web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Saya Tidak Pernah Merancang Untuk Berhijrah Dan Menetap Di Australia – Salamiah Hassan 

Kata Salamiah, dia tidak pernah lupa daripada mana asal-usulnya dan dia akan bahagikan masa di antara Malaysia dan Australia.

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Sep 2022 8:00PM

Salamiah dan Gerry sah bergelar suami isteri pada 1 September 2022. - Gambar Instagram Atiliaharon

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Penyanyi Salamiah Hassan,71, terkejut apabila ramai pihak yang menyangka bahawa dia akan berhirah dan menetap di Australia, sebaik sahaja dia melangsungkan pernikahannya dengan lelaki pilihannya, Gerald Hughes, 68, yang berasal dari negara kangaru tersebut. 

Salamiah yang terkenal dengan lagu Gelombang dan turut digelar The Voice kerana suaranya banyak digunakan dalam lagu iklan TV pada era 80-an dan 90-an telah melangsungkan pernikahan dengan Hughes di Tasmania, Australia pada 1 September lalu. 

Salamiah nafi akan berhijrah ke Australia. - Gambar fail
Salamiah nafi akan berhijrah ke Australia. - Gambar fail

“Kenapa orang kata saya sudah berhijrah ke Australia? Takkanlah disebabkan perkahwinan saya dengan lelaki asal sini, mereka beranggapan begitu? Sedangkan saya tidak cakap apa pun tentang soal penghijrahan,” katanya sewaktu bercakap dengan Getaran. 

 Disebabkan berita-berita yang tidak benar tentang isu penghijrahan tersebut, Salamiah berkata, dia perlu mengeluarkan kenyataan bahawa dia sama sekali tidak merancang untuk berhijrah dan menetap di Australia.  

“Saya tidak mahu duduk di sini (Australia). Kehidupan saya adalah di Malaysia. Saya mahu pulang dan saya masih buat buat show. Saya rindu dengan kehidupan dan kerjaya seni  saya di Malaysia.

“Saya tidak pernah lupa daripada mana asal-usul saya dan saya akan bahagikan masa di antara Malaysia dan Australia. 

“Saya punya kehidupan sendiri di Malaysia dan kini saya ada kehidupan baharu di Australia,” katanya yang ketika ini masih menghabiskan waktu yang panjang untuk menetap di Tasmania bersama suaminya, Gerry (gelaran untuk Gerald Hughes) sehingga Oktober ini. 

Menceritakan tentang pernikahannya dengan Hughes, Salamiah berkata, sebelum ini dia tidak terfikir langsung tentang jodohnya. 

“Ia berlaku secara tiba-tiba. Keluarga dia (Hughes), walaupun berbeza agama, tapi mereka terima keputusannya untuk memeluk agama Islam. 

“Mereka tidak halang atau cakap dengan dia jangan masuk Islam. Saya juga tidak paksa dia masuk agama kita. Dia sendiri yang mahu berbuat demikian selepas membuat kajian tentang Islam,” katanya. 

Jelas Salamiah lagi, selepas nikah, dia tetap melaksanakan kewajipan sebagai seorang Islam. 

“Gerry tidak pernah tengok bagaimana orang Islam menunaikan solat. Dia tidak pernah tengok telekung pun. 

“Dan bila Gerry melihat saya bersujud dan kemudian berdoa, dia beritahu, engkaulah perempuan paling cantik yang pernah aku lihat,” kata Salamiah sambil tertawa. 

Salamiah mengakui bahawa tugas dan kewajipannya sangat berat selepas mengahwini Gerry. 

“Kita tidak boleh terlalu menekan tapi kita juga tidak boleh tidak menekan langsung. Tapi, saya bersyukur kerana dari awal mengenali Gerry lagi, dia tidak minum dan tidak merokok.  Dia sangat menjaga kesihatan diri. 

“Saya sendiri pun tidak tahu mengapa dia memilih saya sedangkan saya berusia 71 tahun dan dia berusia 68 tahun. 

“Ramai lagi perempuan yang sebangsa dengannya yang sukakan dia. Sedangkan saya hanya nampak glamor waktu di pentas, tapi di luar pentas, saya biasa-biasa sahaja orangnya,” katanya. 

Gambar ihsan Instagram Atiliaharon
Gambar ihsan Instagram Atiliaharon

Salamiah bagaimanapun turut menzahirkan rasa syukur kerana majlis pernikahannya dengan Hughes telah disempurnakan seorang ustaz yang memang berasal dari Malaysia. 

“Kita boleh kahwin di mana-mana masjid. Tapi, bila dapat ustaz ini, kita dapat ikut undang-undang perkahwinan di Malaysia. 

“Ustaz ini berasal dari Melaka dan sudah lama bermastautin di Singapura dan kini di Australia. Saya tanya kepada ustaz ini, adakah saya tersenarai dalam rekod perempuan paling tua yang pernah dia dinikahkan. 

“Dia cakap tidak kerana dia pernah menikahkan wanita yang berusia 82 tahun sebelum ini,” kata Salamiah lagi. 

Ketika dihubungi dia sibuk membuat persiapan untuk memasak juadah buat anak saudaranya yang datang menziarahinya bersama Hughes di Tasmania. - Getaran, 7 September 2022

Berita Berkaitan

1

Jelajah 1 tahun yang lalu

3 Tarikan Baharu Berasaskan Marin Di Australia Barat

2

Sukan 1 tahun yang lalu

Piala ASEAN B-16: Malaysia Tewas 0-2 Kepada Australia

3

Ekonomi 2 tahun yang lalu

Anwar Tarik Pelabur Australia Dan ASEAN, Kongsi Persekitaran Kondusif Malaysia

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Ada Potensi Luas Untuk Kukuhkan Perkongsian ASEAN - Australia - Anwar

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 7 jam yang lalu

RM12 Juta Dalam 11 Hari! ‘Polong’ Terus Hantui Pawagam Seluruh Negara

oleh Rahayu MN