Berita Terkini

2 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 2 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Sekeluarga Dijangkiti COVID-19, Mira Filzah Pilu Lihat Anak Terkesan 

Selebriti Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Aug 2022 2:32PM

Mira Filzah - Gambar ihsan Priority Communications PR Sdn. Bhd.

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Mira Filzah menangis apabila anaknya yang baru berusia 3 bulan dijangkiti COVID-19 baru-baru ini. 

Pelakon dan pengacara jelita, Mira Filzah, 29, mendedahkan anak lelakinya, Wan Khair Amir yang baru berusia tiga bulan dijangkiti COVID-19 kira-kira dua minggu lalu. 

Jelas pelakon yang baru sahaja dilantik sebagai duta rangkaian restoran Secret Recipe ini, dia menangis apabila anaknya disahkan positif wabak yang digeruni ramai itu.

"Anak saya yang disahkan positif dahulu, kemudian barulah saya dan suami. Saya tergerak hati untuk buat ujian saringan ke atas Amir selepas lihat dia mengalirkan air mata ketika menangis. Selalunya bayi apabila menangis, tiada air mata. Selain itu, saya juga perasaan, dia sukar bernafas terutamanya ketika menyusu badan.

"Disebabkan sebelum itu ada ahli keluarga yang turut disahkan positif, saya dan suami tak mahu ambil risiko dan terus buat pemeriksaan. Ternyata Amir juga positif COVID-19," ujar Mira.

Kongsi Mira lagi, hatinya cukup tersentuh apabila terpaksa melihatnya anaknya yang masih kecil perlu berhadapan dengan ujian saringan COVID-19 yang sudah tentunya menyakitkan. 

“Kita yang dewasa pun berasa sakit apabila hidung dijolok, inikan pula bayi yang kecil. Tak sanggup melihat keadaan Amir ketika itu. Tapi Alhamdulillah, Amir mendapat simptom-simptom yang ringan sahaja. Batuk dan selsema.

''Selain itu, doktor juga benarkan dia jalani kuarantin di rumah dan sepanjang tempoh itu saya hanya menyusukan Amir kerana tiada ubat untuk bayi yang masih kecil,” kongsi Mira lagi.

Duta Secret Recipe

Mengulas lanjut tentang perlantikannya sebagai duta Secret Recipe yang baharu, Mira memberitahu dia sebenarnya cukup teruja apabila pihak rangkaian restoran itu menghubunginya.

Bagi Mira, ia adalah satu peluang yang amat baik kerana dapat bekerjasama dengan satu jenama yang cukup dikenali ramai.

Mira Filzah
Mira Filzah

“Saya berbesar hati kerana diberi peluang untuk dipilih sebagai duta baharu jenama Secret Recipe. Saya sememangnya menggemari kek-kek yang tersedia di restoran ini dan Secret Recipe telah menjadi sebahagian daripada banyak peristiwa yang tidak dapat dilupakan dalam hidup saya.

“Jadi, apabila peluang ini datang, saya berfikir mengapa tidak? Jenama ini kuat dan secara peribadi saya beranggapan jenama ini sesuai dengan imej saya,” ujar Mira yang mengemari kek Chocolate Indulgence, New York Cheesecake dan kek Red Velvet. 

Pemilihan Mira Filzah sebagai duta terbaharu dibuat berdasarkan populariti dan imej yang ditampilkan olehnya. 
Pemilihan Mira Filzah sebagai duta terbaharu dibuat berdasarkan populariti dan imej yang ditampilkan olehnya. 

Sementara itu, Direktor Pembangunan Perniagaan Secret Recipe, Patrick Sim memberitahu, pemilihan Mira Filzah sebagai duta terbaharu dibuat berdasarkan populariti dan imej yang ditampilkan olehnya. 

Selain itu, Mira juga merupakan pelanggan setia dan sering dilihat berkunjung ke salah sebuah rangkaian restoran yang kini sedang meraikan ulang tahun ke-25nya.

Sempena meraikan ulang tahun ke 25 itu, Secret Recipe menawarkan hadiah-hadiah bernilai RM2,500,000 kepada  pelanggan yang menyertai pertandingan Secret Recipe Spin & Win.

Pertandingan ini terbuka kepada kepada semua pelanggan yang berdaftar sebagai ahli Secret Recipe Rewards yang berbelanja minimum RM30 dalam satu resit. 

Untuk terma dan syarat penuh, sila layari https://www.secretrecipe.com.my/SR25Celebration .

Sorotan

1

Malaysia, Thailand Tingkatkan Kerjasama Perangi Jenayah Rentas Sempadan

2

Lelaki Sindrom Down Melecur Disimbah Air Panas Dalam Lif

3

8 Aksi Pramusim Digunakan Untuk Uji Sistem VAR - Stuart

4

Misi Hantar Bantuan Kemanusiaan Ke Gaza Dengan Kapal Tetap Diteruskan - Ann Wright

5

PRK Kuala Kubu Baharu: Kerajaan Perpaduan Ada Kaedah Pastikan Calon Menang

6

Pemain Badminton Negara Pamer Kekuatan Mental Menjelang Piasa Thomas, Uber

7

Pelajar Sekolah Meninggal Dunia Ketika Acara Larian Rentas Desa

Disyorkan untuk anda

Muzik 4 jam yang lalu

Fenomena 'Alamak Raya Lagi' Tarik Minat Kaum Lain Raikan Aidilfitri

Filem & TV 1 hari yang lalu

Reviu Filem: 'Sheriff' Filem Syafiq Yusof Paling Berani, Papar Sisi Gelap PDRM

‘Sheriff’ dianggap melawan arus apabila Syafiq berani menghasilkan filem yang membuka pekung dan mendedahkan sisi gelap pegawai polis 

oleh Helmi Anuar

Filem & TV 20 jam yang lalu

Maryam Pagi Ke Malam Raih 2 Anugerah Di Festival Filem Asia Ke-21

Muzik 1 hari yang lalu

Konsert Aina Abdul Penanda Aras Baharu MPO - Konduktor