web statsweb stats

Berita Terkini

17 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 17 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Saya Harap Perkahwinan Yang Dibina Akan Kekal Sepanjang Hayat – Shahir Zawawi

Hanya dengan sekali lafaz, Jaskin yang juga seorang pemilik butik telah sah menjadi isteri kepada pelantun lagu, 'Kebahagian Dalam Perpisahan ini'.

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Sep 2022 11:31AM

Shahir Zawawi bersama isterinya, Jaskin Jaludin - Gambar Instagram

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Bekas juara Akademi Fantasi Musim 8, Shahir Zawawi berharap perkahwinan yang dibina ini akan berkekalan sehingga ke akhir hayat. 

Demikian kata Shahir sewaktu diwawancara Kosmo! sejurus selepas dia selamat diijabkabulkan dengan gadis pilihannya, Jaskin Jaludin, 33, di Royal Ballroom Bizmilla, One City Subang, malam tadi. 

Hanya dengan sekali lafaz, Jaskin yang juga seorang pemilik butik telah sah menjadi isteri kepada pelantun lagu 'Kebahagian Dalam Perpisahan' ini. 

Menurut Shahir, Jaskin yang dikenalinya dalam tempoh dua bulan itu memenuhi ciri-ciri wanita pilihannya. 

“Saya berharap perkahwinan yang dibina ini kekal sehingga ke akhir hayat dan kami akan bertanggungjawab antara satu sama lain sampai ke hari tua,” katanya. 

Dia turut menyatakan rasa syukurnya itu apabila ramai pihak yang membantu untuk memastikan majlis pernikahannya itu dapat direalisasikan. 

Pada majlis pernikahan yang berlangsung malam tadi itu, pasangan ini telah dinikahkan bapa pengantin, Jaludin Nongce, disaksikan Penolong Pendaftar Nikah, Ustaz Muhammad Hakimi Mustapai dan bapa pengantin lelaki, Zawawi Abdullah, sekitar 9.10 malam tadi. 

Shahir turut menyerahkan mas kahwin berjumlah RM300, wang hantaran sebanyak RM20,000 beserta lima dulang berbalas tujuh dulang hantaran kepada pihak perempuan. 

Terdahulu, Shahir mengikat tali pertunangan dengan Jaskin pada 16 Julai lalu. - Getaran, 3 September 2022.

Isu Pada

Swadaya Meerqeen

03 Sep 2022

Berita Berkaitan

1

Selebriti 5 bulan yang lalu

Majlis Resepsi Erra Fazira, Ezwan Berlangsung Meriah, Erra Buat Sendiri Cenderahati Untuk Tetamu

2

Selebriti 2 tahun yang lalu

Busana Majlis Nikah, Resepsi Afifah Nasir Dikritik

3

Seni & Hiburan 2 tahun yang lalu

"Saya Dah Jumpa Pilihan Yang Paling Tepat, Ibu Saya Sayang Dan Anggap Dia Seperti Anak" - Zul Ariffin

4

Selebriti 2 tahun yang lalu

Shakila Khoriri Kembali Bergelar Isteri

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Selebriti 11 jam yang lalu

M Nasir Fail Saman Lebih RM5 Juta Terhadap Grab Malaysia

Tindakan saman itu difailkan di Mahkamah Tinggi Shah Alam oleh M Nasir bersama syarikat miliknya, Luncai Emas Sdn Bhd.

oleh Rahayu MN