web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 9 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Agensi Yoo Ah In Jawab Tuduhan, Bila Aktor Itu Dikaitkan Sebagai Punca Tercetusnya Tragedi Itaewon   

Desas-desus yang mengaitkan Yoo Ah In timbul menerusi media sosial apabila dia dikatakan muncul di lorong sempit Itaewon sehingga menyebabkan ramai orang berpusu-pusu dan bertumpu di situ. 

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Nov 2022 4:00PM

Yoo Ah In didakwa berada di luar negara ketika kejadian. - Gambar Instagram Yoo Ah In

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Aktor Korea, Yoon Ah In telah dituduh sebagai punca berlakunya kejadian rempuhan Halloween di Itaewon sehingga menyebabkan 156 kematian dan 151 orang cedera parah dalam tragedi yang berlaku pada 29 Oktober itu. 

Desas-desus yang mengaitkan Yoo Ah In timbul menerusi media sosial apabila dia dikatakan muncul di lorong sempit Itaewon sehingga menyebabkan ramai orang berpusu-pusu dan bertumpu di situ. 

Satu sumber mendakwa, pada malam kejadian itu, selebriti itu telah dilihat berada di salah satu kedai yang terdapat di lorong tersebut. 

Walaupun sebelum ini, pihak stesen bomba Yongsan telah memaklumkan bahawa siasatan masih dilakukan dan tiada sebarang sebab mengapa orang-ramai tiba-tiba berkumpul dan merempuh di kawasan itu, namun sumber itu tetap mengatakan bahawa Yon Ah In adalah selebriti yang menjadi punca kejadian itu berlaku.  

Kebetulan pula, Yoo Ah In memang menetap di Itaewon dan dia juga memang diketahui kerap berada di kawasan kejadian tersebut. 

Hal ini memaksa pihak pengurusan Yoo Ah In iaitu UAA untuk menjawab pertuduhan itu menerusi sebuah siaran akhbar yang disebarkan semalam. 

Menurut agensi itu, Yoo Ah In tidak berada di dalam negara sewaktu tragedi yang menyayat hati itu berlaku. 

Selain Yoo Ah In, terdapat beberapa pertuduhan yang menyasarkan pelbagai selebriti, pempengaruh, bahkan penstrim siaran langsung berikutan tragedi Itaewon itu. 

Sementara itu, menerusi  laporan berita, pihak polis telah memberi amaran terhadap penyebaran berita fitnah. Sehingga kini, polis juga telah mula menyiasat enam laporan fitnah dan meminta 63 hantaran atas talian yang berkaitan dengan tragedi itu diturunkan. – Getaran, 2 Oktober 2022 

Berita Berkaitan

1

Selebriti 1 tahun yang lalu

4 Pelakon Sado Dan Kacak Ini Dikaitkan Dengan Kes Pukul Kekasih

2

Selebriti 1 tahun yang lalu

Pelakon Filem Paku Tanah Jawa, Masayu Anastasia Kagumi Maya Karin 

3

Selebriti 2 tahun yang lalu

Badrul Muhayat Sering Bercakap Soal Kematian - Sahabat

4

TARA 2 tahun yang lalu

Halloween Cetus Inspirasi Crocs Edisi Hershey’s Dan Reese’s 

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Selebriti 3 jam yang lalu

M Nasir Fail Saman Lebih RM5 Juta Terhadap Grab Malaysia

Tindakan saman itu difailkan di Mahkamah Tinggi Shah Alam oleh M Nasir bersama syarikat miliknya, Luncai Emas Sdn Bhd.

oleh Rahayu MN