web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Bakal Nikahi Wany Hasrita Malam Ini, Siapa Al Adib? 

Wany bakal mendirikan rumah tangga bersama pemuda pilihannya yang bernama Al Adib Fahmi pada malam ini. 

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Jul 2022 7:50PM

Wany bakal mendirikan rumah tangga bersama pemuda pilihannya yang bernama Al Adib Fahmi selepas tiga tahun lebih bertunang. - Gambar Fail

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sebelum ini sudah terdengar khabar angin bahawa penyanyi Wany Hasrita bakal menamatkan zaman solonya pada tahun ini. 

Namun, setiap kali ditanya mengenai desas-desus tersebut, pemegang ijazah Sarjana Muda Sains Perubatan yang terkenal dengan lagu Menahan Rindu ini seringkali cuba mengelak. 

Posting yang dimuatnaik Wany kira-kira 30 minit yang lalu, bagaimanapun telah mengesahkan segala persoalan tersebut. 

Wany bakal mendirikan rumah tangga bersama pemuda pilihannya yang bernama Al Adib Fahmi selepas tiga tahun lebih bertunang. Majlis pertunangan mereka telah diadakan pada 23 November 2018. 

“Alhamdulillah, Syukur kepada Allah, yang Maha Merancang tiap sesuatu dimuka bumi ini. Wany, dengan rasa rendah hati, ingin memohon doa kalian semua untuk Wany menempuh kehidupan di fasa yang baru. 

“In Sha Allah, Wany akan bernikah malam ini, jadi di kesempatan ini, Wany ingin mohon maaf andai Wany pernah menyakiti hati, terlanjur kata atau pernah mengecilkan hati anda semua.
.
“Maafkan kami, Doakan kami,” katanya sambil menyertakan tanda pagar #adibwany. 

Bahkan, Wany juga turut memuatnaik video mengenai hebahan pernikahan mereka. Semoga majlis pernikahan Wany dan Adib akan berlangsung dengan sempurna. Getaran, 22 Julai 2022

Berita Berkaitan

1

Muzik 2 tahun yang lalu

FMC Music Sahkan Datuk Jamal Abdillah Tarik Diri Dari Pentas AJL38

2

Muzik 3 tahun yang lalu

Awalnya, Datuk Jamal Abdillah Keberatan Rakam Lagu Duet Bakawali Dengan Wany Hasrita 

3

Podio 3 tahun yang lalu

PenganTARA Episod 8 - Isu Angkasa Disita, Perkahwinan Wany Hasrita Dan Filem Jerangkung Dalam Almari 

4

Selebriti 3 tahun yang lalu

Suami Tetapkan Syarat Supaya Wany Hasrita Labuhkan Tudung

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 9 jam yang lalu

RM12 Juta Dalam 11 Hari! ‘Polong’ Terus Hantui Pawagam Seluruh Negara

oleh Rahayu MN