saya sebenarnya bukanlah seseorang yang minat dengan politik. Tetapi kini saya mahu ambil tahu mengenai politik sedikit demi sedikit,” ujarnya yang akan turut sama mengajak beberapa rakan selebriti untuk ke sana. 

Gambar Instagram Shah Radhi
Gambar Instagram Shah Radhi

Kelibat pelakon drama Monalisa ini turut kelihatan menemani bapanya di majlis Penamaan Calon PRU-15 GTA - Parti Pejuang Tanah Air yang berlangsung di Pusat Konvensyen Bangi pada 2 November lalu. 

Ditanya adakah statusnya sebagai seorang selebriti akan memberi pengaruh kepada kempen bapanya, kata Shah dia tidak rasa namanya terlalu besar sehingga mampu memberikan pengaruh kepada bapanya.

“Pada saya tak kot. Sebab bapa saya pun ada pengaruh dia sendiri. Saya pun bukannya pelakon yang terlalu popular. Lagipun penduduk di daerah Tanjung Malim ramai yang mengenalinya kerana dia mempunyai bisnes jual ayam turun temurun dari nenek saya.

“Ramai juga yang terkejut bila saya kongsi gambar bapa saya di Instagram kerana sebelum ini saya tidak pernah dedahkan siapa bapa saya,” kongsinya. 

Lumrah apabila ada ahli keluarga yang terlibat dengan dunia politik, sedikit sebanyak tempias akan terkena andai timbul kontroversi diantara kedua-dua belah pihak. Kata Shah ini semua merupakan asam garam kehidupan ahli politik dan selebriti.

“Ramai sahaja selebriti yang merupakan anak kepada ahli politik. Contohnya Dafi yang merupakan anak kepada Perdana Menteri. Kontroversi kadang-kadang kita tak boleh nak elak. Kalau kita buat perkara baik pun kadang-kadang orang mengata. 

Tetapi apa yang pasti, penglibatan bapa saya sebagai ahli politik bukan tiket untuk saya menjadi besar kepala,” katanya. 

Shah Radhi - Gambar Instagram
Shah Radhi - Gambar Instagram

Pada hari penamaan calon itu juga diumumkan dua selebriti popular iaitu Ahmad Idham dan Datuk Eizlan Yusuf turut akan bertanding bagi merebut kerusi di bahagian Port Dickson dan Sabak Bernam.

Kata Shah, dia sangat bangga melihat ada wakil dari industri hiburan yang sanggup memikul tanggungjawab melibatkan diri dalam dunia politik. 

“Saya rasa tak salah jika ada selebriti yang mahu libatkan diri dalam dunia politik. Kita perlukan perubahan. Selebriti yang bertanding ini juga bukan calang-calang. Saya rasa bangga kerana mereka berani ke depan. 

Mungkin mereka ada misi tersendiri dalam mengubah landskap politik negara. Jika kita salah pilih pemimpin, perkara ini akan turut memberi kesan kepada golongan selebriti. Perlu ada wakil dari golongan selebriti dalam bidang politik. Saya percaya mereka adalah orang yang bertanggungjawab,” ujarnya. 

Bercakap mengenai PRU-15 yang bakal tiba tidak lama sahaja, Shah turut menyeru agar golongan muda turun mengundi, kerana masa depan negara terletak di tangan mereka. 

Gambar Instagram Shah Radhi
Gambar Instagram Shah Radhi

“Saya tahu ramai orang macam dah malas nak ambil tahu pasal politik. Saya tidak menyokong perkara ini. Sebagai warganegara Malaysia, ini adalah sebahagian daripada tanggungjawab kita kepada negara. 

“Disebabkan masih ramai yang tidak turun mengundilah kita akan lalui pelbagai kesan terhadap perkembangan politik. Jangan hanya tahu bersuara selepas PRU kerana tidak puas hati dengan keputusan, tetapi diri sendiri tidak turun mengundi. 

“Kuasa anak muda juga sangat penting dalam membentuk sesebuah negara. Kerana satu hari nanti, mereka yang akan memimpin negara. 

“Saya harap bagi sesiapa yang mengundi nanti agar pilih pemimpin yang boleh galas tanggungjawab serta mempunyai pengaruh besar di peringkat antarabangsa,” katanya mengakhiri perbualan. – Getaran, 4 November 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 1 minggu yang lalu

PRK DUN Kuala Kubu Baharu: Calon Atas Nama Kerajaan Perpaduan, Bukan Parti - Zamry

2

Politik 1 bulan yang lalu

Selat Klang Isytihar Sokong MB, Ada Rakan Lain Bakal Ikut Jejak?

3

Politik 5 bulan yang lalu

Peneroka FELDA Harap PRK Ubah 'Nasib' Fasiliti, Infrastruktur Uzur

4

Politik 5 bulan yang lalu

PRK Kemaman: PEJUANG Tidak Letak Calon

Sorotan

1

Isu Kasino Forest City: Chegu Bard Tak Mengaku Salah Terbit Kenyataan Menghasut

2

Skuad Piala Uber Malaysia Pulang Awal

3

Nur Shazrin Mungkin 'Lupakan' Paris 2024

4

Video Disalah Sunting, Teo Nie Ching Buat Laporan Polis

5

Anwar Bertemu PM Qatar, Zahirkan Kesediaan Malaysia Beri Rawatan Kepada Rakyat Palestin

6

Putera Mahkota Arab Saudi Berhasrat Adakan Lawatan Rasmi Ke Malaysia Akhir Tahun Ini - PM

7

Letupan Bom Sungai Golok: PDRM Tingkat Kawalan Keselamatan Sempadan Malaysia – Thailand

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 8 jam yang lalu

Queen Of Tears Pecah Rekod Tontonan tvN

oleh Wartawan Getaran

Filem & TV 1 hari yang lalu

4 Juta Dijangka Tonton Episod Akhir Lelaki Itu Malam Ini

Drama ini juga telah berjaya mendapat capaian sebanyak 1.13 billion di media sosial.

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 4 jam yang lalu

Nora Danish Akui Perkahwinan Dilanda Krisis, Manakala Irma Hasmie Terus Kunci Mulut

Masalah rumahtangga kedua-dua pasangan artis mula dihidu sejak tiada perkongsian mengenai pasangan masing-masing

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 41 minit yang lalu

"Hentikan Kenduri Selak Kain, Sarah Dan Aliff Sila Berambus Dari Malaysia" - Erma Fatima

oleh Helmi Anuar