web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Sophia AlBarakbah Akui Rapat Dengan Shah Jaszle, Selalu Keluar Bersama Isteri Dan Anak

Dilihat sering pamer kemesraan di set penggambaran, Sophia akui dia dan Shah Jaszle hanya sekadar kawan rapat.

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Jul 2022 2:01PM

Shah Jaszle dan Sophia AlBarakbah - Gambar Instagram Shah Jaszle dan Sophia AlBarakbah

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pelakon baru yang cantik jelita, Sophia AlBarakbah, 29, mengakui dia memang rapat dengan aktor gandingannya dalam drama 'Cinta Hilang Kata' iaitu Shah Jaszle. 

Sophia berkata demikian sewaktu diajukan soalan pihak media apabila ada yang mendakwa dia terlalu mesra dengan pelakon yang bergelar suami orang itu ketika di set penggambaran.

“Kalau kalian semua kenal Shah, dia memang seorang yang sangat peramah. Perangai dia memang macam tu. Kami berdua memang mesra di antara satu sama lain. Tetapi tidaklah mesra yang keterlaluan. Kami memang berkawan baik,” katanya sewaktu ditemui di majlis tayangan perdana filem Jerangkung Dalam Almari.

Tambahnya lagi, isteri Shah turut ada sama di lokasi dan mereka sering keluar bersama.

“Kami selalu keluar berlima termasuk dengan anak-anak dia sekali. Isteri dia selalu ajak keluar bersama. Lagipun dia tahu suaminya merupakan seorang yang peramah,” kongsinya. 

Ditanya adakah dia tidak takut kalau dikaitkan mempunyai hubungan dengan suami orang, kata pelakon filem Mimaland ini, dia tidak gentar kerana masing-masing tahu apa yang sebenarnya berlaku. 

“Kami tak ada sembunyikan apa-apa. Shah memang peramah, isterinya pun tahu dan sentiasa ada di lokasi. Kami memang kawan baik,” katanya yang mula berkenalan dengan Shah sejak bulan Mac lalu. 

Ketika ini drama 'Cinta Hilang Kata' sedang hangat ditayangkan di saluran Astro Prima setiap Isnin hingga Jumaat jam 6 petang menampilkan Sophia, Shah dan Iqram Dinzly sebagai watak utama. – Getaran, 29 Julai 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 tahun yang lalu

Acryl Sani Tekad Perkukuh Hubungan Dengan Media, ‘Menyepi Disebabkan Insiden Tapi I’m Back’’

2

Selebriti 3 tahun yang lalu

Saya Sudah Memaafkan Pihak Di Sana (Sophia AlBarakbah), Tapi Untuk Melupakan Memang Tidak Mudah – Bella Astilah

3

Selebriti 3 tahun yang lalu

Hadkan Komen Di Instagram, Sophia AlBarakbah Takut Dikecam Peminat Kerana Isu Kacau Aliff Aziz? 

4

Selebriti 3 tahun yang lalu

Masih Dipersalahkan Netizen Atas Kontroversi Yang Berlaku, Ini Respons Aliff Aziz

Sorotan

1

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

2

8 Rumah Musnah, Kebakaran Awal Pagi Di Kuala Perlis 

3

Cubaan Jatuhkan Tok Min, Kerajaan Negeri Tak Boleh Diterima - Anwar

4

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

5

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

6

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

Disyorkan untuk anda

Selebriti 23 jam yang lalu

M Nasir Fail Saman Lebih RM5 Juta Terhadap Grab Malaysia

oleh Rahayu MN