web statsweb stats

Berita Terkini

23 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 23 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


“Realitinya, Filem Epik Sejarah Perlu Banyak Biaya”- Beto Kusyairy

Walaupun berdepan dengan cabaran bajet yang tinggi, Beto bagaimanapun berharap kehadiran filem 'Mat Kilau' akan memberi inspirasi kepada para pengarah untuk lebih berani menawarkan filem seperti ini kepada khalayak.

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Jun 2022 9:45AM

Gambar oleh Wafa Aula

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Kos pembiayaan yang tinggi untuk menghasilkan sebuah filem epik sejarah menyebabkan tidak ramai penerbit dan pengarah berani menghasilkan naskhah dengan genre sebegini.

Kali terakhir Malaysia menyaksikan filem dengan genre ini adalah pada tahun 2011 menerusi Hikayat Merong Mahawangsa. Sebelas tahun kemudian, barulah negara menerima satu lagi naskhah epik sejarah melalui filem Mat Kilau.

Trailer sahaja susah memancing perhatian dan mencetuskan pelbagai reaksi di media sosial beberapa minggu sebelum tayangan.

Gambar Publisiti Mat Kilau
Gambar Publisiti Mat Kilau

“Saya percaya penonton mendambakan naskhah seperti ini. Namun, apabila kita bercakap tentang pembikinan filem, ia akan kembali kepada realiti bahawa ini adalah perniagaan. Tak ada penerbit yang mahukan naskhah yang merugikan mereka.

“Bagi mengeluarkan filem epik sebegini, ia memerlukan belanja yang besar, kajian mendalam dan skrip yang baik. Perkara inilah yang mungkin membuatkan penerbit rasa ragu dan takut sekiranya filem ini tidak boleh dijual,” kata Beto Kusyairy yang merupakan salah seorang pelakon dalam filem Mat Kilau.

Walaupun berdepan dengan cabaran bajet yang tinggi, penerima anugerah Pelakon Lelaki Terbaik Filem di ASK2015 ini bagaimanapun berharap kehadiran filem Mat Kilau akan memberi inspirasi kepada para pengarah untuk lebih berani menawarkan filem seperti ini.

Gambar Instagram Syamsul Yusof
Gambar Instagram Syamsul Yusof

“Saya mengharapkan filem ini akan membuatkan pembikin lain lebih bersemangat untuk menghasilkan filem epik yang lebih baik.

“Bukan itu sahaja, saya berharap agar filem Mat Kilau akan menjadi satu momentum untuk orang ramai kembali ke panggung seterusnya memberi galakan kepada industri menghasilkan lebih banyak filem,” tambahnya. 

Ditanya adakah pelakon itu mengharapkan watak Wahid yang dibawanya dalam Mat Kilau ini bakal melayakkannya menggenggam apa-apa anugerah, Beto tersenyum. 

“Ketika menjayakan naskhah atau projek, saya tidak pernah berharap untuk menang apa-apa anugerah. Namun saya tetap mengharapkan filem ini akan pergi sejauh mungkin di pelosok dunia. 

“Sebagai individu, saya berdoa agar penonton dapat menerima hasil kerja saya. Filem ini yang lebih utama, bukan saya,” katanya.

Gambar Publisiti Mat Kilau
Gambar Publisiti Mat Kilau

Filem Mat Kilau arahan Syamsul Yusof ini mengangkat perjuangan tokoh pahlawan Mat Kilau dalam usaha untuk mempertahankan kedaulatan tanah Pahang daripada British. Filem menelan belanja RM8 juta ini memakan masa 100 hari penggambaran.

Mat Kilau bakal ditayangkan pada 23 Jun nanti dan turut dibarisi pelakon handalan seperti Khir Rahman, Datuk Adi Putra, Yayan Ruhian, Fattah Amin dan Ellie Suriaty. - Getaran, 21 Jun 2022                                                     

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 1 tahun yang lalu

Goat Meledak Di Pawagam, Catat Lebih RM10 Juta Sejak Khamis

2

Selebriti 1 tahun yang lalu

Syamsul Yusof, Ira Kazar Sah Cerai Talak Satu

3

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Reviu Filem: 'Sheriff' Filem Syafiq Yusof Paling Berani, Papar Sisi Gelap PDRM

4

Filem & TV 2 tahun yang lalu

'Sheriff' Karya Paling Jujur, Janjikan Kelainan Sisi Polis

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Selebriti 17 jam yang lalu

M Nasir Fail Saman Lebih RM5 Juta Terhadap Grab Malaysia

Tindakan saman itu difailkan di Mahkamah Tinggi Shah Alam oleh M Nasir bersama syarikat miliknya, Luncai Emas Sdn Bhd.

oleh Rahayu MN