web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Dikatakan Memperlekehkan Wanita, Rosyam Nor Dikecam Netizen Dan Digelar Mat Rempit Seksis

Kontroversi sekali lagi menghimpit aktor terkenal, Rosyam nor selepas dia dikatakan membuat kenyataan berbaur seksis terhadap kaum wanita sewaktu mempromosikan sebuah program bersama Rina Harun

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Sep 2022 2:00PM

Dalam video yang tular itu, ia memaparkan Rina bersama pelakon dan usahawan, Rosyam Nor didakwa memperlekeh golongan wanita. - Tangkapan Layar dari Tik Tok

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Tular di media sosial sebuah video yang menampilkan pelakon dan usahawan terkenal tanah iair iaitu Datuk Rosyam Nor bersama Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun.

Namun video itu telah mendapat kecaman hebat dari netizen Malaysia terutamanya wanita kerana Rosyam dikatakan telah memperlekehkan golongan wanita. 

Dalam video yang dimutnaik oleh Rina Harun sendiri di Tik Tok, kelihatan Rosyam sedang ‘mengomel’ tentang perangai wanita yang dikatakan sering kali lambat.

“Perempuan ni semuanya lambat. Bangun lambat. Hey bangkitlah! Bangun daripada tidur. Besok di WTC Kuala Lumpur, program aku bersama Datuk Seri Rina. Siapa nak masuk korang datang sahaja sana pukul 9 pagi. Korang jumpa aku, aku nak belasah kepala korang! Baru kita bangkit,” katanya dalam video berkenaan di pejabat kementerian. 

Kenyataan Rosyam itu lantas menerima kecaman netizen di semua platform media sosial. Rata-rata mereka tidak puas hati dan menyifatkan langkah promosi ini sebagai sesuatu yang memalukan dan menjatuhkan martabat kaum wanita.

Netizen turut menggelar Rosyam sebagai seorang yang seksis dan berpewatakan seperti seorang mat rempit. 

Ada juga netizen yang telah batalkan hasrat untuk menonton filem ‘Deleted’ yang dibintangi Rosyam Nor kerana enggan menyokong individu sepertinya.

Getaran cuba mendapatkan kenyataan Rosyam berhubung kecaman netizen ini, namun beliau gagal dihubungi. 

Isu kontroversi ini turut mendapat perhatian beberapa figura terkenal seperti Hannah Yeoh, Dyana Sofya, Fahmi Reza, Ezurin Khyra dan ramai lagi yang telah meluahkan ketidakpuasan hati mereka tentang kontroversi yang berlaku ini. – Getaran, 15 September 2022


 

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 1 hari yang lalu

RM12 Juta Dalam 11 Hari! ‘Polong’ Terus Hantui Pawagam Seluruh Negara

oleh Rahayu MN

Selebriti 17 jam yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Aghniny yang membuat penampilan sulung dalam filem Malaysia menerusi watak Melor, berkata tema keibuan yang diangkat dalam filem itu mempunyai kaitan rapat deng...