web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Datuk Adi Putra Dua Kali Tolak Tawaran Filem 'Mat Kilau'

Dua kali ditawarkan untuk membawa watak utama sebagai Mat Kilau, kali ketiga barulah pelakon terkenal Datuk Adi Putra berani menyahut cabaran untuk melakonkan watak pejuang terbilang itu.

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Jun 2022 7:50PM

Gambar Instagram

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pelakon popular, Datuk Adi Putra memberitahu bahawa dia telah menolak tawaran untuk membintangi filem epik Mat Kilau sebanyak dua kali.

Katanya, untuk menggalas watak Mat Kilau merupakan satu tanggungjawab yang besar buatnya sebagai seorang pelakon. Namun dia mengubah fikiran untuk menerima watak ini kerana ingin menyahut cabaran

“Bagi saya bukan mudah untuk mengangkat satu tanggungjawab dan amanah yang besar. Terima kasih kepada Syamsul Yusof yang tidak pernah berhenti untuk memberikan ruang dan peluang kepada saya.

“Selepas tiga kali, barulah saya bersetuju untuk melakonkan watak Mat Kilau,” katanya ketika ditemui di majlis tayangan perdana filem Mat Kilau.

Ditanya apakah yang membuatkan dia menjadi pilihan utama pengarah tersohor itu, kata Adi dia tidak dapat menjawab soalan itu kerana harus bertanyakan kepada tuan pengarah sendiri. 

“Saya tak boleh nak angkat bakul sendiri. Tetapi pernah beliau katakan kepada saya, kamu sesuai. Itu sahaja ayat dia. Untuk mengetahui selanjutnya saya rasa tuan punya badan yang lebih sesuai untuk ulas,” ujarnya. 

Sebelum filem Mat Kilau, Adi pernah bekerjasama dengan Syamsul dalam filem KL Gangster satu dan dua.

Pemilihan Adi sebagai watak utama juga menjadi pertikaian netizen kerana beliau bukanlah anak jati kelahiran Malaysia, sebaliknya Singapura. Namun kata Adi dia menerima apa sahaja komen netizen.

“Saya tiada komen untuk isu ini. Tetapi saya berterima kasih dan bersyukur kepada mereka (netizen). Kerana bila mereka memberikan sesuatu komen, saya sungguh terharu kerana komen itu adalah satu prihatin bagi saya,” katanya. 

Filem Mat Kilau yang akan ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia bermula 23 Jun ini turut dibintangi oleh pelakon handalan lain seperti Beto Kusyairy, Fattah Amin, Johan Asaari, Farah Ahmad dan ramai lagi. - Getaran, 21 Jun 2022

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 1 tahun yang lalu

Goat Meledak Di Pawagam, Catat Lebih RM10 Juta Sejak Khamis

2

Selebriti 1 tahun yang lalu

Syamsul Yusof, Ira Kazar Sah Cerai Talak Satu

3

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Reviu Filem: 'Sheriff' Filem Syafiq Yusof Paling Berani, Papar Sisi Gelap PDRM

4

Filem & TV 2 tahun yang lalu

'Sheriff' Karya Paling Jujur, Janjikan Kelainan Sisi Polis

Sorotan

1

Klinik Kesihatan Bergerak KKM Bawa Perkhidmatan Percuma Terus Kepada Rakyat

2

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

3

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

4

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

5

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

6

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 1 jam yang lalu

Khadam Kutip RM1.2 Juta Selepas 5 Hari Ditayangkan, Ungguli Carta Filem Tempatan

oleh Rahayu MN