web statsweb stats

Berita Terkini

4 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 4 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Lagi Girl Group Baru Muncul! Kali Ini Giliran Stellar Pertaruh 'Where You Wanna Go'

Bermula daripada menari di platform TikTok, siapa sangka bakat keempat-empat gadis ini dihidu pihak Sony Music Malaysia yang terus melamar mereka menjadi artis rakaman mereka. 

Muzik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Dec 2022 6:00PM

Stellar dianggotai (dari kiri) Sheena, Hany, Farisa dan Hasya. - Gambar ihsan Sony Music Malaysia

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Industri hiburan tanah air dimeriahkan lagi dengan kehadiran girl group baru, Stellar. Berkonsepkan girl crush dan cute, Stellar yang dianggotai Farisa, Hasya, Sheena dan Hany mempertaruhkan lagu 'Where You Wanna Go' sebagai single pertama mereka.

Bermula daripada menari di platform TikTok, siapa sangka bakat keempat-empat gadis ini dihidu pihak Sony Music Malaysia yang terus melamar mereka menjadi artis rakaman mereka. 

“Kami semua pada asalnya memang berkawan. Bila jumpa selalu buat TikTok menari sama-sama. Selama ini  kalau bernyanyi pun kami hanya buat secara suka-suka, tidak pernah terfikir untuk melakukan kerjaya ini secara profesional. Namun sekarang, kami sangat serius memilih jalan ini. Sebab itu kami banyak pergi ke kelas vokal dan tarian,” kata Farisa ketika ditemui Getaran baru-baru ini.

Mempertaruhkan 'Where You Wanna Go' sebagai debut, Stellar memilih lagu ini kerana ia sangat mewakili persahabatan mereka demi menjadi seorang yang berkuasa dan berdikari.

“Where You Wanna Go mengenai sifat perkasa seorang wanita dan tentang diri kami yang mampu berdiri dengan kaki sendiri tanpa mengharapkan bantuan orang lain dalam mencapai matlamat kehidupan.

“Selain itu, mesej dalam lagu ini juga ingin disampaikan adalah tentang persahabatan antara mereka dalam membina karier sebagai kumpulan wanita menetapkan corak pemikiran serta sikap yang tepat.

“Lagu ini secara keseluruhannya berkaitan dengan keyakinan diri juga, antara baris yang kami tekankan dalam lagu ini seperti “Akulah ratu, dan raja sekali”. Kita tak perlu sesiapa untuk mencipta versi diri yang terbaik. Asalkan kita berpegang teguh dengan pendirian dan prinsip yang kuat. Ia memboleh kita untuk hadap apa pun dugaan hidup menimpa kita,” kata mereka.

Selepas lagu itu menemui khalayak beberapa hari lalu, sudah ada yang membandingkan kumpulan itu dengan girl group M-pop yang lain seperti Dolla. Bersedia berhadapan dengan situasi itu, Stellar bagaimanapun merasakan ia sebuah trend yang sihat. 

“Jika kita bersaing sekalipun dengan kumpulan yang lain, saya rasa ia sebuah persaingan yang sihat untuk menawarkan muzik masing-masing,” kata Sheena.

‘Where You Wanna Go’ boleh dimuat turun di iTunes dan dinikmati menerusi platform penstriman muzik terpilih seperti Spotify, Apple Music, Deezer, JOOX Music, KKBox, YouTube dan YouTube Music. - Getaran, 2 Disember 2022 

Berita Berkaitan

1

Selebriti 3 tahun yang lalu

Sedar Girl Group di Malaysia Banyak Saingan, Kumpulan Stellar Taruh Kelainan

2

Selebriti 4 tahun yang lalu

Dikecam Bersuara Sumbang, The Gadys Tak Goyah 

3

Selebriti 4 tahun yang lalu

“Dolla Dan De Fam? Masing-Masing Ada Keunikan,”-Azira

4

TARA 4 tahun yang lalu

13 Penyanyi Berkumpulan Wanita Malaysia Dari 80-an Sehingga Kini

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu