Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 3 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Rupanya Banyak Benda Jadi Sebelum Majlis, Tayar Kereta Pancit, Nasib Isteri Tolong Betulkan!

Sepanjang mengenali Aizat, Elyssa merasakan ciri-ciri lelaki idamannya ada pada jejaka itu, apalagi masing-masing 'gilakan' makanan.

Selebriti Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Aug 2022 2:07PM

Aizat Amdan dan Elyssa Alia Ilias - Gambar dari Instagram aizatamdan

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pengantin baru, penyanyi Aizat Amdan dan isterinya, Elyssa Alia Ilias tersengih semasa diminta bercerita mengenai persiapan majlis perkahwinan mereka yang diadakan di Puchong semalam. 

“Cuba awak cerita sikit apa jadi semalam,” ujar Elyssa yang juga pengurus kepada Aizat, menepuk suaminya sambil tersenyum. 

Sehari sebelum majlis perkahwinan diadakan, pasangan itu dijadualkan untuk menghadiri latihan majlis resepsi, namun, lain pula yang terjadi apabila tayar kereta yang dipandu mereka tiba-tiba pancit ketika dalam perjalanan. 

“Sebelum majlis memang ada dugaan yang menimpa. Kereta saya boleh pula pancit waktu nak pergi latihan majlis resepsi. 

“Tak fasal-fasal latihan itu tertunda tiga jam. Waktu itu saya pasrah sahajalah. Isteri saya pun tolong sekali tukar tayar sampai berpeluh-peluh. 

“Jadi pesanan saya, kepada pengantin baru dekat luar sana, jangan lupa servis kereta sebelum majlis,” cerita Aizat semasa ditemui Getaran sejurus majlis akad nikahnya berakhir semalam. 

Bukan itu sahaja, pelantun lagu Hanya Kau Yang Mampu itu juga mengakui banyak sifat Elyssa melengkapi kehidupannya. 

“Sebenarnya, makanan yang banyak menyatukan kami. Mesej pertama saya kepadanya dulu pun sebab makanan, saya tanya makanan yang dia makan itu beli di mana sebab nampak sedap. 

“Dialah perempuan pertama yang saya jumpa makan lebih banyak daripada saya. Kalah ibu dan kakak saya,” cerita Aizat lagi. 

Elyssa tersenyum dan mengangguk. Rupanya tiga tahun bercinta, pasangan itu banyak menghabiskan masa untuk pergi makan dan bercerita tentang makanan sebagai agenda utama temu janji. 

“Kalau dating, memang kami pergi makan sahaja. Aizat pun suka makan. Kadang kala kami kongsi resepi. 

“Perbualan kami banyak berkisarkan mengenai makanan. Aizat sebenarnya lebih kepada masakan barat. Tapi saya lebih kepada jiwa masakan kampung seperti ulam dan sambal. 

“Satu lagi, saya tak suka basuh pinggan tapi Aizat terbalik pula, dia suka basuh pinggan. Bertuahkan saya?” senyumnya. 

Selain itu, sepanjang mengenali Aizat, Elyssa merasakan ciri-ciri lelaki idamannya ada pada jejaka itu. 

“Sebelum ini, saya di Australia jadi saya tak kenal siapa Aizat Amdan. Bila google, saya tak jumpa langsung apa-apa gosip yang teruk tentangnya. Boleh dikatakan Aizat sangat sweet. 

“Apa yang saya minta dekat Allah, ciri-ciri itu ada pada Aizat. Dia sangat tenang. Berbeza dengan saya yang kalut. Dia boleh mengaji dan solat. Dia juga kawan baik saya. Terus terang saya sangat bertuah,” dedah Elyssa.

Aizat sah bergelar suami dengan sekali lafaz dan dinikahkan bapa pengantin perempuan, Leftenan Kolonel Bersara, Ilias Moideen dengan disaksikan jurunikah, Ustaz Idrus Mohd dalam sebuah majlis sederhana di A-Park, Puchong pada Ahad. - Getaran, 15 Ogos 2022

Sorotan

1

Wai Ching Muncul Juara Kejohanan Larian Menara Dunia Di Taipei 101

2

TH Giat Buat Persiapan Akhir, Sedia Sambut Ketibaan Jemaah Haji

3

Agong Berkenan Hadir Rumah Terbuka KM Melaka

4

TPM Ingatkan Sanusi Jangan Melalut Malam Ini

5

El Nino: Bekalan Lembu, Kambung Korban Mencukupi – Mohamad

6

Mangsa Skim Pelaburan Penipuan Berisiko Hilang Hak Untuk Pulih Kerugian – JSJK

7

SPRM Terima Beribu-ribu Dokumen Semasa Siasatan Kes 1MDB – Pegawai Penyiasat

Disyorkan untuk anda

Selebriti 21 jam yang lalu

"Awak Ada Nombor Saya": Muaz Minta Aliff Untuk Jadi 'Gentleman'

oleh Helmi Anuar

Muzik 1 hari yang lalu

Festival Muzik Banyak Bagus 2024 Gabungkan Barisan Artis Popular 4 Negara

Festival muzik ini menggabungkan barisan artis dari Malaysia, Indonesia, Thailand dan Filipina

oleh Helmi Anuar

Selebriti 1 jam yang lalu

Puteri Sarah Tunai Umrah Lagi, Kali Ini Bersama Ibu Bapa 

Puteri Sarah bersyukur akhirnya impian untuk membawa ibu dan bapanya menunaikan ibadah umrah tercapai

oleh Helmi Anuar

Selebriti 1 hari yang lalu

‘Saya Tak Faham Kenapa Marissa Seorang Yang Disalahkan, Dulu Saya Tak Pernah Salahkan Memey’ - Abby Abadi

oleh Helmi Anuar