web statsweb stats

Berita Terkini

12 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 12 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Muat Naik Foto Tunjuk Jari Tengah, Netizen Tegur Nadhir Nassar

Penyandang gelaran Hero Remaja 2020 itu mengejutkan ramai dan mengundang ketidakselesaan pengikutnya di media sosial selepas memuat naik gambar sambil menunjukkan jari tengah.

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Sep 2022 12:04PM

Nadhir Nasar - Gambar dari Instagram

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pelakon yang semakin meningkat naik iaitu Nadhir Nasar telah mengejutkan ramai pengikutnya di Instagram selepas dia memuat naik foto sambil menunjukkan jari tengah.

“Self made artist, tidak mengharapkan apa-apa tetapi menyasarkan semua perkara. Konsisten adalah kunci. Belajar, praktik, buat, tulis, mimpi. Dokumentasikan segalanya. Jangan matikan api dalam jiwa kau,” tulisnya di bahagian kapsyen.

Rata-rata netizen terkejut dan kurang senang dengan foto  itu, kerana menurut mereka sebagai seorang yang terkenal dan menjadi ikutan ramai, Nadhir atau nama penuhnya Ahmad Nadhir Ahmad Nasar, 26, tidak sepatutnya berkongsi foto sebegitu. 

Ketika ini Nadhir difahamkan sedang menjalani penggambaran sebuah drama yang berjudul #ProjekHighCouncil. Mungkin foto ini adalah biasan dari watak yang digalasnya? 

Atau mungkin juga ini adalah satu gimik untuk drama terbaru itu nanti? Atau mungkin juga Nadhir cuba memberi bayangan disebalik kapsyen yang ditulisnya? 

Apa-apa pun semoga Nadhir lebih berhati-hati dalam memuat naik sebarang kandungan di patform media sosial kerana sebagai penyandang gelaran Hero Remaja 2020, seharusnya Nadhir memberikan teladan yang baik terutama anak muda di luar sana. – Getaran, 8 September 2022.

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Selebriti 6 jam yang lalu

M Nasir Fail Saman Lebih RM5 Juta Terhadap Grab Malaysia

oleh Rahayu MN

Selebriti 1 hari yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Aghniny yang membuat penampilan sulung dalam filem Malaysia menerusi watak Melor, berkata tema keibuan yang diangkat dalam filem itu mempunyai kaitan rapat deng...