Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Bangga Berlakon Dengan 'Sifu', Kuna Tak Sangka Dapat Watak Heroin 

Kuna juga puas bila dapat bergandingan dengan pelakon utama lain seperti Fauziah Nawi, Didie Alias dan Mandy.

Selebriti Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Jul 2022 8:06PM

Tengku Sarina Tengku Muzani atau Kuna - Gambar ihsan TV3

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pelakon Tengku Sarina Tengku Muzani atau lebih dikenali dengan nama pentas Kuna, mengakui tidak menyangka pada usia 51 tahun, dia akan diberikan watak sebagai salah seorang watak utama dalam drama bersiri Nenda.

“Saya memang terkejut dan tidak sangka sama sekali bila mendapat tawaran ini sebab selalunya yang membawa watak utama adalah dalam kalangan pelakon muda. 

“Dan pelakon-pelakon yang berumur seperti saya ini selalunya akan diberikan watak sebagai pembantu sahaja. 

“Tapi, saya puas berlakon dalam drama bersiri Nenda. Lebih-lebih lagi bila digandingkan dengan ibu Fauziah Nawi, Didie Alias dan Mandy Chong. 

“Bila kita lafazkan dialog dalam drama bersiri ini, memberi, membalas dan memberi. Kita memang banyak belajar antara satu sama lain,” katanya kepada Getaran. 

Fauziah Nawi
Fauziah Nawi

Apa yang membuatkan Kuna semakin teruja apabila berpeluang untuk bergandingan dengan Fauziah Nawi yang juga sifu lakonannya. 

“Saya dah lama kenal ibu dan saya juga pernah mengikuti kelas lakonan bersama ibu. Saya rasa puas sebab dapat berlakon dengan sifu saya. 

“Mungkin, doa saya dimakbulkan Allah SWT,” katanya. 

Kuna turut berharap supaya cerita untuk pelakon yang seangkatan dengannya akan diperbanyakkan lagi. 

“Sebab mereka ini masih punya bakat yang boleh diperlihatkan. Bukan sekadar layak untuk membawa watak ibu tetapi mereka juga boleh membawa bermacam-macam  watak walaupun sudah berumur. 

“Jadi, kena ada kreativiti daripada penulis skrip untuk menampilkan cerita yang sesuai dengan pelakon yang berusia. 

“Terima kasih juga kepada penulis skrip Nenda iaitu Rozie Rashid kerana menampilkan cerita yang bagus dan tidak sangka TV3 serta penerbit menyukainya dan boleh menerimanya. 

“Saya berharap drama bersiri Nenda ini akan dapat meraih perhatian penonton,” katanya lagi. 

Fauziah Nawi, Mandy Chong, Kuna Muzani dan Didie Alias merupakan pelakon utama Nenda.
Fauziah Nawi, Mandy Chong, Kuna Muzani dan Didie Alias merupakan pelakon utama Nenda.

Drama Nenda diterbitkan oleh Saphire Screen Sdn Bhd, diarahkan oleh Harris Fadzillah, merupakan idea asal daripada Rozie Rashid serta nukilan skrip oleh Rozie Rashid dan Amka Ahmad. 

Selain Fauziah Nawi, Didie Alias, Kuna Muzani dan Mandy Chong, drama bersiri 20 episod ini turut dibintangi Rosli Rahman Adam, Shaharuddin Thamby, Nabil Aqil, Camelia Natasya serta ramai lagi. 

Nenda mengisahkan seorang wanita bernama Hajah Aminah yang suka menolong penduduk kampung yang berada dalam kesusahan dan dia amat disenangi oleh semua orang.

Nenda juga menjadi tempat mereka mengadu pelbagai masalah termasuk ketua kampung, Haji Hadari. 

Apabila kampung itu didatangi pelbagai masalah, nenda bersama tiga sahabat baiknya Grandma (Didie Alias), Wan Intan ataupun Mek Wan (Kuna Muzani) dan Ah Cheng ataupun Po Po (Mandy Chong) telah menubuhkan kumpulan rahsia bagi menyiasat kes-kes berkenaan.

Drama bersiri komedi yang bersiaran di slot Sakura ini, disiarkan setiap Isnin hingga Khamis pada jam 6.00 petang dan strim secara langsung di www.tonton.com.my. - Getaran, 25 Julai 2022. 

Sorotan

1

Kerajaan Akan Terus Pantau Kadar Inflasi Susulan Kenaikan Gaji Penjawat Awam - PM

2

Piala Thomas: Malaysia Jumpa Jepun Di Suku Akhir

3

Semakan Gaji Penjawat Awam Adalah Wajar Untuk Hadapi Inflasi – Ahli Ekonomi

4

Tiada Daya Juang Tinggi, Rexy Kesal Dengan Pemain Perseorangan Wanita Negara

5

Sultan Nazrin Dilantik Pengerusi MKI Bagi Tempoh 2 Tahun 

6

Agong, Raja Permaisuri Zahir Penghargaan Kepada Warga Pekerja

7

AstraZeneca Akui Vaksin COVID-19, Covishield Mampu Timbulkan Masalah Darah Beku

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

"Hentikan Kenduri Selak Kain, Sarah Dan Aliff Sila Berambus Dari Malaysia" - Erma Fatima

oleh Helmi Anuar

Muzik 1 hari yang lalu

Masdo Bakal Gegarkan Resorts World Awana Dengan Konsert Percuma 

Bakal berlangsung pada 25 Mei ini, konsert adalah eksklusif untuk ahli Kad Genting Rewards

oleh Rahayu MN

Selebriti 1 hari yang lalu

Nora Danish Akui Perkahwinan Dilanda Krisis, Manakala Irma Hasmie Terus Kunci Mulut

Masalah rumahtangga kedua-dua pasangan artis mula dihidu sejak tiada perkongsian mengenai pasangan masing-masing

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 17 jam yang lalu

Jadilah Wanita Yang 'Mahal',  Usah Bergaduh Rebut 'Buaya' - Thalia Baiduri

oleh Sophia Ahmad