web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Jangan Ingat Pengarah Saja Boleh 'Judge' Pelakon, Kami Pun 'Judge' Kepengarahan Anda - Sara Ali

Sudah berumur 32 tahun, Sara mengakui lebih memilih dan akan memeriksa hasil kerja mana-mana pengarah serta produksi sebelum menerima apa-apa tawaran.

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Aug 2022 4:17PM

Sara Ali - Gambar ihsan Astro

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pelakon Sara Ali tidak berselindung ketika bercerita tentang kenangan buruk bekerja dengan beberapa pengarah yang tidak memahami naskah yang ingin disampaikan.

Sudah berumur 32 tahun, Sara mengakui lebih memilih dan akan memeriksa dahulu hasil kerja mana-mana pengarah dan produksi sebelum menerima apa-apa tawaran.

“Saya pernah bekerja dengan seorang pengarah ini. Dia tak faham skrip yang ingin disampaikan. Bayangkan lima orang dekat set itu semua faham naskhah itu tentang apa, tapi dia seorang sahaja tak faham. Pengarah mesti kena faham skrip. Jika awak tak faham skrip awak, maka naskhah itu akan bermasalah.

“Ya, saya ada senarai pengarah yang saya tidak mahu bekerja dengan mereka. Kalau mereka boleh judge pelakon, pelakon pun boleh judge cara pengarahan anda. Kita tahu siapa pengarah yang kita nak bekerja dan tak nak bekerja. 

“Sebelum menerima apa-apa tawaran saya akan tanya dengan pelakon yang pernah bekerja dengan pengarah ini. Adakah (pengarah ini) okay atau tidak. 

“Kemudian saya akan buat kajian, saya akan cari semula produk yang pernah dihasilkannya seperti cerita pendek dan sebagainya. Jika memuaskan, barulah saya akan membuat keputusan sama ada nak bekerja dengan mereka atau tidak. 

“Saya sudah berumur 32 tahun, saya tidak mahu mempersiakan masa saya dengan produk bodoh,” katanya ketika ditemui pada majlis sidang media 'Murder by Moonlight' baru-baru ini.

Sara Ali (enam dari kanan) pada sidang media Murder by Moonlight yang diadakan baru-baru ini. - Gambar ihsan Astro
Sara Ali (enam dari kanan) pada sidang media Murder by Moonlight yang diadakan baru-baru ini. - Gambar ihsan Astro

Bukan itu sahaja, pemilik nama penuh Siti Sarah Hairi Ali ini merasakan sudah tiba masanya untuk perjalanan kariernya dipenuhi dengan naskhah-naskhah cemerlang demi tatapan anak-anaknya di hari muka.

“Ada beberapa cerita yang saya buat 10 tahun lepas, saya harap saya dapat buat lebih baik. Hanya ada dua filem sahaja yang saya boleh katakan saya bangga berlakon di dalamnya iaitu Songlap dan Kami Histeria.

“Jadi, saya berhasrat, untuk 10 tahun ke hadapan biarlah saya penuhkan perjalanan karier saya dengan filem dan naskhah yang boleh membuatkan saya bangga untuk ditunjukkan kepada anak-anak saya pada masa depan,” katanya.

Bagi Sara, karya yang bagus tidak hanya ditentukan skrip semata-mata. Pasukan yang saling mendukung dan memberi kerjasama yang baik juga adalah kayu ukur utama untuk memastikan produk itu cemerlang atau sebaliknya. 

“Kalau skrip cerita itu menarik sekali pun, tapi pasukannya tidak, maka naskhah itu tidak akan cemerlang. Sebaliknya kalau pasukannya bagus, mereka akan saling berusaha untuk memberikan yang terbaik. 

“Saya tiada masalah bekerja dengan pelakon baru. Sekarang saya sedang menjalani penggambaran sebuah drama Viu yang dibarisi pelakon-pelakon muda dan baru tapi sangat berbakat.

“Mereka ada inisiatif untuk bekerja bersama-sama dan buat latihan sebelum penggambaran,” tambahnya. 

Memegang watak utama di dalam Murder by Moonlight sebagai Ameera, drama lapan episod dengan genre misteri dan penyiasatan ini bakal ditayangkan di Astro bermula hari ini.

Turut sama memeriahkan drama berkenaan ialah Sharifah Amani, Riz Ain, Radhi Khalid dan Ruzana Ibrahim. - Getaran, 1 Ogos 2022

Sorotan

1

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

2

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

3

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

4

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

5

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

6

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 8 jam yang lalu

Khadam Kutip RM1.2 Juta Selepas 5 Hari Ditayangkan, Ungguli Carta Filem Tempatan

oleh Rahayu MN