web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


‘Kami Jadi Wedding Planner Untuk Majlis Sendiri’ - Adam Lee Dedah Persiapan Kahwinnya Dengan Sweet Qismina

Hanya tinggal sebulan saja lagi, Adam Lee akui teruja menghitung hari bahagia dengan tunangnya, Sweet Qismina.

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Sep 2022 2:44PM

Adam Lee dan Sweet Qismina - Gambar Instagram Adam Lee

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Bakal mengakhiri zaman bujang kira-kira sebulan lagi, pelakon Adam Lee akui teruja menghitung hari bahagia dan  kini sedang sibuk menguruskan persiapan majlis perkahwinan bersama tunangnya, Sweet Qismina  yang juga seorang pelakon.

Menurut Adam, atau nama sebenarnya Muhammad Arid Adam Mohamed Fadlee, 28,  dia bersama tunangnya menggalas tugas sebagai wedding planner bagi mempersiapkan segala persiapan majlis perkahwinan mereka  yang bakal tiba tidak lama lagi.

“Sebenarnya kami urus dan buat segala persiapan bermula dari kosong hinggalah ke hari ini. Kami sendiri yang turun padang bagi memastikan setiap persiapan berjalan dengan lancar.

“Boleh dikatakan, kami berdua amat sibuk dan penat juga kerana, masing-masing bekerja lagi dan pada masa yang sama kami menjadi wedding planner untuk majlis kami sendiri,” kata Adam.

Menurut Adam Lee, mereka bersyukur kerana hampir 80 peratus persiapan bagi majlis perkahwinanya telah dilengkapkan oleh dia bersama tunangnya.

Katanya, biarpun perlu memastikan majlis perkahwinannya berjalan lancar seperti yang dirancang, dia turut sibuk di lokasi penggambaran.

Ditanyakan berhubung cabaran yang dihadapinya saat  menuju hari bahagia bersama Qismina, Adam akui, perkara tersebut adalah lumrah yang perlu dihadapi oleh setiap pasangan yang bakal membina rumah tangga.

“Sejujurnya, saya percaya bukan saya dan Sweet sahaja tetapi pasangan lain juga yang akan berdepan dengan cabaran dan halangan. Itu adalah normal dan kami juga tak terlepas.

“Namun, apa yang paling penting buat masa ini adalah, bagaimana kami mengatasi setiap masalah dan cabaran yang kami hadapi dan saya rasa tidak perlulah kami kongsikan. Biarlah kami uruskannya sendiri,” tambah Adam. 

Adam bakal berganding bersama pelakon, Wanna Ali menerusi drama bergenre romantik,  ‘Adakah Kau Menungguku’ arahan Azmi Hatta. Drama bersiri 15 episod ini turut menampilkan barisan pelakon popular seperti  Ali, Farhan Asri, Nabil Aqil, Wani Kayrie, Syafie Tee, Sherry Ibrahim, Wan Nor Azlin dan ramai lagi.

‘Adakah Kau Menungguku’ mengisahkan tentang kisah Ariana (Wanna Ali) mengharapkan cinta yang telah terjalin selama lapan  tahun ini akan berakhir ke jinjang pelamin.

Namun, impian  Ariana untuk mengahwini Azman terhenti apabila Azman diasak kedua-dua ibu bapanya untuk berkahwin dengan pilihan keluarga. Cinta Azman dan Ariana tidak berkesampaian apabila Azman terpaksa akur dengan pilihan orang tua.

Manakala, Ikmal (Adam Lee) yang sudah puas mengembara dan mempunyai perniagaannya sendiri di sini enggan mengikut teman wanitanya Sofia ke Australia. 

Walaupun dipujuk beberapa kali, Ikmal tetap dengan pendiriannya kerana sudah bertahun dia meninggalkan ibu dan tak sanggup biarkan wanita tua itu yang perlukan perhatian.

Namun pertemuan Ariana dan Ikmal di sebuah restoran yang terpaksa kongsi meja membawa lebaran yang baharu. 

Drama terbitan OrangeTree Production Sdn Bhd itu akan menghiasi slot lot Lestary TV3 mulai 29 September, setiap Rabu hingga Sabtu, jam  9.00 malam. – Getaran, 23  September 2022

Berita Berkaitan

1

Selebriti 7 bulan yang lalu

Majlis Resepsi Erra Fazira, Ezwan Berlangsung Meriah, Erra Buat Sendiri Cenderahati Untuk Tetamu

2

Selebriti 2 tahun yang lalu

Busana Majlis Nikah, Resepsi Afifah Nasir Dikritik

3

Seni & Hiburan 2 tahun yang lalu

"Saya Dah Jumpa Pilihan Yang Paling Tepat, Ibu Saya Sayang Dan Anggap Dia Seperti Anak" - Zul Ariffin

4

Selebriti 2 tahun yang lalu

Shakila Khoriri Kembali Bergelar Isteri

Sorotan

1

187 Jenis Ubat Berisiko Tinggi, Jumlah Stok Kurang 60 Hari - MOH

2

11 Lelaki Didakwa Jadi Ahli ‘Geng Vinod’, Berdepan Penjara Hingga 20 Tahun

3

Pelajar, Bapa Dipukul Di Luar Sekolah, Beberapa Individu Ditahan

4

Kebakaran Pasar Borong Selangor Dipadam Sepenuhnya, Operasi Beralih Kepada Fasa Baik Pulih

5

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

6

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 1 hari yang lalu

Melodi Tampil Dengan Wajah Baharu, Ain Edruce Kini Gandingan Kamal Adli 

oleh Rahayu MN