web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tiada Lagi Si Suara Emas 'Widuri', Selamat Pergi Bob Tutupoly

Masih tidak dapat dipastikan mengenai punca kematiannya, namun pemergian Bob Tutupoly cukup dirasai dalam kalangan karyawan muzik di Indonesia dan pencinta vokal maskulinnya itu.

Selebriti Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Jul 2022 10:14AM

Penyanyi legenda, Bob Tutupoly - Gambar laman Voice of Indonesia

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Penyanyi legenda, Bob Tutupoly yang telah sekian lama menghiburkan peminat dengan lagu klasik malar segar, 'Widuri' telah meninggal dunia awal pagi tadi kira-kira jam 12.30 pagi (waktu tempatan) pada usia 82 tahun.

Masih tidak dapat dipastikan mengenai punca kematiannya, namun pemergian Bob Tutupoly cukup dirasai dalam kalangan karyawan muzik di Indonesia dan pencinta vokal maskulinnya itu. 

Berita mengenainya kematiannya itu telah disahkan oleh anak saudaranya, Erick kepada CNNIndonesia.com. 

Dilahirkan di Surabaya pada 13 November 1939, Bob mula menyertai dunia nyanyian bersama Pattie Bersaudara pada 1965 dan pernah mencipta nama yang cukup besar di Malaysia, Singapura dan Hong Kong. 

Bahkan, Bob pernah berpindah ke Amerika Syarikat pada 1969 dan menyanyi di kelab-kelab malam di San Francisco, Los Angeles serta Las Vegas sebelum pulang ke tanah airnya, Indonesia pada 1976. 

Saat kepulangannya itu, mendiang telah merakamkan lagu 'Widuri' ciptaan ciptaan Slamet Adriyadi dan mempunyai beberapa hit lagu lain termasuk 'Lidah Tak Bertulang', 'Tiada Maaf Bagimu' dan 'Tinggi Gunung Seribu Janji'.

Sepanjang kerjaya seninya, Bob juga telah merakamkan banyak album studio. Antaranya adalah Best of Bob Tutupoli, Album Nostalgia 2, Album Cinta Nostalgia 2 dan Tembang Kenangan Pop Indonesia. 

Sepanjang hayatnya masih ada, Bob pernah menjadi penerima Anugerah Muzik Indonesia Lagenda pada 2015. 

Biarpun, Bob sudah tiada, namun suara emasnya menerusi lagu 'Widuri' akan tetap ‘hidup’ bersama kita semua. Terima kasih kerana telah menghiburkan kami. - Getaran, 5 Julai 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 9 bulan yang lalu

Aniaya Kanak-Kanak Hingga Maut: Pasangan Indonesia Mengaku Salah

2

Semasa 11 bulan yang lalu

M’sia-Indonesia Sepakat Kukuhkan Kedudukan, Enggan Serahkan Nasib ASEAN Ke Tangan Kuasa Luar

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Ananda Krishnan Meninggal Dunia

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Raja Petra Meninggal Dunia

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa