web statsweb stats

Berita Terkini

3 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Failkan Penceraian Sejak Jun, Mizz Nina Dan Noh Hujan Bercerai?

Pasangan selebriti pujaan ramai ini dikatakan telah bercerai talak satu pada 3 Ogos bertempat di Mahkamah Syariah Daerah Gombak Timur.

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Aug 2022 8:51PM

Difahamkan penceraian Mizz Nina dan Noh Salleh di bawah kod kes 055 iaitu permohonan lafaz talak dengan kebenaran mahkamah.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Nampaknya gosip yang timbul mengenai rumahtangga pasangan selebriti pujaan ramai iaitu Mizz Nina dah Noh Salleh yang sebelum ini dikatakan sedang dilanda masalah akhirnya terjawab apabila mereka dikatakan telah bercerai semalam.

Sebelum ini, pihak media pernah mengajukan soalan mengenai hubungan Noh dan Nina tetapi disangkal Noh.

Menurut laporan yang dikeluarkan Harian Metro, pasangan ini dikatakan telah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Gombak Timur.

Kata sumber, pasangan itu terlebih dahulu memfailkan perceraian pada 14 Jun lalu di mahkamah yang sama.

Difahamkan penceraian mereka di bawah kod kes 055 iaitu permohonan lafaz talak dengan kebenaran mahkamah.

Sementara itu di media sosial terdapat seorang pengguna Twitter mendedahkan pada 3 Ogos terdapat pasangan selebriti yang bercerai pada hari yang sama.

“Makin takut nak kahwin bila dengar orang cerai berai ni. Hari ini pasangan selebriti yang punyalah baik depan media bercerai pula pagi tadi di Mahkamah Gombak Timur. Tetapi berita tak ‘cover’ pula,” tulis pengguna Twitter berkenaan dalam ciapannya.

Usaha pihak media untuk menghubungi Mizz Nina bagi mendapatkan kenyataannya mengenai berita ini bagaimanapun gagal.

Nina atau nama sebenarnya Shazrina Azman, 44, dan Noh atau nama lengkapnya Mohammad Noh Salleh, 37, telah berkahwin pada 1 Julai 2011.

Sepanjang perkahwinan, pasangan ini masih belum dikurniakan zuriat sendiri dan telah mengambil seorang bayi lelaki sebagai anak angkat yang diberi nama Musa sejak awal tahun lalu. - Getaran, 4 Ogos 2022.

Foto: Instagram Noh Salleh & Mizz Nina

Berita Berkaitan

1

Selebriti 2 tahun yang lalu

Bella Astillah Nekad Bercerai Dengan Aliff Aziz

2

Selebriti 2 tahun yang lalu

Noh Akur, Serah Musa Kepada Mizz Nina

3

Selebriti 2 tahun yang lalu

Berbusana Serba Putih, Mizz Nina, Suami Pukau Tetamu Di Majlis Resepsi 

4

Selebriti 2 tahun yang lalu

Mizz Nina Umum Sudah Berkahwin Dengan Essam Muhammad

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu