web statsweb stats

Berita Terkini

16 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 16 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tak Pergi Konsert, Pemuda Ini Bertuah Bila Billie Eilish Lepak Tempat Kerja Siap Bergambar!

Pemuda itu menunjukkan video Billie membuat beberapa pusingan di litar go-kart dengan gambarnya bersama penyanyi antarabangsa itu.

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Aug 2022 12:23PM

Gambar TikTok @kyll_switch

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Tak ramai yang sempat mendapatkan tiket konsert sulung penyanyi antarabangsa Billie Eilish Happier Than Ever World Tour di Malaysia yang bakal berlangsung malam ini. 

Namun siapa sangka pekerja di Blastacars Malaysia, Sungei Wang ini bertuah apabila pemenang Anugerah Grammy itu berkunjung ke tempatnya untuk bermain go-kart. 

Menerusi akaun TikTok @kyll_switch, pemuda itu menunjukkan video Billie membuat beberapa pusingan di litar go-kart dan mengakhiri video berkenaan dengan gambarnya bersama penyanyi antarabangsa itu. 

Video berkenaan kemudian menjadi tular dan mendapat sehingga 600 ribu tontonan. Rata-rata cemburu dan tumpang gembira dengan rezeki pemuda itu. 

“Bang, saya cemburu,” tulis satu komen

“Itu impian saya bang, impian saya,” kata seorang pengguna.

“Okay, nampaknya awak menang kali ini,” celah komen yang lain. 

Billie Eilish - Gambar Instagram Billie
Billie Eilish - Gambar Instagram Billie

Semalam, Billie Eilish menjadi tular di Twitter sebaik sahaja kehadirannya memakai baju santai tanpa lengan berwarna hitam bersiar-siar di pusat beli-belah Sungei Wang.

Bukan itu sahaja, warganet juga sempat berlawak kononnya Billie sedang mendapatkan kaca mata baru memandangkan tempat tersebut terkenal dengan perkhidmatan itu.

Ramai yang memuji Billie dan menganggap bintang antarabangsa itu sangat merendah hati kerana memilih ke pusat beli-belah yang tidak segah Pavillion atau Suria KLCC.

Terdahulu, selepas Korea Selatan, Billie selamat mendarat di Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) petang Selasa.

Dalam masa yang sama, Stadium Nasional Bukit Jalil yang menjadi lokasi konsert sulung Billie Eilish Happier Than Ever World Tour di Malaysia itu juga dilihat sedang giat melakukan persiapan.

Live Nation Malaysia mula menjual tiket konsert bermula 27 Jun bermula pada harga RM308, RM408, RN508 dan RM598. - Getaran, 18 Ogos 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

3

Luar Negara 3 bulan yang lalu

Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS

4

Rencana 4 bulan yang lalu

Detik Malaysia Mendunia Telah Tiba, Kita Mampu Lakukan!

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Selebriti 10 jam yang lalu

M Nasir Fail Saman Lebih RM5 Juta Terhadap Grab Malaysia

Tindakan saman itu difailkan di Mahkamah Tinggi Shah Alam oleh M Nasir bersama syarikat miliknya, Luncai Emas Sdn Bhd.

oleh Rahayu MN