web statsweb stats

Berita Terkini

1 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Deepika Padukone Dituduh Menipu Alami Kemurungan, Dakwa Mahu Promosi Filemnya 

Deepika meluahkan perkara itu sewaktu menjayakan temubual bersama Duchess of Sussex, Meghan Markle di dalam podcastnya, Archetypes.

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Oct 2022 6:02PM

Deepika Padukone - Gambar Instagram deepikapadukone

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Deepika Padukone adalah antara aktres nama besar yang berani mendedahkan tentang penyakit kemurungan yang dihadapinya. 

Ekoran daripada pendedahannya yang dibuatnya itu, ramai yang terkejut.  

Tapi, dia juga dipuji kerana berani untuk mengutarakan isu tentang masalah kesihatan mental yang dianggap masih tabu di India. 

Kini, Deepika meluahkan perasaan pula apabila dituduh sengaja menipu bahawa dia mengalami kemurungan. 

Dalam satu temubual menerusi podcast Archetypes yang dikendalikan sendiri Duchess of Sussex, Meghan Markle iaitu isteri kepada Putera Harry, dia ditanya mengenai isu kesihatan mental. 

Gambar dari Instagram deepikapadukone
Gambar dari Instagram deepikapadukone

Deepika sekali lagi menceritakan pengalamannya mengalami kemurungan dan bagaimana dia menanganinya. 

Katanya, jika tidak kerana ibunya yang dapat mengesan masalah kesihatan mental yang dihadapinya itu, dia tidak mungkin akan berada di sini pada hari ini. 

Isteri kepada aktor Ranveer Singh ini juga mengakui bahawa dia kini berada dalam keadaan gembira dan telah mengatasi kemurungan semua serta berterima kasih kepada ibunya.

Namun, Deepika memberitahu bahawa sebelum ini, ramai yang berfikir bahawa dia mengakui mengalami kemurungan kerana mahu mempromosikan filemnya. 

Bahkan, ada yang menganggap bahawa dia telah dibayar oleh pihak syarikat farmasi untuk bercakap tentang kemurungan. 

Aktres yang membintang filem Pathaan ini menambah: “Ada ditulis di dalam sebuah artikel. Mereka fikir saya dibayar oleh syarikat farmasi serta mahu mempromosikan sejenis ubat”.  – Getaran, 13 Oktober 2022

 

Berita Berkaitan

1

Selebriti 3 tahun yang lalu

Priyanka Chopra Akhirnya Dedah Sebab Sebenar Dia Tinggalkan Industri Bollywood, Apa Kaitan Dengan Karan Johar?

2

Selebriti 3 tahun yang lalu

Fasha Sandha Masih Berguru Dengan Fauziah Nawi Biarpun Sudah 20 Tahun Bergelar Pelakon

3

Selebriti 3 tahun yang lalu

Bella Astillah Dedah Aktres Jelita 'Berani Mati' Mengaku Suka Pada Suaminya

4

Selebriti 3 tahun yang lalu

Deepika Padukone Balas Reaksi Katrina Kaif Terhadap Pathaan, Musuh Kini Bertukar Jadi Kawan?

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 1 hari yang lalu

RM12 Juta Dalam 11 Hari! ‘Polong’ Terus Hantui Pawagam Seluruh Negara

oleh Rahayu MN

Selebriti 1 hari yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Aghniny yang membuat penampilan sulung dalam filem Malaysia menerusi watak Melor, berkata tema keibuan yang diangkat dalam filem itu mempunyai kaitan rapat deng...