web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Padam Gambar Bersama Engku Emran, Netizen Mula Membuat Spekulasi Tentang Perkahwinan Noor Nabila

Noor Nabila dikatakan telah memadam semua gambarnya bersama Engku Emran termasuklah gambar perkahwinan mereka.

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Aug 2022 9:47AM

Gambar : Instagram Engku Emran

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Kecoh di media sosial hujung minggu lalu apabila netizen membuat spekulasi tentang rumah tangga Noor Nabila Mohd Noor dan Engku Emran Engku Zainal Abidin yang dikatakan sedang berantakan.

Ini kerana kakak kepada Noor Neelofa itu dikatakan telah memadam semua gambarnya bersama Engku Emran di Instagram termasuklah gambar perkahwinannya.

Hal ini sekali gus mengundang spekulasi ramai netizen tentang status perkahwinan mereka di mana masing-masing mula beranggapan bahawa pasangan ini sedang mengalami konflik rumah tangga.

Engku Emran dan Noor Nabila - Gambar Instagram Engku Emran
Engku Emran dan Noor Nabila - Gambar Instagram Engku Emran

Tinjauan Getaran di akaun Instagram Engku Emran menunjukkan dia masih menggunakan foto profil yang sama iaitu gambarnya bersama Nabila. 

Malah, gambarnya bersama Nabila yang dimuat naik pada Mac lalu sempena hari ulang tahun perkahwinan mereka juga masih ada. Kedua-dua mereka juga dilihat masih mengikuti akaun satu sama lain.

Noor Nabila dan Engku Emran telah berkahwin pada 19 Mac tahun lalu. Mereka berdua juga pernah mendirikan rumah tangga sebanyak dua kali sebelum masing-masing bergelar pasangan suami isteri.

Noor Nabila pernah berkahwin sebelum mendirikan rumah tangga dengan pelakon terkenal iaitu Sharnaaz Ahmad dan memiliki seorang anak lelaki iaitu Jebat Jayden.

Manakala, Engku Emran pula pernah berkahwin dengan primadona filem negara iaitu Erra Fazira dan memiliki seorang anak perempuan iaitu Engku Aleesya. 

Engku Emran dan Noor Nabila bersama Engku Aleesya dan Jebat Jayden - Gambar Instagram Engku Emran
Engku Emran dan Noor Nabila bersama Engku Aleesya dan Jebat Jayden - Gambar Instagram Engku Emran

Selepas bercerai dengan Erra, Emran bernikah pula dengan aktres terkenal dari Indonesia iaitu Laudya Cynthia Bella, namun perkahwinan itu juga tidak bertahan lama. 

Di ruangan media sosial, netizen dilihat cuba mengaitkan sejarah perkahwinan mereka berdua yang terdahulu dengan pelbagai spekulasi hangat.  

Semoga hubungan mereka berdua baik-baik sahaja dan didoakan semoga berkekalan selamanya. – Getaran, 1 Ogos 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Pakistan-India Diharap Mampu Cari Penyelesaian, Wujudkan Semula Keamanan - PM

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Usaha Malaysia Lesenkan Platform Media Sosial Tarik Perhatian Banyak Negara - Fahmi

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Isu Penurunan Hantaran: PMO Panggil Meta Hari Ini

4

Semasa 1 tahun yang lalu

‘Meta, Jangan Jadi Bacul!’ - Anwar

Sorotan

1

 ‘Double Standard’ Norway Dikecam, Batal Penghantaran Peluru Berpandu Selepas Malaysia Bayar 95 Peratus Kontrak

2

Gara-Gara Memotong Barisan, 2 Lelaki Akhirnya Bertumbuk

3

Pengecualian Caj RM1 Di ATM: 84 Peratus Mesin Terlibat Seluruh Negara - Fahmi 

4

Wajib Isytihar Aset, Perkukuh Agenda Integriti - Abd Halim

5

PRN Johor: Perpecahan Dalaman PN Mampu Beri Kelebihan Kepada BN - Penganalisis 

6

Malaysia Yang Mana Mahu Kita Wariskan Untuk Anak Cucu?

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 6 jam yang lalu

Astro dan Disney+ Bawakan Lebih Banyak Rancangan Global Dan Kandungan Tempatan

oleh Rahayu MN