web statsweb stats

Berita Terkini

16 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 16 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Selepas 20 Tahun, Akhirnya JLo Dan Ben Affleck Sah Suami Isteri

Pasangan yang mendapat gelaran Bennifer ini telah berkahwin secara pandu lalu pada malam Ahad lalu.

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Jul 2022 2:04PM

Ben Affleck dan Jennifer Lopez - Gambar laman web onthejlo.com

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pasangan sensasi Hollywood, Jennifer Lopez dan Ben Affleck kini sah bergelar sebagai suami isteri selepas mengikat tali perkahwinan pada Ahad di Las Vegas.

Berita mengenai perkahwinan mereka telah disiarkan laman sesawang People di mana terdapat beberapa sumber telah memberitahu maklumat mengenai perkahwinan pasangan yang mendapat gelaran ‘Bennifer’ ini. 

Dikhabarkan majlis perkahwinan Jennifer, 53, dan Ben, 50, berlangsung dalam dalam keadaan penuh privasi iaitu secara pandu lalu.

Dalam kenyataan yang ditulis Jennifer buat peminatnya, dia berkata cinta itu sangat indah dan penuh kesabaran. 

Dikhabarkan majlis perkahwinan Jennifer, 53, dan Ben, 50, berlangsung dalam dalam keadaan penuh privasi iaitu secara pandu lalu - Gambar laman web onthejlo.com
Dikhabarkan majlis perkahwinan Jennifer, 53, dan Ben, 50, berlangsung dalam dalam keadaan penuh privasi iaitu secara pandu lalu - Gambar laman web onthejlo.com

“Cinta sangat indah, cinta sangat baik. Dan, rupanya cinta juga merupakan kesabaran. Sabar selama 20 tahun.

“Betul kata orang, apa yang anda perlukan ialah cinta. Kami sangat bersyukur kerana dilimpahi dengan cinta, sebuah keluarga baharu yang hebat dengan lima anak yang luar biasa dan kehidupan yang tidak pernah kami bayangkan selama ini,” tulisnya. 

Jennifer juga telah menukar namanya kepada Jennifer Lynn Affleck dalam kenyataan yang dikeluarkan itu. Turut dikongsikan beberapa keping foto perkahwinan mereka. 

Pada bulan April yang lalu, pasangan yang pernah menjalin hubungan cinta 20 tahun lalu ini telah mengumumkan berita mengenai pertunangan mereka.

18 tahun selepas berpisah, masing-masing kembali menjalin hubungan cinta selepas kedua-dua mereka bercerai dan berpisah dengan pasangan masing-masing.

Tahniah dan selamat pengantin baru buat Mr dan Mrs Affleck! - Getaran, 18 Julai 2022

Berita Berkaitan

1

Selebriti 5 bulan yang lalu

Majlis Resepsi Erra Fazira, Ezwan Berlangsung Meriah, Erra Buat Sendiri Cenderahati Untuk Tetamu

2

Selebriti 2 tahun yang lalu

Jennifer Lopez dan Ben Affleck Sudah Tidak Tinggal Sebumbung

3

Selebriti 2 tahun yang lalu

Busana Majlis Nikah, Resepsi Afifah Nasir Dikritik

4

Seni & Hiburan 2 tahun yang lalu

"Saya Dah Jumpa Pilihan Yang Paling Tepat, Ibu Saya Sayang Dan Anggap Dia Seperti Anak" - Zul Ariffin

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Selebriti 10 jam yang lalu

M Nasir Fail Saman Lebih RM5 Juta Terhadap Grab Malaysia

Tindakan saman itu difailkan di Mahkamah Tinggi Shah Alam oleh M Nasir bersama syarikat miliknya, Luncai Emas Sdn Bhd.

oleh Rahayu MN