web statsweb stats

Berita Terkini

5 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 5 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Sedar Girl Group di Malaysia Banyak Saingan, Kumpulan Stellar Taruh Kelainan

Stellar akan muncul dengan single sulung mereka yang berjudul 'Where You Wanna Go' tidak lama sahaja lagi.

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Nov 2022 7:00PM

Stellar dianggotai Farisa, Hany, Hasya dan Sheena. - Sony Music Entertainment Malaysia

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Mengakui pelbagai kumpulan girl group muncul dan mempunyai peminat yang kuat di Malaysia, kumpulan Stellar tidak pernah patah semangat sebaliknya meyakini bahawa mereka mempunyai keunikan tersendiri untuk ditawarkan kepada pendengar.

Dianggotai Farisa, Hany, Hasya dan Sheena, kumpulan di bawah naungan Sony Music Entertainment Malaysia mensasarkan pendengar khusus untuk remaja dan wanita yang sedang mencari identiti tersendiri meniti kehidupan yang semakin dewasa.

“Kami mahu orang ramai khususnya pencinta muzik di Malaysia menerima hasil karya yang kami tampilkan dan menjadikan ia sebagai sumber inspirasi dalam pelbagai situasi kehidupan. 

“Selain itu, kami mahukan karya kami dijadikan sebagai sumber hiburan dan diterima oleh masyarakat dan pastinya kami mahu Stellar bertahan dan berjaya dalam industri hiburan," kata Farisa mewakili Stellar.

Dalam pada itu, Stellar akui beberapa kumpulan wanita lain telah berjaya mencipta nama, pada masa sama, ada juga yang sedang mendaki populariti. Namun mereka melihat perkara itu sebagai satu pencetus semangat untuk turut berjaya di persada hiburan tanah air.

Gambar Sony Music Entertainment Malaysia
Gambar Sony Music Entertainment Malaysia

"Kita sedia maklum dengan kumpulan-kumpulan wanita yang sudah bertapak di Malaysia seperti Dolla, De Fam dan lain-lain. Kami melihat kejayaan mereka sebagai satu inspirasi agar tidak berputus asa. Kami juga berpegang pada prinsip 'kalau mereka boleh, kenapa kami tidak?'.

"Segala cabaran dan rintangan yang mungkin akan berlaku, kami akan jadikan ia sebagai 'guru' yang mengajar dalam memperbaiki diri dan berusaha untuk menjadi lebih baik," kata Farisa lagi.

Bercakap mengenai keistimewaan yang bakal ditampilkan Stellar, kumpulan itu merasakan kesetiaan dalam persahabatan adalah kunci kepada kejayaan yang bakal dilakar Stellar selepas ini. 

“Kami juga bersedia untuk menerokai pelbagai perkara baru tentang industri hiburan ini serta menerima teguran seandainya kami ada melakukan kesalahan. Untuk imej kami sebagai artis berkumpulan pula, tentunya setiap antara kami setia dalam persahabatan walau apa jua keadaan,” tambahnya.

Berita baik untuk anda semua, Stellar akan muncul dengan single sulung mereka yang berjudul 'Where You Wanna Go' tidak lama sahaja lagi.

"Kami akan melancarkan single pertama pada bulan November ini, tidak hanya satu lagu itu sahaja, kami pastinya akan bekerja keras dalam menghasilkan lagi banyak karya pada masa akan datang,” tambah Farisa menutup bicara.

Berita Berkaitan

1

Muzik 3 tahun yang lalu

Lagi Girl Group Baru Muncul! Kali Ini Giliran Stellar Pertaruh 'Where You Wanna Go'

2

Selebriti 4 tahun yang lalu

Dikecam Bersuara Sumbang, The Gadys Tak Goyah 

3

Selebriti 4 tahun yang lalu

“Dolla Dan De Fam? Masing-Masing Ada Keunikan,”-Azira

4

TARA 4 tahun yang lalu

13 Penyanyi Berkumpulan Wanita Malaysia Dari 80-an Sehingga Kini

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu