Berita Terkini

2 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 5 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 6 hari yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 6 hari yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke 6 hari yang lalu: Tiket tambahan ETS dan perkhidmatan tren khas mula dijual hari ini bermula 5 petang - Loke

IKUTI KAMI


Misi Membongkar Rahsia Peribadi Zalina Azman, Apakah Sebabnya Dia Begitu Privasi? 

Untuk membongkar sisi keperibadian Zalina dengan lebih mendalam lagi, Getaran telah berusaha menemubual beberapa orang yang pernah mengenalinya. 

Selebriti Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Aug 2022 9:17PM

Eddin Khoo (kiri), Anne Edwards dan Rocky Bru, berkongsi sisi 'peribadi' Zalina Azman yang mereka kenali. - Gambar fail Petra News

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Hingga saat ini, masih belum ada berita menggembirakan yang diterima mengenai kehilangan personaliti TV dan bekas penyampai berita TV3, Zalina Shaharah Azman, 58. 

Kehilangannya menjadi suatu misteri. Apakah sebenarnya yang berlaku kepada bekas hos program Agenda dan Money Matters yang lebih dikenali dengan nama komersil Zalina Azman ini. 

Sepertimana misterinya kehilangan Zalina yang terasa cukup payah  benar dihidu atau dijejak, begitu juga dengan penyebaran berita kehilangannya yang mengambil masa beberapa bulan untuk dilakukan, walhal dia telah mula dilaporkan hilang pada 29 November tahun lalu setelah gagal dihubungi anak kandung lelakinya. 

Carian di online mengenai dirinya, latar belakangnya, kerjayanya, pencapaiannya mahupun kehidupan peribadinya juga agak menghampakan. Tiada sebarang maklumat ditemui. Semuanya yang berkaitan dengan Zalina kedengaran dan nampak begitu misteri sekali. 

Untuk membongkar sisi keperibadian Zalina dengan lebih mendalam lagi, Getaran telah berusaha menemubual beberapa orang yang pernah mengenalinya. 

Mereka adalah Anne Edwards yang merupakan bekas rakan sekerjanya di TV3, Datuk Rocky Bru iaitu bekas mentornya dalam program Money Matters serta Eddin Khoo, rakan alumni penerima biasiswa Chevening United Kingdom di bawah program British Council. 

Anne Edwards - Gambar fail Petra News
Anne Edwards - Gambar fail Petra News

Anne Edwards 

Pernah berkhidmat dalam Money Matters, Anne Edwards berkata, Zalina merupakan senior dan ketua sewaktu dia menyertai program tersebut. 

“Saya masih ingat lagi waktu itu, saya baru sahaja bekerja dan dia yang memilih saya untuk menyertai pasukan Money Matters. 

“Saya sendiri terkejut kerana tidak menyangka dia memilih saya sedangkan waktu itu, saya masih lagi baru. 

“Tapi dia tidak pernah meletakkan dirinya sebagai bos atau senior dan dia selalu ajak saya dan beberapa orang lagi makan bersama. 

“Kami makan di kafe sahaja. Dia memang simple orangnya. Kalau tidak kenal, orang akan kata dia sombong. 

“Tapi, kalau sudah mengenalinya, dia sebenarnya seorang yang sangat menyenangkan, peramah, simple dan suka berkawan,” katanya kepada Getaran. 

Dari segi kerjaya, Anne memberitahu bahawa Zalina seorang yang sangat bekerja keras dan cukup berdedikasi tentang kerjanya. 

“Dia selalu ada di pejabat. Selalu balik lambat. Dia banyak membuat kajian tentang topik-topik yang berkaitan dengan Money Matters. 

“Dia juga sangat mementingkan cara sebutan, sama ada di dalam bahasa Inggeris atau Melayu. Dia pernah memberitahu apakah kesalahan yang kita lakukan kalau sesuatu perkataan itu kita tidak menyebutnya dengan betul. 

“Tapi, dia memang banyak menyimpan dan tidak begitu bergaul sangat dengan rakan-rakan sekerja yang lain. Dia cuma bergaul dengan beberapa orang sahaja,” katanya. 

Menurut Anne lagi, dia terkejut apabila mendapat tahu tentang berita kehilangan Zalina. 

“Selama ini, saya ingat Zal okay. Apatah lagi selepas dia berkahwin semula. Tapi, Zal memang seorang yang gemarkan privasi. Dia tak suka khabar angin. 

“Sewaktu menjadi penyampai berita dan hos program, banyak khabar angin yang timbul mengaitkan personaliti TV dan hampir kesemuanya adalah negatif. Saya rasa dia dah serik. Sebab itu dia lebih suka berdiam diri dan mahukan privasi.

“Terus-terang, saya sendiri tidak tahu apa yang menyebabkan dia hilang. Ada spekulasi yang saya dengar mengaitkan ia dengan kesihatan mentalnya. 

“Tapi kita tidak boleh mengesahkan apa-apa. Tak boleh mengesahkannya daripada pihak polis mahupun keluarganya,” katanya. 

Rocky Bru - Gambar oleh Sairien Nafis
Rocky Bru - Gambar oleh Sairien Nafis

Datuk Rocky Bru yang pernah berkhidmat dengan akhbar Business Times dan kini menjadi konsultan di Petra News memberitahu bahawa sewaktu Money Matters hendak diwujudkan dia telah dipanggil untuk membantu menjadi mentor bagi menyelia tugasan Zalina untuk menjadi hos program tersebut. 

“Kita duduk sama dan melihat topik-topik yang hendak dibentangkan kepada calon yang hendak diwawancara serta pemilihan soalan-soalan yang hendak dikemukakan. 

“Waktu itu saya masih bertugas di Business Times dan pengarang saya ketika itu Hardev Kaur yang menghantar saya untuk membantu Zalina. 

“Tapi, Zalina memang benar-benar serius untuk menjadi hos program tersebut dan dia juga sangat bekerja keras. 

“Dia juga banyak membuat homework dan kajian. Bila saya tengok semula soalan-soalan dia, saya cakap budak ini boleh tahan juga soalan-soalannya. 

“Lepas program sulungnya itu keluar, dia tanya saya, Rocky macam mana? Saya cakap boleh tahan dan dia soal balik, boleh tahan saja? 

“Tapi, saya tidak mengambil masa yang lama untuk menyelia dia. Hanya sekali sahaja. Kemudian Hardev yang juga turut dipertanggungjawab menyelia program tersebut memberitahu bahawa Zalina sudah boleh melakukannya sendirian,” katanya. 

Rocky bagaimanapun tidak terkejut dengan berita kehilangan Zalina kerana dia sudah mengetahui pada bulan Disember. 

“Tapi, yang menjadi misteri bagi saya adalah kenapa mesti tunggu selama enam  bulan sebelum berita kehilangannya disebarkan. 

“Banyak spekulasi yang timbul tapi tidak ada yang baik atau pun positif. Cuma yang saya harapkan ketika ini adalah suatu keajaiban. Tapi, ada juga yang kata dia masih hidup dan sedang bersembunyi,” katanya lagi. 

Eddin Khoo - Gambar fail Petra News
Eddin Khoo - Gambar fail Petra News

Bagi Eddin Khoo yang juga seorang penyair, penulis, wartawan dan pengasas PUSAKA, dia mula  mengenali Zalina sewaktu mereka sama-sama menjadi alumni penerima biasiswa Chevening United Kingdom di bawah program British Council. 

“Kami pernah menjayakan projek malam alumni bersama-sama dan pernah juga muncul untuk ditemubual di NTV7 sempena ulang tahun ke-25 alumni penerima biasiswa Chevening United Kingdom.

“Dia seorang yang berkarakter dan perwatakan menarik tetapi tidak begitu banyak mendedahkan tentang sisi peribadinya. 

‘Apabila mendapat tahu tentang kehilangannya, saya berasa sangat sedih. Saya juga terperanjat bagaimana orang boleh hilang sebegitu selama lapan bulan. 

“Saya juga tak mengetahui bahwa dia telah hilang begitu sahaja. Mungkin keluarganya sendiri mahu menangani masalah ini secara peribadi,” katanya. 

Namun Eddin berpendapat banyak perkara harus dipertimbangkan melibatkan orang yang tinggal sendirian dan terlalu menjaga hal peribadinya dengan begitu ketat. 

“Kadang-kadang kita tidak tahu jenis trauma yang dihadapinya dan manusia ini adakalanya cepat menyerah pada tekanan dan ia boleh berlaku pada bila-bila masa. 

“Walaupun Zalina dikenali sebagai seorang yang tabah dan kuat tapi mungkin ia agak keterlaluan untuk sesuatu perkara itu ditangani, apatah lagi dalam keadaan pandemik. 

“Kita harus memandang perkara ini secara serius kerana ramai juga yang hadapi perkara sebegitu,” katanya lagi. – Getaran, 5 Ogos 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Pasukan Forensik Bukit Aman Periksa Rumah Zalina Azman

2

TARA 1 tahun yang lalu

Misteri Kehilangan Zalina Azman, Ini Ramalan Diva AA- Azwan Ali 

3

Selebriti 1 tahun yang lalu

Perkahwinan Kami Jadi, Tapi Bukan Waktu Sekarang -  Tunang Azri Iskandar Jelaskan Status Kahwin Mereka

4

Podio 1 tahun yang lalu

PenganTARA episod 9: Merungkai Keperibadian & Isu Misteri Kehilangan Zalina Azman 

Sorotan

1

PNB Umum Pengagihan Pendapatan 5.25 Sen Bagi ASB 2 Dan 4.75 Sen Bagi ASM 

2

Mohd Na'im Jalani Pembedahan Kecil Buang Kelenjar Air Liur

3

Polis Tahan Lelaki Disyaki Abai Kanak-kanak  

4

Padang Bukan Faktor Penentu Kekalahan Malaysia Kepada Oman - Darren

5

Dasar Buku Negara Diteliti Semula - Fadhlina

6

Perdana Menteri Dijangka Hadir Majlis Iftar MADANI Anjuran JAKIM Esok

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

Lagu Raya Bukan Sekadar Sedap Didengar, Tapi Perlu Ada 'Jiwa'

Selebriti 5 jam yang lalu

Neelofa Akui Khilaf Ketika Beri Nasihat Kepada Pemanggil Radio Era

Neelofa dikatakan tidak sensitif dan tidak layak memberikan nasihat kepada salah seorang pemanggil radio Era

oleh Helmi Anuar