web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


"Kuasatek Yang Cipta Saya, Mohd Noor Kadir Ibarat 'Sifu' Dan Abang" - Ahmad Idham

Arwah bukan saja telah memberi peluang dan membantu membangunkan kerjaya seni Ahmad Idham sebagai pelakon dan pengarah, tetapi juga memberikan gelaran Mat Bunga untuknya.

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Jul 2022 10:06PM

Ahmad Idham bersama Mohd Noor - Gambar Instagram Mohd Noor Kadir

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

“Kuasatek yang mencipta saya. Kalau dia tak bagi peluang, saya tidak akan jadi seperti apa yang saya ada pada hari ini, “.

Demikian kata Dr Ahmad Idham Nadzri ketika diminta untuk mengulas tentang peranan Allahyarham Mohd Noor Kadir terhadap pencapaian kerjaya seninya di dalam industri perfileman. 

Allahyarham Mohd Noor Kadir, 69, yang juga seorang penerbit dan pengarah Kuasatek Pictures Sdn Bhd telah menghembuskan nafas terakhirnya kira-kira jam 1.57 pagi tadi akibat komplikasi penyakit jantung. 

Allahyarham Mohd Noor Kadir - Gambar Fail
Allahyarham Mohd Noor Kadir - Gambar Fail

Sewaktu masih aktif dalam bidang penerbitan, arwah terkenal sebagai penerbit yang menghasilkan banyak drama-drama popular seperti 'Cinta Korporat', 'Cinta Antara Benua', 'Cinderella', 'Romeo Dan Juliet', 'Salam Taj Mahal', 'Surah Terakhir', 'Selamat Hari Jadi Sue', 'Identiti', 'Virus 1' dan 'Virus 2' serta 'Bigami 1' dan 'Bigami 2'.  

Malah, disebabkan drama bersiri 'Identiti', TV3 telah menggunakan nama tersebut untuk Slot Identiti mereka yang masih lagi kekal hingga ke saat ini. 

Menurut Idham, arwah Mohd Noor bukan saja telah memberi peluang untuknya berlakon tetapi juga membangunkan kerjaya seninya sebagai seorang pelakon dan pengarah. 

“Saya mula berlakon di dalam drama bersiri 'Identiti' sebagai pelakon sampingan yang mana Azhar Sulaiman adalah pelakon utamanya. 

“Arwah kemudian tampilkan pula sebagai pelakon utama dalam drama bersiri 'Cinderella' yang telah mencetuskan fenomena dan cukup meletup-letup ketika itu, diikuti dengan 'Cinta Antara Benua'. 

“Dengan peluang yang ada ketika itu dan saya pula sebagai orang baharu, ia boleh diibaratkan seperti dia yang mencipta saya,” katanya sewaktu dihubungi Getaran. 

Jelas Idham lagi, arwah turut memberi peluang untuk meraih pengalaman di belakang kamera. 

“Saya pernah diberi peluang jadi Pengurus Produksi (PM) serta memberikan banyak peluang untuk saya jadi Pembantu Pengarah.

“Sehinggalah memberikan peluang kepada saya untuk mengarah filem Cinderella. Tapi, sebelum itu, saya lebih dulu diberikan peluang mengarah telefilem Tarantula yang mana saya telah diangkat sebagai Pengarah Terbaik,” katanya lagi. 

Terkesan dengan pemergian Allahyarham Mohd Noor, Idham berkata, dia menganggap penerbit drama Kuasatek itu bukan saja sebagai seorang sifu tetapi juga seorang abang sulung. 

“Nak kata sifu pun boleh, abang sulung pun boleh. Tapi, saya memang selesa untuk berbincang apa sahaja perkara dengan arwah. 

“Bahkan, arwah juga adalah satu-satunya insan yang tidak takut untuk menegur saya kalau saya salah dan saya juga boleh menerima tegurannya walaupun ia bersifat lantang. 

“Kerana saya tahu dia akan memberikan komen yang jujur dan setiap komennya itu selalunya mempunyai keputusan dan ia bukan dilakukan berdasarkan peribadi,” jelasnya. 

Sambung Idham lagi, dia sudah lama mengetahui penyakit arwah tetapi ia jarang diceritakan kepada umum. 

“Penyakitnya itu lebih diketahui dalam kalangan keluarga dan orang-orang yang terdekat. Saya sendiri pun dah macam famili dengan keluarga beliau. 

“Anak-anaknya juga ibarat adik-adik saya kerana mereka membesar di hadapan saya dan waktu mereka masih sekolah dahulu, saya pernah menghantar mereka. 

“Waktu saya melawat arwah pada hujung minggu baru-baru ini, memang ada cadangan untuk keluarkan rawatan pilihan kedua berhubung penyakitnya. 

“Bila dapat tahu tentang pemergiannya di awal pagi tadi, saya sendiri rasa sukar untuk tidur dan sukar untuk percaya dia sudah tiada. 

“Sebab secara luaran dia tidak nampak uzur, walaupun adakalanya dia nampak agak termengah-mengah waktu berborak. Jadi kita semua ingin tahu apakah penyakit yang mencetuskan kematiannya itu.

Idham juga mengakui bahawa arwah memiliki panggilan khas buat dirinya. 

“Dia selalu panggil saya Mat Bunga. Saya pun tidak tahu kenapa. Mungkin juga kerana drama terbitannya yang saya lakonkan. 

“Tapi, itulah panggilan dia buat saya dan saya akan sentiasa mengingatinya sampai bila-bila,” katanya mengakhiri perbualan.

Arwah Mohd Noor yang turut mengusahakan perniagaan kejuruteraan telah meninggalkan seorang balu, Rabuzah Aksah, 64 dan enam orang anak. 

Jenazahnya telah selamat dikebumikan di dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Ibu Kota Kuala Lumpur, jam 12 tengah hari tadi. – Getaran, 29 Julai 2022 

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Keluarga Pelajar Sabah Di Asia Barat Diminta Bertenang

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Keluarga Tidur Dalam Kereta Sudah Dibantu, Urusan Lain Akan Diselesaikan - Dr Taufiq

3

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Wartawan Palestin, Keluarga Terbunuh Dalam Serangan Udara Israel

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Keluarga Kakitangan Kedutaan Malaysia Di Lubnan Diarah Pulang Ke Tanah Air

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 9 jam yang lalu

RM12 Juta Dalam 11 Hari! ‘Polong’ Terus Hantui Pawagam Seluruh Negara

oleh Rahayu MN