web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Rapper DMX Meninggal Dunia

Selepas hampir seminggu berada di hospital, rapper terkenal, DMX akhirnya pulang ke Negara Abadi.

Selebriti Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Apr 2021 3:22PM

Gambar: AFP / Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Bintang hip hop hardcore Amerika Syarikat, DMX, telah meninggal dunia malam tadi (waktu tempatan).

Berita kematian itu telah disahkan oleh peguam DMX dan sebuah kenyataan media yang dikeluarkan oleh keluarga pemuzik itu.

DMX atau nama sebenarnya, Earl Simmons, berusia 50 tahun dan meninggal dunia selepas hampir seminggu berada dalam unit penjagaan rapi berikutan sebuah serangan sakit jantung.

“Earl adalah seorang pahlawan yang telah berjuang sehingga ke hujung hayatnya,” sebut kenyataan yang dikeluarkan semalam. Rapper itu meninggal di Hospital White Plains, utara bandaraya New York.

“Earl sangat sayangkan keluarganya dan kami hargai setiap detik yang telah dapat kami luangkan bersamanya,” sebut kenyataan yang sama.

Sebagai seorang rapper, DMX cukup terkenal pada penghujung 1990-an dan awal 2000-an dengan lagu-lagunya, ‘X Gon’ Give It To Ya’ dan ‘Party Up.’ Beliau merupakan antara rapper yang digeruni namun sangat disegani pada era itu.

DMX sering menceritakan tentang kegelapan hidupnya dalam lagu-lagunya yang walaupun berentak rancak masih mempunyai lirik yang puitis. Ini menjadikan karya-karya DMX sering mendapat pujian para peminat dan pengkritik muzik.

Beliau membesar di New York dan sejak remaja sering terjebak dalam pelbagai jenis masalah. Paling terkini adalah kegagalannya untuk membayar cukai dan telah menyebabkan beliau dipenjarakan selama setahun.

Walaupun sering tampil di muka akhbar dengan berita-berita masalahnya dengan sistem perundangan, karya muzik DMX, lirik rap yang jujur dan puitis serta suara garaunya yang unik menjadi legasinya kepada dunia hip hop.

“DMX ialah seorang artis yang bijak dan menjadi inspirasi jutaan peminat di seluruh dunia.

"Mesejnya tentang kejayaan selepas melalui jerih hidup serta pencarian cahaya dan kebenaran dalam kegelapan mengingatkan kita kepada sifat manusiawi kita sendiri,” kata Def Jam Recordings, syarikat rakaman yang telah menaungi beberapa album DMX yang cukup ikonik dalam sebuah kenyataan media.

Media sosial mula dihujani dengan pelbagai penghormatan daripada rakan- rakan pemuzik dan para peminat sejak berita kematian DMX diumumkan. T.I. menggelar DMX seorang ‘ikon budaya,’ sementara Missy Elliot mengatakan bahawa pemergian DMX adalah sebuah ‘kehilangan yang sangat besar untuk keluarga hip hop.’

“Tiada siapa yang boleh menyatakan rasa pedih dan sakit dalam keadaan yang sungguh bertenaga,” ciap rapper Biz Markie.

Snoop Dogg, yang menjadi ‘lawan’ DMX dalam siri Verzuz tahun lalu berkongsi, “Penonton mengharapkan sebuah pertembungan tetapi ia sebenarnya sebuah perjumpaan keluarga. Dua rapper yang menyayangi antara satu sama lain. Terima kasih X, kerana menyayangi saya kembali.”

“Penyair Tuhan,” tulis Nas. “Saya sayangkan awak.” – AFP

Berita Berkaitan

1

Muzik 1 jam yang lalu

3 Dekad Bertapak, Dewa 19 Bukti Karya Rock Legenda Kekal Diminati

2

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

3

Muzik 1 hari yang lalu

Hampir 2 Dekad, Peterpan Bakal Ubati Kerinduan Peminat Di Malaysia, Singapura Julai Ini

4

Muzik 2 hari yang lalu

Jason Mraz Kembali Ke Malaysia 31 Oktober Depan

Sorotan

1

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

2

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

3

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

4

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

5

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

6

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Hampir 2 Dekad, Peterpan Bakal Ubati Kerinduan Peminat Di Malaysia, Singapura Julai Ini

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

Menggabungkan elemen persembahan berkualiti tinggi, suasana premium dan lebih intim, SPOTLIGHT KLCC menawarkan harga tiket yang mampu dibeli oleh pelbagai golon...

oleh Rahayu MN

Muzik 1 jam yang lalu

3 Dekad Bertapak, Dewa 19 Bukti Karya Rock Legenda Kekal Diminati

Konsert anjuran Icon Entertainment yang berlangsung lebih tiga jam itu bukan sekadar persembahan muzik, malah menjadi medan mengimbau kenangan dan nostalgia bua...