web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Siti Nurhaliza Punya Impian Besarkan Empayar Perniagaannya  

Mengenai kerjaya seni pula, Siti berkata, dia masih lagi menyimpan hasrat untuk menerbitkan pementasan teater muzikalnya sendiri suatu hari nanti. 

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Oct 2022 5:00PM

Siti Nurhaliza memberitahu bahawa dia juga mempunyai impian untuk membuat farmasinya sendiri sama ada secara fizikal atau online. - Gambar fail

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza mengakui mempunyai cita-cita untuk meluaskan empayar perniagaannya dengan mengeluarkan pelbagai produk berkaitan dengan wanita merangkumi  produk kecantikan, kesihatan kepada produk barangan rumah. 

“Untuk produk kecantikan dan kesihatan, saya mahu produk yang boleh membantu wanita daripada hujung rambut hingga hujung kaki yang juga tertumpu kepada kecantikan luaran sehinggalah dalaman. 

“Sebagai wanita, saya suka dan minat dengan produk-produk ini. Sebab itu saya keluarkan pelbagai produk di bawah jenama seperti SimplySiti dan BeauSiti. 

“Dan, saya juga punya impian untuk keluarkan produk barangan rumah  suatu hari nanti seperti pencuci pinggan mangkuk, pencuci lantai dan lain-lain lagi,” katanya. 

Mengenai kerjaya seni pula, Siti berkata, dia masih lagi menyimpan hasrat untuk menerbitkan pementasan teater muzikalnya sendiri suatu hari nanti. 

“Perancangan untuk mengadakan teater muzikal itu masih saya simpan. Insha Allah, jika rezeki dan masa yang sesuai, ia akan menjadi kenyataan. 

“Saya juga teringin nak buat sebuah konsert di dalam taman. Memang sebelum ini saya pernah buat konsert berbentuk outdoor tapi bukan dalam taman. 

“Dan, kalau saya buat konsert dalam taman ini, saya ingin melakukannya secara santai seperti mengenakan jeans dan kemeja putih untuk berasa lebih dekat lagi dengan fans saya. Itu angan-angan saya. 

“Macam konsert-konsert lain sebelum ini termasuk tradisional, itu adalah sesuatu yang mesti saya buat,” katanya. 

Siti juga memberitahu bahawa dia juga mempunyai impian untuk membuat farmasinya sendiri sama ada secara fizikal atau online. 

“Sebab saya ini sukakan produk-produk kesihatan termasuk suplemen (makanan tambahan) saya rasa ada yang macam saya. 

“Pernah ada orang bagi tahu saya, mereka rela tak beli baju asal dapat habiskan masa berjam di dalam farmasi kerana suka membaca info-info tentang produk ubat-ubatan dan makanan tambahan,” katanya. 

Siti berkata demikian dalam sebuah video live yang dimuat naik di media sosial awal hari ini yang juga merupakan sebahagian daripada konten sesi perkongsian yang dinamakan sebagai 10 Hari, 10 Minit, 10 Tips Kehidupan Siti Nurhaliza. - Getaran, 20 Oktober 2022 

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 6 jam yang lalu

RM12 Juta Dalam 11 Hari! ‘Polong’ Terus Hantui Pawagam Seluruh Negara

oleh Rahayu MN