web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Halim Othman: Subi Adalah Adiwira Saya

Pengacara dan penyampai radio terkenal Halim Othman meluahkan rasa kehilangannya selepas perginya sahabatnya Allahyarham Subi.

Selebriti Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Apr 2021 5:28PM

oleh

Zaidi Che

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Penyampai radio dan pengacara, Halim Othman (57) meluahkan perasaan sedih atas berita pemergian rakan penyampai radio veteran, Allahyarham Subarma Mohtaruddin (55) yang selamat kembali ke rahmatullah pada 13 April 2021 bersamaan tanggal 1 Ramadan 1442H lalu.

Halim menyifatkan Subarma atau lebih mesra dengan panggilan Subi sebagai adiwiranya, baik dari sudut kehidupan, mahupun dunia penyiaran radio.

“Subi seorang yang istimewa bagi saya. Dia banyak memberi sokongan ketika saya melalui saat-saat paling mencabar dalam kehidupan saya. Saya anggap Subi adalah adiwira saya,” ujar Halim.

Halim yang pernah berkhidmat selama lebih 20 tahun di tiga stesen swasta bersama Subi mengimbas kenangan mereka bersama.

“Dari segi falsafah radio, saya dan Subi serupa. Kami beranggapan radio adalah audio. Kami tidak bersetuju jika kamera dibawa masuk ke dalam studio radio kerana ia sudah menjadi studio televisyen,” tawanya mengimbas memori.

Tambah Halim, “Kami selalu berbual tentang misteri kehidupan ini kerana sebelum ini Subi pernah berada dalam keadaan koma. Kami selalu berbual tentang kehidupan selepas kematian.”

“Subi pernah memberitahu saya, sewaktu dia koma dahulu, orang-orang yang melawatnya memberitahu kepadanya, dia bergerak-gerak sewaktu azan berkumandang.”

“Seolah-olah dia (dalam koma) dapat mengecam suara azan yang dilaungkan tadi. Dan petang 1 Ramadan itu, isterinya memberitahu saya, Subi pergi semasa azan Zuhur sedang berkumandang.”

“Takdir sudah tertulis, Subi pergi dahulu dijemput Ilahi. Suatu hari nanti saya berharap saya dapat berjumpa semula dengan Subi,” akhiri Halim Othman dalam nada sebak.- Getaran, 16 April 2021.

Sorotan

1

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

2

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

3

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

4

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

5

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

6

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Hampir 2 Dekad, Peterpan Bakal Ubati Kerinduan Peminat Di Malaysia, Singapura Julai Ini

Muzik 1 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

Bergabung bersama Padi Reborn dalam satu pentas, konsert lebih tiga jam itu berlangsung dengan persembahan yang sarat dengan nostalgia.

oleh Rahayu MN

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

Menggabungkan elemen persembahan berkualiti tinggi, suasana premium dan lebih intim, SPOTLIGHT KLCC menawarkan harga tiket yang mampu dibeli oleh pelbagai golon...

oleh Rahayu MN