web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Awas! Teguran Siti Untuk Sitizoners Palsu

Dato’ Sri Siti Nurhaliza mendakwa ada beberapa pihak menyamar sebagai ahli kelab peminatnya untuk mensensasikan sesuatu isu dan keadaan.

Selebriti Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Apr 2021 3:17PM

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Penyanyi nombor satu negara, Dato’ Sri Siti Nurhaliza mendakwa ada beberapa pihak  menyamar sebagai ahli kelab peminatnya iaitu SitiZoners untuk mensensasikan sesuatu isu dan keadaan. Penyanyi  tersebut terpaksa campur tangan dan menegur perbuatan pihak terbabit menerusi laman akaun Twitter rasmi miliknya baru-baru ini. 

“Sebagai seorang artis yang ada peminat sendiri, ada masanya saya perlu mengingatkan mereka dengan cara yang tidak kasar. 

Mereka bukanlah peminat pun, ada yang mengatakan mereka siti zoners saya tapi sebenarnya  mereka ambil peluang itu untuk menghangatkan sesuatu keadaan. Jadi teguran itu saya keluarkan supaya mereka faham. 

Tapi untuk peminat saya, setakat ini memang saya ada ruang  sendiri untuk bercakap dengan mereka. 

Ruang itulah yang saya gunakan sebaiknya untuk menghargai  dan menegur dengan bahasa yang baik. Dalam teguran pun ada adabnya. Peminat saya juga  faham dengan cara saya bekerja,” katanya ketika ditemui Getaran di majlis pelancaran emas YaPEIM Gold sempena meraikan Jubli Siti 25 tahun. 

Bukan itu sahaja penyanyi lagu 'Biarlah Rahsia' itu juga berharap agar semua pihak  boleh menghargai hasil kerja orang lain dan berhenti memperlekehkan usaha seseorang.

Dalam pada itu, Siti juga meminta orang ramai mendoakan agar dipermudahkan proses bersalinnya yang dijangka awal Ramadan ini. 

Pelancaran emas bersama Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) ini merupakan majlis terakhir yang dihadiri Siti sebelum bercuti panjang untuk memberi fokus kepada kandungan dan keluarganya.

Orang awam boleh mendapatkan wafer emas edisi Dato’ Sri Siti Nurhaliza ini di platform digital YaPEIM  (DiYA), aplikasi AVANA dan outlet YaPEIM Gold. - Getaran, 7 April 2021

Berita Berkaitan

1

Muzik 1 tahun yang lalu

Tiket Konsert Violet Skies: Dato' Sri Siti Nurhaliza Live In Arena Of Stars Masih Boleh Dibeli

2

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Nyanyian Duet Tengku Ampuan Pahang, Datuk Sri Siti Nurhaliza Pikat Tetamu

3

Selebriti 2 tahun yang lalu

Siti Nurhaliza Bagi Maklum Balas Terhadap Saranan Mufti Pulau Pinang

4

Muzik 2 tahun yang lalu

Tiket Konsert Siti Nurhaliza Licin Dijual Dalam Masa 2 Jam

Sorotan

1

Sultan Terengganu Dalam Keadaan Sihat, Teruskan Rawatan Susulan Di Luar Negara 

2

‘BN, PN, Sila Hentikan Retorik Perkauman; Tumpu Politik Berasaskan Isu’ - DAP

3

Kanak-Kanak Autistik Maut Terjatuh Dari Tingkat 13

4

PM Pertahan Subsidi RON 95, Kerajaan Tanggung Kenaikan Kos Bahan Api Global 

5

187 Jenis Ubat Berisiko Tinggi, Jumlah Stok Kurang 60 Hari - MOH

6

Kebakaran Pasar Borong Selangor Dipadam Sepenuhnya, Operasi Beralih Kepada Fasa Baik Pulih

Disyorkan untuk anda

Muzik 9 jam yang lalu

Tipe-X, Last Child Dan Ruffedge Bakal Gegar Latihan Pestapora Malaysia 2026

oleh Rahayu MN