web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Bapa Saya Tiada Kaitan Dengan Filem Bakara – Dafi 

Dafi turut menepis dakwaan bahawa dia adalah pelakon utama dalam filem terbaharu arahan Adrian Teh itu.

Selebriti Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Jul 2022 8:00PM

Dafi Ismail Sabri - Gambar ihsan Dafi

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Penyanyi dan pelakon Gadaffi Ismail Sabri atau Dafi menepis dakwaan bahawa bapanya, Datuk Seri Ismail Sabri yang juga Perdana Menteri Malaysia Ke-9 terlibat dalam penerbitan filem Bakara yang turut melibatkannya sebagai salah seorang pelakon. 

Dafi yang dihubungi Getaran berkata, filem bergenre patriotik arahan Adrian Teh itu adalah terbitan Act 2 Pictures Sdn Bhd. 

Dafi berkata dia teruja apabila berpeluang terlibat di dalam penerbitan projek filem tersebut. 
Dafi berkata dia teruja apabila berpeluang terlibat di dalam penerbitan projek filem tersebut. 

“Bapa saya tiada kena-mengena dengan penerbitan filem ini. Projek ini adalah projek yang diusahakan sendiri Act 2 Pictures Sdn Bhd yang mendapat kerjasama daripada Kementerian Pertahanan. 

“Seperti yang kita sedia maklum, Adrian sebelum ini pernah mengarahkan filem Paskal dan filem patriotik itu juga mendapat kerjasama daripada pihak kementerian yang sama. 

“Dengan sambutan baik yang diberikan penonton terhadap Paskal sebelum ini, pasti ia memudahkan laluan Adrian dan syarikat produksi untuk terus menjalinkan kerjasama dengan kementerian tersebut,” katanya yang dihubungi ketika sedang transit di Istanbul sebelum pulang ke Kuala Lumpur. 

Mengulas lebih lanjut tentang Bakara, Dafi berkata, dia sememangnya teruja apabila dapat terlibat di dalam penerbitan projek filem tersebut. 

“Tapi, minta maaf. Saya tidak dapat mengulas lebih lanjut tentang filem. Belum masanya dan itu adalah perjanjian dengan pihak produksi. 

“Cuma apa yang saya boleh katakan, saya bukanlah pelakon utama filem ini seperti mana yang diperkatakan,” katanya lagi. 

Dafi memberitahu Bakara adalah filem bergenre patriotik arahan Adrian Teh.
Dafi memberitahu Bakara adalah filem bergenre patriotik arahan Adrian Teh.

Menerusi laporan media Turki, filem Bakara ini difahamkan menjalani penggambaran di Kilis, Adana dan Gaziantep di Turki dan beberapa negara lain dan ia merupakan usaha sama di antara produksi Malaysia-Turki. 

Filem yang menelan bajet sebanyak USD 4 juta (RM17 juta) ini berkisar mengenai insiden pesawat Black Hawk yang terhempas di Mogadishu ibu negara Somalia pada 1993.

Dalam insiden tersebut, tentera Amerika Syarikat yang berada di dalam pesawat helikopter itu telah diselamatkan tentera Malaysia. 

Dafi memulakan kerjaya seninya sebagai penyanyi selepas menyertai program realiti hiburan, Akademi Fantasia Musim 5 (AF5) dan kemudian merakam dua album iaitu Seumur Hidup (2009) dan D4F1 (2014). 

Dia juga turut membintangi sejumlah drama termasuk Hotel Mania, Opah Popular, Dia Semanis Honey, Abang Sado Boleh Beres, Black Belt Kaler Pink, Mak Cun (Musim 3) dan Klik! Pengantin Musim Salju. - Getaran, 8 Julai 2022 

Berita Berkaitan

1

Selebriti 2 tahun yang lalu

4 Pelakon Sado Dan Kacak Ini Dikaitkan Dengan Kes Pukul Kekasih

2

Selebriti 2 tahun yang lalu

Pelakon Filem Paku Tanah Jawa, Masayu Anastasia Kagumi Maya Karin 

3

Selebriti 2 tahun yang lalu

Badrul Muhayat Sering Bercakap Soal Kematian - Sahabat

4

Selebriti 2 tahun yang lalu

Instagram Nad Zainal Di Mod Privasi, Kini Keluarga Jadi Keutamaan

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa