web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Dibandingkan Dengan Aktor India Selatan, Madhavan, Apa Reaksi Saif Ali Khan?

Filem remake Vikram Vedha yang dibintangi Saif Ali Khan dan Hrithik Roshan telah pun mula ditayangkan di seluruh dunia pada hari ini.

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 30 Sep 2022 10:04AM

Gambar Instagram Hrithik Roshan IG

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Filem remake Vikram Vedha yang dibintangi Saif Ali Khan dan Hrithik Roshan telah pun mula ditayangkan di seluruh dunia pada hari ini. 

Memang ramai yang tidak sabar untuk menantikan kemunculan Saif dan Hrithik di dalam filem ini. 

Apatah lagi, bila ia adalah sebuah remake daripada filem Tamil dengan judul asal yang dibintangi R Madhavan, Vijay Sethupathi, Shraddha Srinath, Kathir dan Varalaxmi Sarathkumar. 

Dek Vikram Vedha, Saif dan Hrithik kini sibuk memenuhi jadual promosi filem ini di lokasi yang berbeza. 

Kedua-dua aktor hebat ini juga sedaya upaya cuba menggunakan segala kuasa yang ada pada mereka untuk mempromosikan filem arahan Pushkar-Gayatri yang bergenre neo-noir, aksi thriller itu. 

Bagaimanapun, sewaktu menghadiri salah satu rangka promosi filem ini, Saif telah diajukan soalan tentang perbandingannya dengan aktor asal filem itu, Madhavan. 

Kata Saif, dia tahu pasti akan ada orang yang akan membandingkan lakonannya dengan Madhavan dalam filem Vikram Vedha versi Bollywood itu. 

“Saya kagum dengan Madhavan dan saya juga seronok melihat persembahan lakonannya dalam Vikram Vedha (Tamil). Tapi, saya tidak langsung menjadikan lakonannya sebagai rujukan untuk saya. 

“Seseorang pernah memberitahu saya tentang suatu perkara ini. Kita semua ini digelar bintang dan ia memenuhi sebuah galaksi. Bintang-bintang walaupun banyak, namun ia berbeza di antara satu sama lain. 

“Jadi, saya juga berharap saya dapat memberikan sesuatu yang berbeza di dalam Vikram Vedha. Apa yang saya persembahkan dalam Vikram Vedha sama sekali berbeza dengan apa yang dilakukan Madhavan,” katanya. – Getaran, 30 September 2022

Sorotan

1

Klinik Kesihatan Bergerak KKM Bawa Perkhidmatan Percuma Terus Kepada Rakyat

2

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

3

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

4

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

5

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

6

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 1 jam yang lalu

Khadam Kutip RM1.2 Juta Selepas 5 Hari Ditayangkan, Ungguli Carta Filem Tempatan

oleh Rahayu MN