web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pelakon Drama Noryati Taib Meninggal Dunia

Selebriti Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Apr 2021 10:02AM

Gambar: Instagram @budakijat

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pelakon drama Noryati Taib yang terkenal dengan panggilan ‘Makcik Petir’ meninggal dunia akibat sakit tua pada pukul 1.45 pagi tadi di rumahnya di Taman Air Biru, Pasir Gudang, di sini.

Adik Noryati, Effie Ghazi Taib, 49, ketika dihubungi berkata Allahyarham kakaknya itu menghembuskan nafas terakhir di sisi suami, Hashim Mohd Yusoff, 65. Allahyarham meninggalkan empat orang anak, dua lelaki dan dua perempuan berusia antara 31 dan 42 tahun.

Effie Ghazi yang juga jurukamera Astro Awani berkata jenazah kakaknya dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kebun Teh, di sini, pada 10 pagi ini.

Sementara itu, berita pemergian Noryati, 63, turut dikongsikan anak saudara Allahyarham, penerbit dan pengarah, Shahrulezad Mohameddin, menerusi akaun Instagram @budakijat.

Pada awal Februari lepas, media melaporkan, Noryati yang pernah berlakon dalam drama 'Sindarela,' 'SyurgaMu Ramadan,' 'Dotty' serta 'Tari Tirana' disahkan positif COVID-19 dan kemudian sembuh selepas dirawat di Hospital Permai, di sini.

Pada September 2017 Noryati yang menghidap penyakit kencing manis sehingga menyebabkan sebelah kakinya terpaksa dipotong ketika menerima rawatan di Hospital Sultan Ismail selain mengalami jangkitan kuman pada paru-paru yang kritikal. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

3

Luar Negara 3 bulan yang lalu

Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS

4

Rencana 4 bulan yang lalu

Detik Malaysia Mendunia Telah Tiba, Kita Mampu Lakukan!

Sorotan

1

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

2

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

3

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

4

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

5

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

6

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Hampir 2 Dekad, Peterpan Bakal Ubati Kerinduan Peminat Di Malaysia, Singapura Julai Ini

Muzik 1 jam yang lalu

3 Dekad Bertapak, Dewa 19 Bukti Karya Rock Legenda Kekal Diminati

Konsert anjuran Icon Entertainment yang berlangsung lebih tiga jam itu bukan sekadar persembahan muzik, malah menjadi medan mengimbau kenangan dan nostalgia bua...

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

Menggabungkan elemen persembahan berkualiti tinggi, suasana premium dan lebih intim, SPOTLIGHT KLCC menawarkan harga tiket yang mampu dibeli oleh pelbagai golon...

oleh Rahayu MN