web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


“Ziana Mengigau, Rupanya Ramai Kena ‘Ganggu’ Di Lokasi Penggambaran…”

Lokasi penggambaran di sebuah kolej terbiar di Mantin, Negeri Sembilan itu memberikan aura dan kenangan misteri buat pelakon.

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Jun 2022 8:00PM

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pelakon dan penyanyi Ziana Zain tidak dapat melupakan pengalaman ngerinya semasa berada di lokasi penggambaran drama 'Histeria The Series'.

Lokasi penggambaran yang dilakukan di sebuah kampus lama yang sudah tidak beroperasi di Mantin, Negeri Sembilan itu memberikan sebuah aura yang tidak menyenangkan. 

“Saya masuk sahaja ke pondok pengawal, saya dapat rasakan seperti ada benda yang tidak kena di tempat itu. Seolah-olah ada aura yang tidak menyenangkan. Tapi saya ingatkan kepada diri saya bahawa saya ke sini untuk bekerja. Jadi, saya bacalah ayat-ayat apa yang perlu,” katanya kepada Getaran semasa ditemui di majlis sidang media drama bersiri 'Histeria The Series'.

Pulang jam dua pagi pada hari pertama penggambaran, Ziana tiba-tiba mengingau sehinggalah dikejutkan oleh anaknya.

“Malam itu saya mengingau sehinggalah anak saya kejut ‘apa yang jadi ini?’. Kemudian saya duduk dan ingat kembali di mana tempat yang saya pergi tadi. Kemudian saya bacalah sesuatu untuk menenangkan diri. Jadi, bila saya pergi lagi ke tempat itu untuk penggambaran hari kedua, saya sudah bersedia.

“Adik saya yang ikut ke lokasi juga turut mengalami mimpi ngeri.” katanya yang memegang watak pengetua bernama Puan Nora dalam siri ini.

Bukan itu sahaja, semasa penggambaran, Ziana mengakui ada beberapa kaki lima yang memberikannya aura ‘tidak seronok’ sehingga menyebabkannya meremang. 

“Ada beberapa kaki lima di situ, bila kita lalu sahaja, bulu roma kita akan tiba-tiba tegak. Saya rasa pelakon yang lain juga dapat rasa. Sebab itulah drama ini memberi aura seram yang sangat mengesankan dan misteri,” tambahnya. 

Tidak hanya Ziana, beberapa pelakon lain seperti  Liyana Jasmay menceritakan beberapa kru di lokasi penggambaran turut berdepan insiden seram.

“Ada satu kru tengah duduk dengan kawan dia. Tiba-tiba telefon dia berdering dan tertera nama kawan yang dia serang berborak di skrin. Jadi masing-masing terkejut. Mereka ‘menegaskan’ bahawa mereka hanya datang untuk bekerja,” katanya.

'Histeria The Series' arahan pengarah James Lee itu ditayangkan di Astro Citra jam 9.00 malam ini. Turut menjayakan drama ini ialah Mia Sara, Sharifah Aryana, Amelia Christie, Serra Kamal, Liyana Jasmay, Tony Eusoff, Arash Mohamad dan ramai lagi. - Getaran, 14 Jun 2022

Sumber foto: Astro

Berita Berkaitan

1

Muzik 11 bulan yang lalu

Tiket Konsert Empat Live In Kuala Lumpur Hanya Tinggal 15 Peratus

2

Selebriti 1 tahun yang lalu

4 Pelakon Sado Dan Kacak Ini Dikaitkan Dengan Kes Pukul Kekasih

3

Selebriti 1 tahun yang lalu

Pelakon Filem Paku Tanah Jawa, Masayu Anastasia Kagumi Maya Karin 

4

Muzik 2 tahun yang lalu

Impak Maksima! Ziana Zain Kekal Unggul, Pukau 5,000 Peminat Dengan 20 Lagu Hits

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN