web statsweb stats

Berita Terkini

15 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 15 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Dia Hanya Minta Satu Benda Sebagai Privasi - Athisha Khan Kecewa Orang Tak Hormat Neelofa

Turut dikongsikan adalah perbualan antara keluarga yang meminta agar Neelofa dan suami bersabar dengan dugaan yang dihadapi mereka. 

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Oct 2022 2:00PM

Athisha Khan - Gambar Instagram Athisha Khan

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Selebriti media sosial, Athisha Khan yang juga merupakan adik kepada pengacara Neelofa kecewa dengan tindakan individu yang seolah-oleh tidak menghormati privasi kakaknya. 

Menerusi hantaran yang dimuat naik di laman Twitternya malam tadi, Athisha sempat berkongsi tangkap layar daripada Instagram Neelofa yang menyatakan ada pihak yang cuba menipu wajah anak buahnya semata-mata untuk meraih perhatian ramai. 

Turut dikongsikan adalah perbualan antara keluarga yang meminta agar Neelofa dan suami bersabar dengan dugaan yang dihadapi mereka. 

“Dia hanya minta satu benda ini sebagai privasi. Hanya satu benda ini sahaja. Hilangnya sifat hormat bukanlah sesuatu yang mengejutkan saya,” tulis Athisha lagi. 

Terdahulu, melihat kepada sikap tidak bertanggungjawab orang ramai yang menyunting wajah anaknya, Neelofa akhirnya berkongsi wajah Muhammad Bilal di akaun media sosialnya malam tadi. 

“Tiada yang lebih menyayatkan hati selain anak ummi disakiti, pasti semua ibu kasih dan cintakan anak mereka apatah lagi sewaktu mereka kecil.

“Allah zahirkan kamu dalam hidup ummi dan abah begitu sempurna. Jika kekayaan yang nak dibandingkan maka kaulah yang paling berharga buat ummi dan abah.Jika keselesaan yang ditaruhkan Tiada taruhan yang dapat dibandingkan dengan senyumanmu.

“Sungguh ini adalah hadiah yang Allah kurniakan dalam hidup ummi menjadi penyejuk mataku,” kata Neelofa dalam satu hantarannya di Instagram.

“Siapa yang sanggup edit gambar Bilal memang tak ada hati perut,” kata satu komen. 

“Aku memang terkesan, jangan buat main bab anak,” tulis komen yang lain.

“Korang boleh benci mak dia, tapi baby itu tak bersalah,” tulis seorang pengguna Twitter. – Getaran, 13 Oktober 2022 

Gambar Instagram Athisha Khan
Gambar Instagram Athisha Khan

Berita Berkaitan

1

Selebriti 1 tahun yang lalu

Nilofa Group Mohon Maaf Selepas Buat Promosi Berbaur Lucah

2

Selebriti 2 tahun yang lalu

Neelofa Akui Khilaf Ketika Beri Nasihat Kepada Pemanggil Radio Era

3

Selebriti 3 tahun yang lalu

Berpurdah Dan Berbadan Dua Bukan Penghalang Buat Neelofa Disunting Menjadi Model Jenama Mewah Antarabangsa

4

Selebriti 3 tahun yang lalu

Jangan Salah Tafsir Mesej Saya - Neelofa

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Selebriti 9 jam yang lalu

M Nasir Fail Saman Lebih RM5 Juta Terhadap Grab Malaysia

oleh Rahayu MN

Selebriti 1 hari yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Aghniny yang membuat penampilan sulung dalam filem Malaysia menerusi watak Melor, berkata tema keibuan yang diangkat dalam filem itu mempunyai kaitan rapat deng...