web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Bob Lokman Pesan Teruskan Perusahaan Makanan - Anak

Menurut Omar Hakim, mereka meneruskan perniagaan tersebut demi kelangsungan hidup memandangkan perlu membayar sewa rumah selain menyara lima adiknya yang masih bersekolah.

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Sep 2022 9:21PM

Mohd Hakim Lokman (Bob Lokman) - Gambar Bob Lokman Instagram

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Arwah bapa sentiasa berpesan agar meneruskan perniagaan makanan yang diusahakannya, demikian kongsi Omar Hakim anak kepada Mohd Hakim Lokman atau lebih dikenali Bob Lokman yang meninggal dunia hari ini.

Omar Hakim, 28, berkata selain seorang penulis lirik, pelakon dan pelawak, bapanya juga memiliki kemahiran memasak.

“Ayah mahir memasak nasi maqluba dan bubur daging (di Kelantan dipanggil bubur lambuk) selain juga mampu membuat serunding hasil resipi yang diambil dari Tumpat.

“Semasa hayatnya, arwah ayah beberapa kali berpesan kepada mama dan adik-adik yang lain supaya meneruskan usaha perniagaan menjual makanan selepas ketiadaannya nanti disebabkan Mama juga mahir memasak,” katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya di Taman Sri Pulau, Kubang Kerian, di sini hari ini.

Menurut Omar Hakim, mereka meneruskan perniagaan tersebut demi kelangsungan hidup memandangkan perlu membayar sewa rumah selain menyara lima adiknya yang masih bersekolah di tahfiz di Setiu, Terengganu dan Sriti Tok Guru di Pulau Melaka.

Bercerita lanjut, dia berkata selepas menjalani pembedahan jantung di Institut Jantung Negara (IJN) pada 2020,  Bob Lokman mengambil keputusan pulang ke kampung halaman di Kubang Kerian untuk berada dekat dengan datuk mereka, Lokman Ahmad, 80-an yang sakit tua.

“Kesihatan arwah ayah mula merosot sejak seminggu lepas, namun beliau enggan mendapatkan rawatan di hospital walapun sudah beberapa kali dipujuk. Waktu maghrib semalam, arwah ayah mengalami sesak nafas dan keadaannya itu berterusan sehingga 11 pagi tadi menyebabkan saya dan mama berjaga hingga pagi.

"Bagaimanapun disebabkan terlalu kepenatan, saya terlelap dan dikejutkan oleh mama yang memberitahu bahawa ayah sudah meninggal dunia," katanya.

Jenazah bapanya dibawa ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian untuk dimandi serta dikafankan manakala solat jenazah akan diadakan di Masjid Kampung Pulau Hilir, Kubang Kerian, katanya.

"Jenazah dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Pulau Hilir Kubang Kerian selepas solat Isyak," katanya.

Bob Lokman pernah menjalani pembedahan memasukkan alat Implantable Automatic Cardioverter Defibrillator (IACD) untuk menstabilkan denyutan jantungnya di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah, pada awal Disember 2020.

Pada 21 April lepas, Bob Lokman berpindah ke IJN untuk rawatan lanjut, namun akibat kekangan kewangan dialami, beliau hanya mendapatkan rawatan selama tiga hari di IJN dan keluar daripada  hospital serta balik ke Kelantan pada 24 April.

Bob Lokman yang meninggal dunia kira-kira 3 petang ini dipercayai akibat komplikasi jantung, meninggalkan seorang balu, Relawati Daud, 42, dan tujuh anak.

Allahyarham juga adalah penulis lirik beberapa lagu popular seperti Isabella dendangan kumpulan Search dan Taman Rashidah Utama nyanyian Wings.

Bob Lokman juga adalah cicit kepada seorang ulama terkenal di Kelantan, Allayarham Tok Kenali. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Selebriti 3 tahun yang lalu

Pemergian 10 Selebriti Malaysia Yang Mengejutkan Pada Tahun 2022

2

Selebriti 3 tahun yang lalu

Penulis Lirik Tersohor, Bob Lokman Meninggal Dunia

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Selebriti 10 jam yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Filem & TV 1 hari yang lalu

RM12 Juta Dalam 11 Hari! ‘Polong’ Terus Hantui Pawagam Seluruh Negara

Pencapaian luar biasa itu sekali gus mengukuhkan kedudukan Polongsebagai antara filem tempatan paling hangat tahun ini.

oleh Rahayu MN