web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


'Mak Sakit, Dia Pernah Lupa Nama Saya' - Air Mata Fikry Gugur

Dalam keadaan sebak, Fikry mengakui segala wang yang diperolehnya seperti sia-sia jika suatu hari nanti ibunya sudah tiada.

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Jul 2022 8:00PM

Fikry Ibrahim - Gambar dari Instagram Fikry Ibrahim

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Air mata pelakon dan pengacara Fikry Ibrahim gugur sewaktu bercerita tentang keadaan ibunya, Bibi Zaleha yang kini sedang menghidapi angin ahmar.

Pelakon popular itu juga mengakui sering berulang-alik dari Kuala Lumpur ke Kedah demi menjaga ibunya. Walaupun keletihan, namun tiada apa yang setanding dengan kasih-sayangnya kepada ibu.

Fikry bersama ibunya, Bibi Zaleha. - Gambar dari Instagram Fikry Ibrahim
Fikry bersama ibunya, Bibi Zaleha. - Gambar dari Instagram Fikry Ibrahim

“Dari kecil saya hidup susah dan emak seorang sahaja yang jaga saya. Jadi bila sudah besar, takkanlah saya nak pilih duit tapi tak pilih dia. 

“Kadang-kadang memang letih dan rasa nak pengsan balik dari Kedah ke Kuala Lumpur, apa lagi kalau esoknya ada penggambaran. Tapi itulah, dia emak saya. 

“Sekarang saya akui, bila orang kata duit tak boleh beli kebahagiaan. Saya percaya kata-kata itu. Andai satu hari nanti mak tiada, duit yang saya perolehi hasil kerja itu macam sia-sia dan  tak ada makna,” katanya ketika ditemui Getaran pada majlis sidang media program Dewi Remaja edisi 2022.

Sejak ibunya sakit, Fikry juga sudah kurang aktif di media sosial kerana sibuk memberi tumpuan terhadap kehidupannya sendiri dan juga keluarga.

Fikry menitis air mata ketika menceritakan mengenai keadaan ibunya. - Gambar dari Instagram Fikry Ibrahim
Fikry menitis air mata ketika menceritakan mengenai keadaan ibunya. - Gambar dari Instagram Fikry Ibrahim

“Betul, memang sekarang saya dah kurang aktif di media sosial kerana beri fokus kepada diri sendiri dan keluarga terutama mak.

“Bila dia sakit, kadangkala dia macam patah balik ke zaman muda. Ada satu masa, dia pernah lupa nama saya,” katanya dan air mata Fikry mula pecah.

Pelakon yang tercalon di Anugerah MeleTOP Era 2019 itu mendedahkan, dia pernah bercuti daripada mengambil apa-apa pekerjaan untuk menjaga ibu. 

“Waktu tempoh cuti itu saya hanya fokus menjaga mak dan memang tidak bekerja. Namun ada sahaja rezeki yang datang. Duit sentiasa ada tak pernah putus. Alhamdulillah,” katanya.

Menurutnya lagi, sementara ibunya masih hidup, dia akan terus berusaha untuk menunaikan segala hajat ibunya.

“Sejujurnya, saya rasa menjaga ibu adalah satu kewajiban dan bukanlah pengorbanan yang terlalu besar. 

“Saya dulu hidup susah, tak mampu nak beli kasut atau baju. Tapi mak akan usaha belikan juga. Sekarang bila dah besar apa yang dia mahu, saya akan cuba tunaikan. Isteri saya boleh ganti, kawan boleh cari tapi ibu, itulah satu-satunya,” jelasnya.

Fikry Ibrahim - Gambar dari Instagram Fikry Ibrahim
Fikry Ibrahim - Gambar dari Instagram Fikry Ibrahim

Terbaru, Fikry Ibrahim dilantik sebagai pengacara program realiti TV Dewi Remaja untuk edisi 2022. 

Dalam program ini, Fikry bertindak sebagai hos yang akan mengendalikan rancangan ini sepanjang lapan episod siaran bersama-sama juri tetap Rozita Che Wan. 

Dewi Remaja bakal ditayangkan bermula 16 Julai , setiap Sabtu jam 9 malam di saluran Astro Ria. - Getaran, 8 Jun 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 5 bulan yang lalu

Dr Zaliha Akan Terus Sokong Agenda MADANI

2

Selebriti 1 tahun yang lalu

4 Pelakon Sado Dan Kacak Ini Dikaitkan Dengan Kes Pukul Kekasih

3

Selebriti 1 tahun yang lalu

Pelakon Filem Paku Tanah Jawa, Masayu Anastasia Kagumi Maya Karin 

4

Selebriti 2 tahun yang lalu

Badrul Muhayat Sering Bercakap Soal Kematian - Sahabat

Sorotan

1

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

2

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

3

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

4

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

5

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

6

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 4 jam yang lalu

Khadam Kutip RM1.2 Juta Selepas 5 Hari Ditayangkan, Ungguli Carta Filem Tempatan

oleh Rahayu MN