Berita Terkini

1 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Ayat Dia Kurang Ajar, Jangan Ingat Dia Allah SWT - Ajak Shiro

Geli mendengar Shahrol menggelarkan dirinya sebagai sahabat, Ajak turut dedahkan kisah sebenar tawaran menyertai Era yang ditolaknya disebabkan rakan pelawaknya itu.

Selebriti Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Aug 2022 8:00PM

Menurut Ajak setiap kali dia berdiam diri, pasti Shahrol akan bersuara.

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Artis serba-boleh, Mohd Hanaffi Razak atau Ajak yang juga adalah anggota kumpulan lawak, Shiro memberitahu bahawa apa yang ditulisnya menerusi ruangan komen di dalam status posting IG Shahrol Shiro bukanlah dilakukan dengan tujuan untuk meluahkan apa yang terbuku di hatinya selama ini.

“Itu bukanlah luahan yang mesti saya luahkan. Tiada niat pun. Apa yang selama ini tersimpan di hati saya, saya lebih suka menyimpannya untuk diri saya sendiri.

“Lagipun, semua itu berlaku kira-kira 7 hingga 8 tahun yang dulu. Kalau saya nak canang, dari dulu lagi saya dah lakukan.

“Bila dia buat aniaya pada saya waktu dia menerima tawaran di Era FM, saya tutup mulut dan tidak memberitahu perkara sebenar kepada pihak pengurusan stesen radio tersebut.

“Saya tak cakap apa-apa sedangkan saya yang jadi mangsa pada ketika itu. Lagipun saya mahu dia bekerja secara harmoni kalau itu cara dia menikam belakang kawannya,” katanya sewaktu dihubungi Getaran.

Ajak berkata demikian sewaktu diminta mengulas tentang komen balasnya di status IG Shahrol selepas rakan pelawak yang juga pasangan ahli kumpulannya itu memuat naik isu berkaitan dengan pengurusan stesen radio Suria FM dan pengunduran Fizi Ali.

Menurut Ajak lagi, setiap kali dia berdiam diri, pasti Shahrol akan bersuara.

“Sebelum ini, dia pernah bersuara walaupun saya tidak berkata apa-apa. Untuk kali kedua, dia cuba menyentuh hal Fizi Ali pula dengan menyatakan terima kasih di atas pengundurannya daripada Suria FM.

“Bukankah itu kenyataan yang berbentuk provokasi? Kalau dia pandang saya sebagai sahabat, dia tak patut usik perkara itu sedangkan dia tahu saya juga berkhidmat dengan Suria FM.

“Sebagai salah seorang penyampai radio di Suria FM, sudah tentulah saya harus pertahankan tempat kerja saya.

“Bukan saya sengaja berbuat demikian untuk menjilat-jilat sesiapa atau ambil hati pihak pengurusan atau orang atasan.

“Ayam jantan kalau tak berkokok, hari tetap siang. Andai ditakdirkan dia jadi pemimpin negara dan negara lain mencemuh negaranya, takkanlah dia mahu berdiam diri?

“Saya bukan seperti dia yang tidak bertanggungjawab dan saya juga bukan bercakap atas dasar politik dan saya juga tidak cenderung kepada mana-mana parti politik. Semua orang saya berkawan tidak kira apa pun kiblat politiknya,” katanya.

Menurut Ajak lagi, selama dia mendiamkan diri, bukanlah dia bererti dia takut.

“Kita senyap sebab kita mahu jaga air muka dia. Tapi, bila dia sentuh bahawa asbab kepada pengundurannya di Suria FM itu memberikan rezeki buat saya dan keluarga, ia benar-benar makan dalam dan kurang ajar.

“Jangan ingat dia Allah SWT. Kesilapan orang sombong beginilah, dia ingat dia berguna. Sedangkan dia tidak tahu bahawa demi menjaga hati dia, saya sanggup tolak pelawaan menyertai Suria FM ketika itu.

“Saya mendapat tawaran menyertai Suria FM itu sebaik sahaja meninggalkan Hot FM. Belum sempat saya sampai di rumah, saya sudah mendapat panggilan daripada DJ Lin mempelawa saya untuk menyertai mereka. Waktu itu mereka sudah buang Shahrol dan mahu gantikan gambar wajahnya dengan gambar wajah saya.

“Tapi saya pilih jadi penganggur. Sebab apa? Sebab nak jaga hati dia. Walhal saya tak perlu buat pun macam itu dengan apa yang dia pernah buat kepada saya sebelum ini. Tapi, kenapa dia perlu ungkit-ungkit perkara ini. Dia lupakah selepas dia tidak lagi bersama Suria FM, ada penyampai radio lain yang menggantikan tempatnya itu?

“Dia lupa ada Fara Fauzana. Dia lupa ada Issey. Selepas mereka tinggalkan Suria FM, barulah saya masuk. Itu pun selepas saya bertembung secara tidak sengaja dengan DJ Lin. Dia yang tanya saya lagi dan minta saya masuk. Jadi tidak timbul isu dia bagi rezeki itu kepada saya sekeluarga,” katanya.

Kata Ajak lagi, dia juga ‘geli’ apabila Shahrol menggelarkannya sebagai sahabat di media sosial.

“Call pun tidak, mesej pun tidak, tiba-tiba nak panggil sahabat. Kita tidak semesra itu untuk bergelar sahabat. Bagi saya gelaran kawan sudah memadai. Jangan nak propa. Saya benci orang yang suka propa.

“Tapi, saya bukanlah jenis nak putuskan hubungan dengan mana-mana kawan kerana Rasulullah SWT tidak suka jika perkara itu berlaku.

“Niat saya sekadar untuk menyedarkan dia dan memperbetulkan dia kerana ia melibatkan maruah diri dan keluarga saya.

“Kalau betul dia anggap saya ini sebagai sahabat, dia tidak akan menulis begitu,” katanya lagi.

Shahrol bagaimanapun sudah memadam komen balas Ajak itu di posting IG  miliknya itu - Getaran, 3 Ogos 2022.

Berita Berkaitan

1

Semasa 11 bulan yang lalu

‘Tiada Sesiapa Dikecualikan’, Chris Martin Ajak Semua Datang Ke Persembahan Coldplay

2

Selebriti 11 bulan yang lalu

Kenapa Janna Nick Sanggup Seksa Diri Untuk Bersenam? Bukan Pasal lelaki Atau Nak Nampak Seksi, Tapi Ini Sebabnya…. 

3

Selebriti 1 tahun yang lalu

‘Belajar Bahasa Isyarat Ini Umpama Belajar Menari’ – Ismail Izzani Akui Seronok Apabila Dapat Belajar Ilmu Baharu 

4

Filem & TV 1 tahun yang lalu

Projek High Council Dah Buktikan Jumlah Pengikut Media Sosial Tak Penting! - Bront Palarae

Sorotan

1

Pemain Badminton Negara Pamer Kekuatan Mental Menjelang Piasa Thomas, Uber

2

Pelajar Sekolah Meninggal Dunia Ketika Acara Larian Rentas Desa

3

Lelaki Israel Miliki Senjata: 10 Individu Ditahan Bawah SOSMA

4

PM, Kerajaan Enggan Terlibat Keputusan Lembaga Pengampunan Berhubung Kes Najib

5

AS Guna Veto Halang Usul Iktiraf Keahlian Palestin Dalam PBB

6

Jangan Abai Peruntukan Untuk Pembangunan Sukan - Hannah

Disyorkan untuk anda

Muzik 5 jam yang lalu

Konsert Aina Abdul Penanda Aras Baharu MPO - Konduktor

Muzik 1 hari yang lalu

Alamak Raya Lagi! Terus Mendunia, Tular Sana-Sini 

De Fam jawab kritikan dan jelaskan lirik lagu ini ditulis berdasarkan pengalaman sendiri.

oleh Rahayu MN

Filem & TV 1 hari yang lalu

'Sheriff' Karya Paling Jujur, Janjikan Kelainan Sisi Polis

Filem & TV 13 jam yang lalu

Reviu Filem: 'Sheriff' Filem Syafiq Yusof Paling Berani, Papar Sisi Gelap PDRM

oleh Helmi Anuar