web statsweb stats

Berita Terkini

5 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 5 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Saya Rasa Selamat Dengan Datuk Awie - Erra Fazira  

Erra juga mengakui walaupun Awie seorang rocker namun dalam hatinya ada taman kerana dia seorang yang romantis. 

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Jun 2022 8:00PM

Erra Fazira - Gambar Nooreeza Hashim

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Beraksi bersama seorang ikon rock seperti Datuk Awie bukanlah suatu tugasan yang mudah buat pelakon dan penyanyi Erra Fazira. 

Namun, Erra bersyukur kerana 'Konsert Awie Romantika' yang pernah berlangsung di Stadium Malawati, Shah Alam pada 15 Februari lalu telah mendapat sambutan dan maklum balas yang baik. 

Malah, disebabkan kejayaan tersebutlah, maka 'Showcase Awie Romantika' telah dirancang untuk diadakan di Sabah. 

“Sebenarnya perancangan ini, saya sudah dengar lama iaitu sebelum wujudnya PKP lagi. Tapi, ia kemudian tergendala. 

“Tapi, saya tidak sangka selepas PKP, perancangan untuk mengadakan 'Showcase Awie Romantika' di Sabah ini diteruskan. 

“Terima kasih kepada Datuk Awie dan pasukannya kerana telah memberi kepercayaan dan amanah yang berat buat diri saya untuk sekali lagi terlibat di dalam konsert ini,” kata Erra kepada Getaran. 

Showcase 'Awie Romantika' yang bakal menggandingkan Datuk Awie dengan Erra Fazira sekali lagi sebagai teraju dan penyanyi utamanya bakal diadakan di Sabah International Convention Centre (SICC), Kota Kinabalu, Sabah pada 20 Ogos. 

Menurut Erra lagi, bergandingan dengan satu nama yang besar seperti Datuk Awie bukanlah sesuatu yang mudah. 

“Walaupun di terlantar sakit, dia buka mulut sahaja, suara dia terus boom dan walaupun saya dah lama berada di dalam industri ini, tapi saya ibarat BBNU. 

“Tapi, saya selalu mencabar diri saya dan Datuk Awie juga selalu beri semangat untuk saya beraksi dan membuat yang terbaik. 

“Sebab saya ini selalu lemah semangat dan ada rasa gementar bila berada di pentas. Tapi, saya juga percaya dengan kolaborasi ini. 

“Saya rasa selamat dengan Datuk Awie. Juga dengan pasukannya kerana mereka ini sangat profesional. 

“Saya tidak perlu fikir pasal sistem bunyi atau bentuk repertoire. Saya tidak perlu risau apa yang saya perlu buat. 

“Sebab saya tahu mereka ini hebat. Maka saya yang menumpang di sebelah hanya percaya dan ikut sahaja apa yang dirancang,” katanya. 

Erra juga mengakui bahawa keserasian yang dibina bertahun-tahun bersama Datuk Awie memainkan peranan penting untuk memastikan showcase ini berjaya. 

“Peminat yang membesar dengan kami berdua pun masih ada dan masih memberikan sokongan dan masih mahu melihat kami beraksi bersama. 

“Saya sendiri tidak pasti apa yang akan berlaku di Sabah nanti kerana Datuk Awie masih lagi merahsiakan gimik yang ingin dilakukannya itu. Saya reda sajalah,” katanya. 

Ditanya sama ada Datuk Awie seorang yang romantis, Erra sambil tertawa berkata: “Walaupun dia rock tapi dalam hatinya ada taman. 

“Hatinya ibarat filem Hindustan. Saya rasa ramai yang tahu,” katanya lagi. 

'Showcase Awie Romantika' dianjurkan FazzBuzz Event & Media Sdn Bhd dengan kerjasama Awie Entertainment dan HS Shazlicious. 

Jurucakap FazzBuzz Event & Media Sdn, Perry Hussin berkata, sudah lama Sabah ketandusan konsert-konsert yang menampilkan kemunculan superstar

“Kebetulan ramai yang membesar dengan Datuk Awie dan Erra Fazira menerusi filem-filem dan lagu-lagu mereka. 

“Setiap pelosok daerah di Sabah pasti ada peminat Datuk Awie, Wings dan Erra. Saya sendiri, kalau menyanyi karaoke pasti akan memilih lagu 'Tragedi Oktober'. 

“Saya percaya showcase ini nanti pasti akan mendapat sambutan. Lagipun sudah ada individu dan syarikat-syarikat yang menyatakan hasrat dan minat mereka untuk menyaksikan konsert ini,” katanya. 

Untuk sebarang tempahan tiket, boleh hubungi Perry Hussin (013-8034232) atau Zul Sayap Wings (010-2480106). - Getaran, 29 Jun 2022 

Gambar oleh Nooreeza Hashim

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 hari yang lalu

Klinik Kesihatan Bergerak KKM Bawa Perkhidmatan Percuma Terus Kepada Rakyat

2

Semasa 2 minggu yang lalu

Dakwaan Rasuah Sabah Memuncak, Azam Baki Bakal Saman Ahli Perniagaan Atas Tuduhan Fitnah

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Kaamatan Bukan Sekadar Perayaan Budaya, Tapi Lambang Perpaduan - Fadillah

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Bayaran Interim Geran Khas Sabah Dinaikkan Kepada RM1.5 Bilion - PM

Sorotan

1

Sindiket Jual Ubat Tak Berdaftar Tumpas, Babit Nilai RM5.6 Juta

2

Hubungan Iran-AS Tunjuk Isyarat Positif, Selat Hormuz Perlu Dibuka Semula - PM 

3

Penjenamaan Semula PAS Tugas Berat, Persepsi Awam Sukar Diubah - Penganalisis

4

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

5

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

6

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 1 hari yang lalu

Adrian Teh Kembali Ke Genre Aksi, “Chelot’ Tampil Babak Pecah Rekod

oleh Sophia Ahmad

Muzik 1 jam yang lalu

Konsert Rumah Hati Terima Sambutan Hangat, 80 Peratus Tiket Sudah Terjual

Persamaan bahasa dan budaya antara Malaysia dan Indonesia menjadikan muzik sebagai medium yang mampu menyatukan emosi peminat di kedua-dua negara.

oleh Sophia Ahmad