web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Mengejutkan! Puteri Balqis Dedah Pernah Jadi Mangsa Nafsu Buas Bapa Kandung

Pelakon yang kini berusia 15 tahun itu membuat pendedahan mengejutkan ramai ketika sesi temu bual bersama saluran YouTube Bros Gang TV.

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Sep 2022 1:18PM

Puteri Balqis - Tangkapan layar video

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pelakon popular Puteri Balqis membuat pendedahan yang menggemparkan ramai apabila berkongsi kisah hitam yang dilaluinya sejak berusia lima tahun.

Kisah hitam dalam hidupnya itu dikongsikan dalam satu wawancara yang dikendalikan oleh saluran YouTube bernama Bros Gang TV. 

Menurut Puteri Balqis yang kini berusia 15 tahun, dia pernah menjadi mangsa nafsu serakah bapa kandungnya sendiri sejak dia berusia lima tahun.

“Ramai orang letakkan kesalahan pada ibu saya. Tetapi ayah saya sebenarnya seorang yang pemalas. Dia tak bekerja langsung, 24 jam main ‘game’. Dia tak pernah peduli langsung pasal pelajaran saya. 

“Pernah ibu minta dia ajarkan saya untuk baca Al-Quran, tetapi sudahnya kami berdua yang disepaknya. Perkara itu memang biasa.

“Tetapi apa yang paling saya tak boleh terima bila pergi lepak kedai mamak bersama kawan-kawan dia, dia akan buka video lucah kuat-kuat untuk semua kawan-kawan dia dengar dan dia akan gelak macam tengah tengok kartun. Dia turut ajak saya untuk tengok sekali. Ketika itu saya baru berusia lima tahun,” katanya. 

Menurut Puteri Baqis lagi, bapanya turut melakukan onani. 

“Bila mak saya sakit, dia tak kisah dia akan onani dekat tepi. Kalau dalam kereta dia akan onani depan saya dan ibu. 

“Kadang-kadang saya tengah mandi dalam tandas dia akan terus masuk. Kalau tengok muka dia memang orang akan ingat dia baik bak malaikat. Orang tak akan tahu yang dia raba saya, dia cium saya.

“Bila saya tengah belajar dia akan buat-buat marah dan suruh saya masuk dalam bilik. Kemudian dia raba saya,” kongsinya.

Kongsi Balqis lagi, banyak perkara yang dilakukan oleh bapanya yang terpaksa ditanggung ibunya sampai sekarang. 

“Dia jual kereta yang dibeli atas nama ibu saya. Kawan-kawan dia kebanyakannya bila keluar pakai jubah tetapi sebenarnya main perempuan. 

“Mereka bangga bercerita depan saya bahawa mereka baru melakukan hubungan seks dengan doktor gigi dan sebagainya. Muka mereka sangat bangga apabila bercerita tentang perkara itu. Adakah mereka terlupa bahawa saya juga seorang perempuan?

“Bila saya jumpa dengan ayah selepas sekian lama, perkara pertama yang dia cakap 'Aqish dah pakai bra?' Dia juga berikan saya telefon bimbit yang penuh dengan video lucah,” katanya.

Menurut Balqis lagi apa yang dilaluinya ketika hidup bersama bapanya benar-benar memberikan kesan yang mendalam terhadap emosinya. 

Malah dia juga pernah dimasukkan ke hospital gara-gara matanya pernah dicili oleh bapanya sendiri ketika berusia enam tahun. 

“Saya minta maaf mummy, saya dah tak tahan. Saya perlu luahkan semuanya. Perkara ini terlalu perit untuk dipendam. Hampir 15 tahun saya hidup dalam derita.

“Setiap kali saya nak bercerita tentang perkara yang sebenar mummy akan halang kerana katanya akhirnya nanti mummy yang akan dipersalahkan. Ia menghancurkan saya dari dalam,” katanya sambil menangis. 

Sementara itu di bahagian komen, ramai netizen yang terkejut dengan pendedahan Balqis itu dan meminta supaya perkara ini dilaporkan kepada pihak berkuasa agar tindakan sewajarnya dapat diambil. 

Semoga Puteri Balqis terus kuat dan sentiasa dilindungi dari segala perkara jahat. - Getaran, 5 September 2022

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 20 jam yang lalu

Melodi Tampil Dengan Wajah Baharu, Ain Edruce Kini Gandingan Kamal Adli 

oleh Rahayu MN