web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Caprice Ni Anti Ustaz Ke?, Guna Media Sosial Buka Aib Orang, Netizen Tempelak Kenapa Tak Guna Saluran Betul! 

Caprice juga diingatkan bahawa jika terlalu membuka aib orang, Allah SWT sendiri akan membuka aib kita. Namun, Caprice tetap berpegang kepada prinsipnya. 

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Oct 2022 10:00PM

Caprice - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Susah juga nak mengulas perkara ini. Menentang kemungkaran memang kewajipan setiap umat Islam di muka bumi ini. Tapi, pada waktu yang sama, dalam menentang kemungkaran, kita juga perlu menjaga aib orang dan tidak sembarangan menyebarkannya kepada umum. 

Justeru itu, tindakan rapper dan pempengaruh, Caprice yang dilihat tidak habis-habis mendedahkan kegiatan dan perbuatan pendakwah selebriti, PU Azman dengan mangsa-mangsanya beserta dengan bahan buktinya sekali telah menerima kecaman hebat daripada netizen. 

Bahkan, ramai yang mula mempersoalkan tindakannya itu yang seolah-olah mahu membuka aib pendakwah selebriti tersebut. Apa perlunya semua bahan-bahan itu ditayangkan kepada pihak umum dan kenapa tidak diserahkan kepada pihak berkuasa? 

Caprice juga diingatkan bahawa jika terlalu membuka aib orang, Allah SWT sendiri akan membuka aib kita. Namun, Caprice tetap berpegang kepada prinsipnya. Baginya, pedofilia adalah satu jenayah. 

Dan, ramai mangsa-mangsa kes pedofilia ini (kanak-kanak) yang takut untuk tampil ke hadapan kerana mengalami trauma dan depresi yang boleh menjejaskan kesihatan mental mereka. 

Terbaharu Caprice juga turut memuat naik hantaran cara-cara penceramah bebas itu memancing mangsanya menerusi mesej-mesej whatsapp. Bahkan, Caprice turut mendedahkan kononnya bekas PA penceramah bebas itu telah menemuinya dan mendedahkan tentang perbuatan tidak bermoralnya. 

Walhal, pendakwah selebriti ini sedang dihadapkan ke mahkamah atas lima pertuduhan melakukan amang seksual ke atas dua remaja lelaki. Dengan kata lain, kes sedang berjalan dan kalau mengikut undang-undang, kita tidak boleh mengganggu kes dengan memuatkan hantaran-hantaran sebegitu. 

Walaupun telah dinasihati supaya tidak menyebarkan perkara-perkara yang mengaibkan itu kepada pihak umum dan terus menyerahkan segera perkara itu kepada pihak polis, namun Caprice tetap mengabaikan kata-kata netizen. 

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Kanak-Kanak Dalam Video Tular Mangsa Amang Seksual - Polis

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Abang Bas Didakwa, Mengaku Tidak Bersalah Buat Amang Seksual

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Pengawal Keselamatan Mengaku Tak Bersalah Sumbang Mahram, Amang Seksual 2 Anak Perempuan

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Polis Tahan Guru Lelaki Disyaki Terbabit Kes Amang Seksual Murid

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 1 hari yang lalu

RM12 Juta Dalam 11 Hari! ‘Polong’ Terus Hantui Pawagam Seluruh Negara

oleh Rahayu MN

Selebriti 17 jam yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Aghniny yang membuat penampilan sulung dalam filem Malaysia menerusi watak Melor, berkata tema keibuan yang diangkat dalam filem itu mempunyai kaitan rapat deng...