web statsweb stats

Berita Terkini

4 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 4 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


'Kalau Tak Berjaya, Saya Mampus,' - Johan Tak Nak Rating Radio Sekadar 'Maintain'

Johan mengakui dia menukar haluan menjadi penyampai radio di  stesen radio lain adalah demi wang, memandangkan dia mempunyai anak dan isteri yang harus diberi makan.

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Aug 2022 2:00PM

Johan - Gambar dari Astro Shaw

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Tidak sampai seminggu pelawak Johan mengisi segmen pagi di konti Hot FM, suara-suara kritikan sudah mula kedengaran. Ada yang menganggap dia terlalu bising dan gandingannya bersama penyampai lain tidak begitu serasi.

Tidak mahu ambil pusing mengenai kritikan itu, Johan atau nama sebenarnya Mohammad Yazid Lim Mohamad Aziz mahu memberikan fokus utama kepada usaha untuk menaikkan rating stesen radio berkenaan. 

“Saya nak buat sesuatu di luar kelaziman, iaitu membantu menaikkan rating stesen radio. Hanya ada dua perkara sahaja yang akan terjadi. 

“Kalau berjaya maksudnya saya mampu, kalau tak berjaya maksudnya saya mampus. Saya mahu naikkan taraf stesen radio ini, bukan sekadar maintain,” katanya ketika ditemui Getaran baru-baru ini. 

Bukan itu sahaja, Johan turut mendedahkan dia telah mengadakan beberapa sesi perbincangan dengan pihak pengurusan radio Hot FM untuk tampil dengan pembaharuan seperti menekankan elemen jenaka di dalam perbualan.

“Berdasarkan pengalaman, saya cuba bawa jenaka dalam perbualan supaya pendengar yang berada di dalam kesesakan jalan raya boleh berasa tenang dan santai. 

“Sebabnya, kadang-kadang orang nak dengar perbualan yang mengandungi komedi, yang penuh maklumat dan yang ada unsur kesedihan. Perkara ini yang kita mahu kongsikan dengan pendengar melalui segmen-segmen yang kita ada.

“Saya adalah pelawak. Saya faham di mana saya perlu cetuskan punchline dalam perbualan dan bagaimana untuk bercerita kepada pendengar. Kita cuba gabungkan dua elemen ini dalam penyampaian,” tambahnya.

Menjawab mengenai cakap-cakap belakang yang mengatakan Johan meninggalkan stesen radio lamanya hanya kerana wang, pelawak itu bagaimanapun tidak menafikan perkara itu.

“Ya, saya memang bekerja untuk duit sebab saya ada anak dan isteri.

“Tapi dengan bayaran yang diberi kepada saya, saya akan pastikan bayaran itu setimpal dengan hasil kerja saya. Sebab itu saya tak peduli,” tambahnya. 

Zizan dan Johan - Gambar dari Astro Shaw
Zizan dan Johan - Gambar dari Astro Shaw

Dalam perkembangan lain, Johan bakal bergandingan semula dengan Zizan Razak menerusi filem sekuel ketiga Abang Long Fadil 3 setelah sekian lama duo itu tidak dilihat bergandingan di mana-mana rancangan. 

“Saya dan Zizan berusaha sebaik mungkin dalam filem ini. Saya harap penonton akan hadir menyaksikan filem ini terutama yang sedang berdepan dengan. Sebab bila menonton cerita ini kita lupa sekejap masalah kita,” katanya. 

Sekuel Abang Long Fadil 3 bakal menggegarkan pawagam Malaysia, Singapura, Brunei  bermula 8 September depan. Antara pelakon yang turut menjayakan filem ini adalah Maya Karin, Datuk AC Mizal dan Elizabeth Tan. - Getaran, 5 Ogos 2022

Sorotan

1

Masa Depan Johor Dan M’sia Bergantung Kepada Generasi Berilmu, Bijaksana Dan Amanah - PM

2

Tun M Sambut Ulan Tahun Kelahiran Ke-101

3

Suspek Kes Tikam Rakan Sekolah Didakwa Di Mahkamah

4

‘Bakal Pemimpin Kerajaan Negeri Bebas Rasuah Jika PH Menang’ - Dr Maszlee

5

‘Hapuskan Politik Perkauman, Bila Islam Ajar Kita Hina Orang?’ - PM

6

PRN Johor: Lebih 300,000 Pengundi Luar Dijangka Pulang Mengundi

Disyorkan untuk anda

Selebriti 19 jam yang lalu

Tisha Shamsir Nafi Terbabit Dadah, Mengaku Tak Bersalah Di Mahkamah

oleh Sophia Ahmad