web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Hanya Jamie Foxx Saja Yang Boleh Buat Saya Berlakon Semula, Cameron Diaz Jelaskan Isu Pusingan U-Turn 

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Sep 2022 4:00PM

Dari kiri Jamie Foxx, Quvenzhane Wallis dan Cameron Diaz bergambar ketika promosi filem "Annie" di London pada 16 Disember 2014. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Peminat Cameron Diaz pasti tersenyum gembira sebaik mendapat tahu bahawa aktres berusia 50 tahun ini telah membuat pusingan U untuk kembali semula ke layar perak, selepas lapan tahun menyepi susulan pengumumannya mengundurkan diri daripada industri filem, kira-kira empat tahun lalu. 

Namun, bintang Charlie’s Angels ini memberitahu, bekerja di dalam industri filem sudah tidak sama seperti dahulu. 

Diaz bakal muncul dalam sebuah filem Netflx, Back in Action bersama Jamie Foxx dan mengakui bahawa dia berasa cukup gementar untuk kembali ke lokasi penggambaran semula. 

Dalam wawancara bersama Jimmy Fallon dalam program bual bicara The Tonight Show, Diaz berkata:

“Saya dah melakukan perkara (berlakon) ini terlalu lama, dan kemudian kembali melakukannya semula. Ia memerlukan otot memori saya untuk bergerak semula. Namun, ia tak sama seperti dulu.

Pada masa sama, Diaz turut memberitahu tentang perasaannya apabila dapat bekerja dengan Jamie sekali lagi, selepas mereka digandingkan dalam Any Given Sunday (1999) serta remake Annie (2004). 

“Filem terakhir yang saya lakonkan bersama Jamie adalah Annie dan saya kembali berlakon semula, juga bersama Jamie. 

“Dia seorang yang hebat, sangat profesional, berbakat dan mudah bekerjasama. Dia cukup menyeronokkan. Hanya Jamie Foxx sahaja yang boleh membuatkan saya kembali berlakon semula,” katanya. 

Jamie akan menjadi pasangan pelakon Diaz di dalam Back in Action dan pada masa yang sama, dia juga turut bertindak sebagai eksekutif produser. – Getaran 21 September 2022 

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 1 tahun yang lalu

Penonton Terkejut Tonton Babak Seks Dalam Filem Abang Adik Versi Netflix, Ini Komen Jack Tan

2

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Queen Of Tears Pecah Rekod Tontonan tvN

3

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Netflix Dedahkan 100 Peserta Physical: 100 Season 2 : Underground 

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Dr Mahathir Dahagakan Perhatian - Fahmi

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 1 hari yang lalu

RM12 Juta Dalam 11 Hari! ‘Polong’ Terus Hantui Pawagam Seluruh Negara

oleh Rahayu MN

Selebriti 16 jam yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Aghniny yang membuat penampilan sulung dalam filem Malaysia menerusi watak Melor, berkata tema keibuan yang diangkat dalam filem itu mempunyai kaitan rapat deng...