web statsweb stats

Berita Terkini

14 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 14 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kalau Lapang, Dia Akan Temani Saya - Hubungan Cinta Rizky, Mahalini Jadi Perhatian Peminat Malaysia

“Kahwin, kahwin, kahwin,” sorak pengunjung ketika Rizky menayangkan video momen manisnya bersama Mahalini.

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Oct 2022 8:03PM

Rizky Febian dan kekasihnya Mahalini - Gambar Rizky Febian

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Mendedikasikan tiga minit persembahan lengkap video manis momen berdua semasa konsert semalam, penyanyi Rizky Febian menjadi perbualan hangat di laman sosial.

“Sekarang saya berada di fasa takut kehilangan seseorang,” ujar Rizky semasa konsert serentak disambut sorakan penonton. 

Kamera kemudian mengarah ke arah Mahalini yang duduk di barisan penonton sambil malu-malu.

Penyanyi yang mesra disapa Iky itu nampaknya tidak kekok menunjukkan kemesraannya bersama Mahalini. 

Dia mendedahkan, Mahalini mempunyai cerita serta hobi yang lebih kurang sama dengan dirinya membuatkan mereka begitu serasi bersama. Bahkan, kedua-dua itu saling membalas lagu yang diciptakan khas buat antara satu sama lain. 

“Kebetulan kalau dia sedang lapang, dia temani saya. Begitu saya juga, kalau saya lapang, saya akan temani dia.

“Begitu dengan lagu saya, saya baharu bikin lagu beberapa bulan lalu iaitu 'Satu Tuju' dan dia juga menghasilkan lagu 'Bisa Sempurna' yang didedikasi buat saya. 

“Jadi saya balas dengan dedikasi lagu 'Satu Tuju' untuk dia. Kami sememangnya saling menyokong,” katanya kepada Getaran ketika ditemui di sesi sidang mesia konsert Rizky Febian Live in KL.

Ditanya adakah Rizky mempunyai perancangan untuk melamar Mahalini semasa konsert, penyanyi 'Cuek' itu ketawa. 

“Idea yang bagus juga itukan? Doakan saja semoga ada sampai ke tahap itu. Di Indonesia saya tak pernah bicara soal ini. Jadi doakan semoga ada jalannya.

“Jujurnya kami saling menyokong antara satu sama lain, kerana kami sama-sama pemuzik, jadi kami mahu sama-sama kejar gol masing-masing. Dia pun tahun depan akan ke Kuala Lumpur. 

“Jadi biar soal itu menjadi sebuah rahsia saya dan dia. Tapi kami mempunyai perancangan, jadi doakan,” katanya.

Terdahulu, Rizky mengadakan konsert sulungnya di Zepp, Kuala Lumpur. Tiket yang laku tempoh satu jam itu, dibanjiri 2,400 pengunjung yang sudah beratur di depan pintu depan sejak jam 10 pagi. 

Rizky menyanyikan 16 lagu termasuklah lagu 'Indah Pada Waktunya' yang didedikasikan khas untuk arwah ibunya. – Getaran, 21 Oktober 2022 

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 tahun yang lalu

Kes Bunuh, Bakar Kekasih Hamil: Lelaki Didakwa Hari Ini

2

Selebriti 3 tahun yang lalu

Naufal Azrin Mengakui Sudah Berpunya, ‘Sorok’ Kekasih Demi Jaga Privasi

3

Selebriti 3 tahun yang lalu

Nurul Syuhada Dedah Apa yang Hafidz Roshdi Lakukan Dengan 'Si Penyondol'

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Isteri Dan Seorang Lelaki Dituduh Bunuh Suami

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Selebriti 8 jam yang lalu

M Nasir Fail Saman Lebih RM5 Juta Terhadap Grab Malaysia

Tindakan saman itu difailkan di Mahkamah Tinggi Shah Alam oleh M Nasir bersama syarikat miliknya, Luncai Emas Sdn Bhd.

oleh Rahayu MN