web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kesan Trauma Dari Kemalangan, Ikmal Amry Akui Masih Fobia Untuk Pandu Kereta

Walaupun terlibat dengan kemalangan motosikal sebelum ini, namun kesan trauma yang dialami Ikmal kali ini lebih mendalam kerana melibatkan  isteri dan anaknya.

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Sep 2022 8:00PM

Kesan trauma ini cukup dirasai kerana kemalangan itu turut melibatkan anak dan isterinya. - Gambar Instagram Ikmal Amry

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pelakon yang baru terlibat dengan kemalangan jalan raya baru-baru ini iaitu Ikmal Amry mengakui masih trauma dengan insiden itu. 

Sehingga kini, Ikmal atau nama sebenarnya Mohd Zulikmal Amry Ghazali, 28, masih belum berani untuk memandu kereta sendiri dan meminta pembantu peribadi untuk memandu jika mahu ke mana-mana. 

“Sebenarnya untuk bertemu orang ramai pun saya masih ada 'anxiety'. Kerana sewaktu kemalangan itu berlaku, ramai yang datang ke tempat kejadian. Jadi bila berada di tempat yang ramai orang, saya akan teringat detik cemas itu. 

“Memandu pun saya masih tak berani. Saya harap trauma saya ini tak lama kerana macam mana  sekalipun saya tetap kena memandu untuk pergi ke sana sini. 

“Mungkin kesan trauma ini akan ambil masa beberapa bulan untuk hilang.  Walaupun saya berjalan kaki sekalipun saya tetap rasa takut dan sering tengok kiri kanan depan belakang,” katanya. 

Menurut Ikmal lagi, kesan trauma ini cukup dirasai kerana kemalangan itu turut melibatkan anak dan isterinya. 

“Perkara itu membuatkan saya menjadi lebih takut. Padahal, saya  pernah terlibat dengan kemalangan  motosikal sebelum ini tetapi seorang diri. Namun, perasaan trauma pada ketika itu tidak lama. Selepas dua minggu saya dah boleh tunggang motosikal," katanya ketika ditemui di majlis tayangan perdana filem Rasuk

Kata bekas finalis Hero Remaja 2017 ini lagi, kesan trauma itu lebih dirasai isterinya yang kini tidak boleh mendengar sebarang bunyi yang kuat.

“Setiap kali terdengar bunyi yang kuat jantungnya akan berdegup laju. Dia akan teringat kejadian itu. Bila tidur, dia akan sentiasa pegang dan periksa anak. 

“Tapi saya sangat-sangat bersyukur kerana kami semua selamat dan tak ada yang tercedera walaupun kalau dilihat pada keadaan kereta, seperti agak mustahil untuk kami tidak tercedera," ujarnya. 

Disebabkan kemalangan itu juga. Ikmal kerugian hampir RM75,000 kerana keadaan keretanya yang boleh dikategorikan sebagai ‘total loss’. 

“Sebenarnya saya sangat sayangkan kereta itu kerana ia adalah kereta pertama saya. Saya cuba sedaya upaya untuk baiki. Tengoklah macam mana nanti jika ia  boleh dibaiki atau tidak,” katanya. 

Dalam perkembangan lain, Ikmal bakal muncul dengan sebuah filem seram berjudul Rasuk arahan James Lee yang akan ditayangkan pada 29 September 2022. – Getaran, 22 September 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Suami Isteri Warga Emas Maut, 4 Cedera Kancil Bertembung Dengan Myvi

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Pasukan Perubatan Peribadi Agong Rawat 2 Mangsa Kemalangan

3

Filem & TV 1 tahun yang lalu

Goat Meledak Di Pawagam, Catat Lebih RM10 Juta Sejak Khamis

4

Video & Galeri 1 tahun yang lalu

Jalan Kampung Tak Payahlah Laju-Laju Bang!

Sorotan

1

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

2

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

3

8 Rumah Musnah, Kebakaran Awal Pagi Di Kuala Perlis 

4

Cubaan Jatuhkan Tok Min, Kerajaan Negeri Tak Boleh Diterima - Anwar

5

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

6

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

M Nasir Fail Saman Lebih RM5 Juta Terhadap Grab Malaysia

oleh Rahayu MN