web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 10 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


'Kalau Orang Lain, Pasti Mereka Akan Saman Kamu' - Ini Jawapan Azhar Sulaiman Buat Nor Azira 

Tidak mahu memanjangkan isu berkenaan, Azhar hanya mahu mendoakan yang baik-baik sahaja buat Nor Azira. 

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Aug 2022 12:48PM

Azhar Sulaiman - Gambar dari Instagram

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Aktor terkenal Azhar Sulaiman enggan melayan dakwaan seorang pengguna media sosial bernama Nor Azira Othman mengenai anak perempuannya, Kasih Iris Leona yang dikatakan telah menjalinkan hubungan dengan suaminya dan mengikis wang sebanyak RM3,000 sebulan. 

Dalam sebuah hantaran yang ditujukan buat Nor Azira Othman menerusi akaun Instagram miliknya, Azhar berkata:

“Saya tidak mahu memanjangkan isu mengenai Leona ini dengan anda. 

“Saya mengharapkan yang terbaik dalam hidup awak dan sentiasa di bawah lindungan Allah SWT selalu. 

“Hanya ada satu nasihat daripada saya. Carilah seorang kawan baru yang mahir tentang media sosial ni. 

“Dengan saya, kamu terselamat sebab saya masih memikirkan kesihatan mental kamu. Kalau orang lain, pasti mereka akan saman kamu,” katanya. 

Sebelum ini tular di media sosial apabila Nor Azira Othman membuat dakwaan terhadap Leona dengan meninggalkan komen di akaun Instagram anak gadis Azhar itu.  

Selain melemparkan tuduhan yang tidak enak terhadap Leona, Nor Azira juga menggelarnya sebagai gadis sundal dan scammer kerana hanya mahu mengikis duit suaminya. 

Nor Azira turut mendakwa Leona telah menjalinkan hubungan dengan suaminya itu sejak 2014 sedangkan ketika itu, Leona baharu sahaja mencecah usia 12 tahun. 

Leona menafikan tuduhan wanita berkenaan di dalam akaun Instagramnya.
Leona menafikan tuduhan wanita berkenaan di dalam akaun Instagramnya.

Leona telah memuat naik dakwaan Nor Azira itu di akaun twitter miliknya dengan kapsyen:

“Seseorang telah menuduh saya menjalinkan hubungan dengan suaminya”. 

Ciapan itu telah mendapat maklum balas yang cukup hangat daripada pengikutnya dan rata-ratanya menyifatkan Nor Azira mempunyai sakit mental.

Dalam pada itu, Getaran berusaha menghubungi Azhar untuk mendapatkan maklum balas namun gagal. – Getaran, 15 Ogos 2022. 



 

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Selebriti 4 jam yang lalu

M Nasir Fail Saman Lebih RM5 Juta Terhadap Grab Malaysia

oleh Rahayu MN

Selebriti 1 hari yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Aghniny yang membuat penampilan sulung dalam filem Malaysia menerusi watak Melor, berkata tema keibuan yang diangkat dalam filem itu mempunyai kaitan rapat deng...