web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Caprice Nak Saman MYDIN RM30 Juta

Rentetan satu ciapan dari Mydin yang dikatakan telah menyindir Caprice, penyanyi dan pempengaruh media sosial terkenal itu menuntut permohonan maaf atau tindakan undang-undang akan diambil.

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Oct 2022 11:25AM

Caprice - Gambar Instagram & Twitter Caprice

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Penyanyi dan pempengaruh media sosial terkenal, Caprice menggesa jenama pasaraya terkemuka, MYDIN untuk membuat permohonan maaf kepadanya dalam tempoh 24 jam berikutan satu ciapan yang kurang disenanginya.

Ciapan yang dimuat naik oleh akaun Twitter rasmi Mydin Malaysia itu tertulis: “Mula mula ingat nak beli ‘tea’ je, sekali  terbeli ‘cap’ dengan ‘rice’. Bila sampai rumah rasa macam tak perlu pun ‘cap’ dengan ‘rice’ tu. Nasib Mydin bagi pulangkan balik dalam masa 24 jam”. 

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Caprice di akaun Instagram, dia telah berkongsi satu kenyataan dari pihak guamannya kepada pihak Mydin.

“Disebabkan hantaran yang dibuat pihak Mydin Malaysia pada 19 Oktober, pelanggan kami telah mengalami penghinaan dari jenama dan pasaraya yang selalu dikunjunginya untuk membeli belah.

“Disebabkan penghinaan yang dilakukan secara umum ini, pelanggan kami tidak lagi berasa selamat dan akan selamanya berasa trauma dengan pembeli, dan pekerja dari Mydin Malaysia.

“Kami akan ambil tindakan undang-undang dan berharap pihak Mydin Malaysia dapat mengeluarkan sebuah video permohonan maaf serta memberikan pampasan atas hantaran yang bersifat semborono darpadai jenama yang dikenali ramai secara umum,” tulisnya.

Sementara itu di bahagian ‘Insta Story’ pula, Caprice memberitahu bahawa dia sangat terkejut dan kecewa dengan tindakan Mydin.

“Sejujurnya saya terkejut dan kecewa kerana jenama yang saya sokong dan sanjungi sanggup memerli dan menyindir saya pada ketika saya sedang berjuang menentang kes-kes besar. 

“Dan kepada sesiapa yang masih tidak berpuas hati dengan saya, saya ingin memohon maaf andai cara saya kasar sejak bermula kes PU lagi. Saya tahu ramai yang tak percaya dengan kes ini dan ramai yang tak selesa untuk dengar. Insya Allah, kita akan sentiasa bantu dan bela mangsa,” tulisnya. – Getaran, 20 Oktober 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Rafizi Arah Pasukan Guaman Saman Wan Ahmad Fayhsal

2

Semasa 1 tahun yang lalu

‘Ada Diskaun Istimewa Untuk Penjual Menu Rahmah’ - Mydin

3

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Laju Sangat...Kan Dah Kena Saman

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Polis Saman Bapa Budak Lelaki 11 Tahun Pandu Kereta

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Selebriti 17 jam yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Filem & TV 1 hari yang lalu

RM12 Juta Dalam 11 Hari! ‘Polong’ Terus Hantui Pawagam Seluruh Negara

Pencapaian luar biasa itu sekali gus mengukuhkan kedudukan Polongsebagai antara filem tempatan paling hangat tahun ini.

oleh Rahayu MN