web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Yuna Teringin Lagu Meletup Dan Tular di Tiktok, Cuba Hasilkan Lagu Yang 'Fun'

Yuna juga dalam proses menghasilkan album terbaharunya yang juga sebuah naskhah eksperimentasi muzik.

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Aug 2022 8:17PM

Yuna

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Penyanyi bertaraf antarabangsa Yunalis Zarai, tidak menafikan platform media sosial TikTok banyak mempengaruhi perubahan industri muzik hari ini. 

Tidak sedikit lagu-lagu yang duduk di carta Billboard Hot 100 datang dari platform berkenaan dan menjadi tular seluruh dunia.

“Sekarang kita memang ke arah media sosial. Ia menjadi medium untuk orang promosi lagu. Kalau itu cara terbaik untuk berkarya, apa salahnya. 

“Saya memang teringin lagu saya viral di TikTok Cuma saya tidaklah terus fokus ke sana.  Saya sendiri ada cara saya. Mungkin tidaklah sampai menari, cuma saya suka tengok orang berasa fun

“Saya masih mencari cara untuk menghasilkan lagu yang berbentuk ‘fun’. Kalau lagu saya meletup, menarik juga kalau ada elemen estetika di dalamnya,” kata Yuna ketika ditemui Getaran di A-Park Puchong baru-baru ini.

Bercerita mengenai perkembangan dunia seni, artis kelahiran Alor Setar itu sedang dalam proses menghasilkan album terbaharunya yang juga sebuah naskhah eksperimentasi muzik.

“Dalam album terbaru, saya  mengeluarkan beberapa ‘EP’  berbeza. Saya nak bereksperimen sikit dengan album kali ini untuk tengok bagaimana penerimaan peminat memandangkan cara orang layan muzik sudah berbeza berbanding dulu,”katanya.

Kepulangannya ke tanah air sehingga bulan hadapan ini dipadatkan dengan aktiviti seninya.

Selepas mengadakan persembahan untuk jenama terkenal Rolex minggu lalu, kini Yuna sibuk menjalankan penggambaran untuk single terbarunya y5 selepas beberapa single yang lain iaitu Y1, Y2 dan Y3 yang diperdengarkan kepada khalayak bulan lalu.

Bukan itu sahaja, Yuna juga bakal kembali ke Amerika Syarikat dan bercadang mengadakan mini konsert di beberapa lokasi terpilih pada November. - Getaran, 16 Ogos 2022. 

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Selebriti 22 jam yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Filem & TV 1 hari yang lalu

RM12 Juta Dalam 11 Hari! ‘Polong’ Terus Hantui Pawagam Seluruh Negara

Pencapaian luar biasa itu sekali gus mengukuhkan kedudukan Polongsebagai antara filem tempatan paling hangat tahun ini.

oleh Rahayu MN