web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Giliran Aisha Retno Pula Hiasi ‘Billboard’ Times Square New York

Aisha seakan tidak percaya wajahnya terpampang di papan iklan elektronik kota terkenal dunia itu.

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Jul 2022 4:07PM

Aisha Retno dipilih Spotify sebagai duta kempen Equal mewakili Malaysia dan Singapura untuk bulan Julai 2022 - Gambar Instagram Aisha Retno

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Selepas beberapa penyanyi Malaysia muncul di papan iklan Times Square New York Amerika Syarikat, kini tiba giliran wajah Aisha Retno pula yang terpampang di tempat yang sama. 

Aisha Retno yang kini kian menyerlah dalam industri hiburan tanah air selepas menyertai program Big Stage, meluahkan rasa syukur dan gembira dengan pencapaian ini kerana dipilih Spotify sebagai duta kempen Equal mewakili Malaysia dan Singapura untuk bulan Julai 2022. 

"Saya sangat-sangat bersyukur dan tentunya semakin berdebar selain tidak sabar untuk melancarkan single terbaharu saya berjudul 'Sutera' bersempena perwakilan saya dalam kempen Equal ini untuk memperkasakan wanita. 

"Kepada para peminat saya, saya mahu ucapkan jutaan terima kasih. Tanpa anda semua, siapalah Aisha Retno yang sekarang. 

“Anda tetap setia dengan saya sejak saya mula-mula menyertai program nyanyian hinggalah sekarang. Jadi, kemunculan saya dalam kempen Equal ini adalah sedikit cenderahati untuk anda semua,” katanya. 

Jelas Aisha lagi, dia turut mengucapkan terima kasih kepada kempen Equal oleh Spotify dan label Sony Music Entertainment Malaysia yang tak putus-putus membantu dan menyokong kerjaya seninya dalam industri hiburan ini.

Aisha berharap agar single 'Sutera' yang bakal dilancarkan mendapat sambutan hangat daripada para peminat - Gambar Instagram Aisha Retno
Aisha berharap agar single 'Sutera' yang bakal dilancarkan mendapat sambutan hangat daripada para peminat - Gambar Instagram Aisha Retno

“Walaupun baru dua tahun saya dalam industri, tetapi label saya banyak berusaha dan berjasa kepada saya untuk mengukir nama sebagai penyanyi. 

"Kata-kata tak mampu menggambarkan betapa saya berterima kasih kepada mereka, saya juga amat berterima kasih kepada ibu dan bapa saya kerana merekalah tulang belakang saya selama ini,” katanya.

Menurut Aisha atau nama sebenarnya Sharifah Aisha Retno Sayed Sipulizam, 22, lagu terbarunya yang berjudul 'Sutera' banyak bersangkut paut dengan darjat seorang wanita. 

“Ini baru titik permulaan, semoga 'Sutera' yang bakal saya lancarkan tidak lama lagi mendapat sambutan hangat daripada para peminat," katanya lagi. 

Sebelum Aisha, antara artis yang pernah muncul di papan iklan kota terkenal itu ialah Datuk Seri Siti Nurhaliza, Dolla, Aina Abdul, dan Iman Troye. – Getaran, 21 Julai 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Malaysia Gesa Tingkat Kerjasama  Global Holistik Berasas Kemanusiaan 

3

Rencana 2 tahun yang lalu

Pencabulan Bahasa Dalam Iklan Jadi Norma Yang Sukar Dibetulkan

4

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Gempa Bumi Magnitud 4.8 Gegarkan New Jersey, New York

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN