web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Park Min Young Sedang Bercinta Dengan Lelaki Kaya?

Pelakon What’s Wrong With Secretary Kim ini dilihat menyarungkan busana pakaian berjenama Dior dari atas ke bawah manakala Kang pula memakai busana biru gelap.

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Sep 2022 8:00PM

Hubungan mereka dikatakan sangat istimewa dan serius. - Gambar dari Naver Dispatch

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Heboh di Korea Selatan apabila pelakon jelita Park Min Young dikatakan sedang menjalinkan hubungan istimewa dengan seorang ahli perniagaan yang bernama Kang.

Menurut gambar yang dilaporkan Dispatch, pelakon What’s Wrong With Secretary Kim dilihat menyarungkan busana pakaian berjenama Dior dari atas ke bawah manakala Kang pula memakai busana biru gelap berjenama Titleist.

Hubungan mereka dikatakan sangat istimewa dan serius, lebih-lebih lagi apabila Park Min Young dilaporkan telah bertemu ibu kepada ahli perniagaan itu dan sempat berpelukan.

Susulan daripada itu, agensinya iaitu Hook Entertainment  telah mengeluarkan sebuah kenyataan pendek mengenai khabar angin tersebut.

“Park Min Young ketika ini sedang menjalani penggambaran drama Love in Contact. Jadi, ia mengambil masa sedikit untuk kami memberikan kesahihan fakta berkenaan. Diharap, semua dapat memahami keadaan ini.

“Kami tidak dapat berkongsi apa-apa berhubung  perkara itu dengan kadar segera,” kata agensi tersebut seperti dikongsikan Soompi.

Namun begitu, ketika Dispatch sedang menyiasat mengenai ahli perniagaan terbabit, mereka terjumpa beberapa maklumat yang dapat membuktikan bahawa ahli perniagaan itu bukan calang-calang individu di Korea Selatan. Kang merupakan pengerusi kepada syarikat kripto terbesar.

Bukan itu sahaja, walaupun Kang adalah individu yang sangat kaya, namun tiada akaun yang didaftarkan di atas namanya. Ada yang menyangka Kang adalah pemilik saham terbesar di beberapa syarikat, namun kakaknya Kang Ji Yeon selalu dilihat ke depan dan menguruskan syarikat.

Kang juga dikatakan pernah terlibat dengan beberapa kes seperti memalsukan dokumen peribadi syarikat pada tahun 2013 dan 2016. - Getaran, 28 September 2022

Berita Berkaitan

1

Selebriti 1 tahun yang lalu

Siti Saleha Calon ‘Outstanding Asian Star’ Di Seoul International Drama Awards 2024

2

Sukan 2 tahun yang lalu

Piala Dunia Sepak Takraw: Malaysia Bergaya Melangkah Ke Suku Akhir

3

Ekonomi 2 tahun yang lalu

Kedah Mahu Bina LRT Di Langkawi

4

Filem & TV 2 tahun yang lalu

7 Program Korea Selatan Mendebarkan Di Disney+ Hotstar 

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 1 hari yang lalu

RM12 Juta Dalam 11 Hari! ‘Polong’ Terus Hantui Pawagam Seluruh Negara

oleh Rahayu MN

Selebriti 8 jam yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Aghniny yang membuat penampilan sulung dalam filem Malaysia menerusi watak Melor, berkata tema keibuan yang diangkat dalam filem itu mempunyai kaitan rapat deng...